Wednesday, September 28, 2011

...............................HeNtiKaN AIrMaTA iNI
                ..YA ALLAH...                         



Thursday, September 15, 2011

KaLaU SAYa jE FaHaM DiORg sIApA nAK fAhAm saYa??


‘’kenapa saya je yang kene faham diorang tapi diorang tak pernah faham saya??’’

’sebab dalam hidup ni,,kita tak  perlu minta sahabat faham kita wak,tapi kita yang kene faham sahabat’’

‘’sebab saya faham diorang la saya dah terlampau banyak korbankan masa untuk diorang sampai kadang2 saya terpaksa tundakan kerja-kerja saya demi sahabat..demi persatuan..’’

‘’Awak menyesal ke jadi kawan diorang??awak menyesal ke masuk persatuan??’’

‘’Tak..saya bersyukur sangat2 Allah hadirkna sahabat-sahabat macam diorang bila saya rasa macam sorang-sorang je kat tempat asing nie...saya bersyukur ada lagi peluang untuk saya rasa hidup dalam bi’ah iskamiyah walau dalam persatuan yang kecil..tapi saya manusia biasa..kadang-kadang saya lelah dengan semua ni..saya penat nak bersabar…orang selalu nampak yang salah jer..’’

‘’Sabar wak,,jangan pernah berhenti untuk bersabar..sabar itu indah andai betul cara awak kemudi hati awak…’’

‘’Sabar sampai bila??sampai saya kene denda sebab assignment tak siap??sampai pointer saya menurun sebab tak sempat nak study??sampai kawan-kawan bilik pulaukan saya,cakap belakang pasal saya sebab saya melebihkan sahabat lain??meeting sana,,meeting sini…itu ker ganjaran untuk kesabaran saya selama ni???’’

‘’sampai awak sedar segala yang Dia turunkan pada kita tak pernah sia-sia,,pasti ada hikmah Allah pilih awak untuk lalui semua ni…Islam takkan rugi sikit pun andai kita lari dari medan dakwah ni tapi kita yang rugi bila Islam menang,kita langsung tak menyumbang apa-apa untuk Islam..kalau bukan kita sape lagi…??’’

‘’ah,,ayat common..!hikmah apa??makin saya tension ada ar…kalau betul ada hikmahnya,,kenapa pengorbanan saya,keikhlasan saya dalam berdakwah selama ni Allah tak balas??sampai sekarang ni saya rasa makin takda masa nak siapkan tugasan kuliah sebab banyak habislkan masa dengan persatuan..result pun teruk..’’

‘’Ikhlas??awak yakin ke awak ikhlas??ikhlas tu  umpama semut hitam di atas batu hitam wak ..takkan boleh dinilai melainkan hanya Allah yang Maha Mengetahui..jangan persoalkan aturan Allah..dunia ni umpama pentas lakonan je wak,,,kita lah para pelakonnya…jalan cerita dah lengkap tersurat dalam takdir Allah..terima segalanya dengan hati terbuka.’’

‘’Orang kata bila kita tolong agama Allah,Allah akan bantu kita..tapi sejak saya masuk persatuan,pointer sye makin teruk jer…saya bukan nak persoalkan aturan Allah tapi saya tak tahan orang sibuk cakap pasal saya…saya tak nak bawa fitnah pada agama,,pada persatuan..’’

‘’Bila dugaan sekecil ini tak mampu awak hadapi,,banyak lagi dugaan yang lebih berat menyusul lepas ni..percayalah sebab Allah dah berfirman,tidak beriman seorang mukmin itu melainkan setelah diuji…awak sedang diuji tau..uijian kan tanda sayang Allah pada hambaNya??awak tak nak ker rebut ganjaran Syurga yang Allah janjikan pada hamba-hambaNya yang sabar??’’

‘’Habis tu macammana dengan masa saya??macammana saya nak manage masa saya??dengan persatuan,dengan sahabat,dengan kuliah,,assignment….Ya Allah…rasa macam 24 jam tu tak cukup..!!’’

‘’Kenapa kita rasa tak ckup??fikirkan sejenak..betul ker sebab persatuan tu awak dah takde masa nak buat assignment??sebab sahabat ke pointer awak turun??’’

‘’……….’’

"tapi kenapa bila nak tidur,tengok movie,online facebook,mesej…ade je mase..??awak,,jangan letakkan kesalahan pada orang lain..selagi emosi mengunci hati awak,,selagi tu awak takkan sampai ke puncak kebahagiaan…nak kebahagiaan,nak ketenangan,,bayar harganya..tak mahal pun,,sekadar belajar untuk berlapang dada..tak susah kan??"

Dila hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

"Orang yang bawa Islam takkn pernah cukup wak 24 jam tu…whatever it is,,kembalikan hatimu padaNya...hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,,pasti Dia akan aturkan seluruh hidupmu dengan caraNya…yang penting yakin dengan nusrah Allah.."

Friday, September 2, 2011

LAFAZ YANG TERSIMPAN

ahlan wa sahlan...!!.. 
            Disebabkan ana agak tension dengan subjek akaun  yang agak sukar,ana pun tutup buku...capai laptop kat sebelah..at the end,,lahirlah karya baru dari Sautul_anis bertajuk Lafaz Yang Tersimpan...tak abes pun lagi,,still tergantung...jalan cerita pun cam tak logik...tapi nak buat cammana,,,org kate menulis terapi yang boleh menenagkan jiwa..apa yg terlintas tu la yg ana taip..suke hati la nak bace ke tak..dapat idea nak buat cerpen ni bila tengok citer Syurga Cinta (lakonan Heliza & Awal)dan Mencari Bidadari (lakonan Fizz Fairuz & Irma )..ana nak final nih.doakan ye..insyaAllah,ana cuba endingkan citer ni lepas final...tema yg ana nak tekankan kat sini,,,kalau rasa cinta entum tak cukup kuat untuk Allah,jangan letakkan diri  entum pada cinta manusia yang melalaikan..ana bukan pendakwah,,ana bukan ustazah..bukan juga yang lantang berhujah di meja perdebatan..andai yg ditulis mengguris hati sesiapa..ampun maaf dipinta...moga ada sedikit pengajaran yg boleh diambil dari penulisan ana....wallahualam..

Tit..tit..tit..
One meesege received

’ana dah  nak berangkat ni..kirim salam ana pada umi dan abi enti yer...doakan ana....asif andai warkah terakhir ana mengundang duka di hati enti..harap enti  faham dan  lepas ni kita jgn b’hubung lgi…insyaAllah,andai ada jodoh,,Allah pasti temukan kita satu hari nanti..salam ukhwah dari ana

SENDER:
AMIR_MUKHLIS


           Kelopak matanya sudah digenangi air,,.satu persatu manik-manik jernih jatuh membasahi pipi.. Eisya langsung tak bergerak…matanya tepat merenung mesej terakhir dari amir di skrin handsetnya,,,.Angin malam yang masuk ke ruang kamar langsung tak menjejaskan tumpuannya.Dibiar tingkap biliknya terbuka luas walau tika  itu hujan di luar agak lebat..


’Laa..nape tak tutup tingkap?kan sejuk kat luar tu..’Pantas tangan Aimi menutup tingkap bilik  lantas suis pemanas air dihidupkan..

Aimi merupakan rakan sebilik merangkap sahabat baik Eisya..jam menunjukkan ke angka 3.00 pagi.Sudah menjadi kebiasaan  Aimi untuk bangun menunaikan solat tahajud.Hairan juga dia melihat Eisya yang belum tidur  lagi...memandangkan cuaca di luar agak sejuk,macam biasalah, air milo panas memang menjadi pilihan Aimi..

’Eisya nak air?akak boleh buatkan..’Eisya  sekadar menggeleng..

Pelik Aimi dengan kelakuan Eisya sejak  akhir-akhir ini.Sepatah ditanya sepatah dijawabnya..

‘’Eisya okey??'
Aimi duduk menghadap Eisya  lantas menyapu pipi Eisya yang sudah basah dengan air mata.Eisya mengangguk lemah.Terharu Eisya dengan keprihatinan Kak Aini namun dia malu untuk berkongsi cerita tentang hubungannya dengan Amir.Dia tahu sikap  Aini yang memang menolak sekeras-kerasnya percintaan sebelum perkahwinan..

‘’Ceritalah..kalau okey kenapa menangis macam ni??Eisya  tak pernah menangis macam ni taw.kate sahabat tapi  tak nak  pun share masalah dengan akak...’’

Suasana sepi seketika.Aimi setia menunggu Eisya membuka mulut untuk berkongsi cerita dukanya..Aimi memang terkenal dengan ketegasannya di meja syura tika berdebat dengan muslimin  namun bila masalah melibatkan sahabat,terserlah kelembutan  dalam setiap tutur bicaranya..,seketika kemudian,,Eisya melepaskan keluhan panjang  sebelum memulakan  bicara.

’Akak,,macammna nak lupakan seseorang yang kita dah sayang??

‘’Kenapa??adik ni macam baru putus cinta jer..’’berkerut dahi Aimi bila  diajukan soalan sebegitu.Pelbagai persoalan bermain di mindanya.Takkanlah  si Eisya baru putus cinta?tak pernah  pun tengok dia bergayut lame..tak pernah pun tengok si Eisya ni keluar dating dengan sesiapa..ish..ish..musykil nih..

‘’Kalau betul Eisya pernah bercinta ,akak tak nak kawan dgn Eisya lagi ke?’’

‘’Eh..tak la..cume akak pelik..adik tak pernah cerita pun selama ni..tetiba jer dah putus’’

‘’Kitorang bukan bercinta macam pasangan lain..tak pernah berjumpa pun melainkan dia datang rumah untuk jumpa umi dan abi saya..kitorang tak pernah bercakap dalam telefon…mesej pun  jarang..tapi dia selalu bagi mesej-mesej tazkirah..kadang-kadang dia kejutkan Eisya bangun tahajud..’’Pandangannya dihalakan pada sekeping kad kecil warna ungu pemberian Amir dahulu.Itulah kad ucapan pemberian Amir sewaktu hari lahirnya dahulu.

       Riak wajah Aimi jelas menunjukkan dia terkejut bila mngetahui Eisya pernah bercinta sebelum ni.Dia terdiam sebaik  mendengar kisah percintaan  Eisya.Aimi  faham benar dengan istilah couple islamik yang kian menjadi trend golongan yang berfikrah terutama sekali para remaja.Padanya tiada istilah couple islamik andai tiada ikatan yang halal antara mereka..

‘’Eisya sayang dia??’’soalan cepumas dari Aimi.Sengaja dia mahu menguji Eisya.Sekadar melihat sejauh mana Eisya bersedia meneceritakan perihal isi hatinya pada Aimi.Bijak kan??(‘’,)

Eisya mengangguk namun pandangannya ditundukkan ke bawah.Mungkin malu pada Aimi yang memang terkenal dengan kethiqohannya dalam memegang prinsip Couple After Married.Aimi seorang yang sangat-sangat menjaga keperibadiannya sebagai wanita.Tak pernah sekalipun dia mengenakan pakaian selain jubah dan baju kurung.tudung krim labuh pula menjadi pakaian   kegemarannya,Namun,satu sikap yang membuatkan Eisya kagum dengannya ialah bila hal melibatkan hak wanita,pasti dialah yang akan tampil ke hadapan menegakkan kebenaran walau terpaksa berhadapan beribu muslimin.

‘’Macammana awak boleh putus?dia tinggalkan awak??’’

Eisya tidak segera menjawab.Sampul surat ungu dari Amir dihulur.Aimi membukanya lantas dibaca satu persatu bait-bait kata yang tertera di situ.

Buat mujahidah yang sangat-sangat dicintai Allah,
Asif  andai warkah ini mengundang selaut duka di hati enti..sudah setahun kita menyulam ukhwah..ana syukur dipertemukan  srikandi semulia enti..sepanjang kita berukhwah ,pelbagai kisah pahit manis telah kita lalui bersama…mengenali umi dan abi enti hadiah tak ternilai buat ana  yang tak pernah merasai kasih sayang dari umi dan abi sejak kecil..syukran  jiddan kerna memberi peluang untuk ana  rasai kasih sayang dari mereka walau hanya sekejap cuma..

Namun,sedarkah enti,dalam kita sibuk menyulam cinta dunia,ada cinta lain yang lebih aula’.?.ana tak nafikan enti memang pilihan ana untuk dijadikan sayap kiri perjuanagan ana di medan dakwah nanti..tapi,,sejauh mana kita dapat menjaga hati dari dikotori titik-titik hitam  sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan ??sejauh mana kita mampu menjaga cinta kita padaNya andai hati kita masih dikaburi cinta manusia yang kononnya kita katakan couple islamik??enti yakin Allah redha dengan hubungan yang kita jalinkan??walau tanpa berbalas sms,,walau tak pernah sekalipun kita berhubung di telefon..hati kita pasti tak terlepas dari  ingat-meningati saat kita jauh antara  satu sama lain….

Ana takut rindu ana pada enti melebihi rindu ana pada Allah,,ana takut bila perjalanan kita menuju  sebuah ikatan  yg halal dimulai dengan perkara yang mengunndang murka Allah..bagaimana kita mahu melahirkan generasi pewaris agama andai permulaan kita sudah jauh dari syariat Islam??Ana harap sangat enti faham..lepas ana berangkat ke oversea,,mungki kita takkan berjumpa lagi..bukan niat ana untuk memutuskan silaturrahim antara kita tapi demi menggapai redha Allah,,biarlah kita berpisah dahulu..letakkan  sayang enti pada ana sejauh-jauhnya…insyaAllah,bila enti  selalu dekat denganNya,Dia akan singkirkan ssedikit demi sedikit perasaan enti pada ana dan mungkin Allah akan gantikan seorang mujahid yang lebih baik daripada ana buat enti…

Yakinlah duhai bidadari Allah,,telah tertulis seungkap nama untuk kita di luh mahfuz Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana peribadi kita…sematkan tintaku ini dalam hatimu,,.andai ada jodoh antara kita,,Allah pasti pertemukan kita satu hari nanti..dan tika itu,,izinkan ana mngambil enti sebagai sayap kiri perjuanagn ana..

Yang ikhlas,Amir_Mukhlis

Anak mata Aimi berkaca-kaca.Dikawal agar tidak  jatuh mengalir ke pipi..Diberikan kembali warkah dari Amir tadi  kepada Eisya.

‘’Akak nangis ke??pelik nih..Eisya yang kene tinggal tapi akak pulak yang sedih..’’

‘’Eh....mane ade nangis..er..akak ade hal kat bilik kawan.nak kene cepat ni..eam,,.pasal Amir ni Eisya jangna risau..akak  yakin  jalan yang kamu berdua pilih ni tak salah…sekarang ni mmg kamu tak boleh terima tapi insyaAllah,satu masa nanti kamu akan faham..err..akak..akak minta diri dulu yer..asalamualaikum..’Aimi bergegas mencapai telekung dan al-quran lantas mengatur langkah ke surau dikolejnya.Sepanjang perjalanan ke surau,air matanya tak henti-henti mengalir.Diseka air mata yang membasahi pipi dengan telapak tangan.Aimi tak mahu Eisya sedar yang dia  sedang menangis.Aimi tak mahu cerita silamnya diketahui sesiapa.Biarlah ia tetap kekal menjadi rahsia hatinya dengan Pemilik Segala Rasa Cinta..

            Di surau,Aimi tenang dalam tahajudnya.Hujan lebat sedari tadi juga sudah mulai reda.Di saat sisiwi yang lain sedang enak diulit mimpi indah,Aimi pula sedang enak berdakapan dengan Rabbnya.Usai solat,Aimi membaca yassin untuk kesejahteraan kedua ibu bapanya,sahabat-sahabat,guru-guru dan tidak lupa juga kepada seseorang yang telah membuatkan  hati kecilnya tersentuh.Hanya itu yang mampu dilakukan bila  kenangan silam hadir kembali dalam bayangannya..Bukan niatnya untuk memutuskan ikatan persahabatan yg dibina,tapi demi menjaga batas-batas ukhwah,,dia perlu bertegas dengan dirinya sendiri..Beberapa minit kemudian,,Aimi duduk bertafakur memikirkan dirinya yang tak pernah lari dari diuji mehnah dan tribulasi.Saat itu juga,gara-gara warkah dari Eisya tadi,wajah seseorang yang telah 5 tahun dilupakan  kembali membayangi ruang mindanya.Dia juga pernah berada di tempat Amir.Sebab itulah dia mengatakan tindakan Amir meninggalkan Eisya bukanlah tindakan yang salah.Cuma mungkin Eisya perlukan masa untuk menerima perpisahan ini memandangkan Eisya agak lembut hatinya.Perbualannya dengan umi dua bulan lalu masih  terngiang-ngiang di telinganya..

‘’Boleh umi tanya sikit??’’

‘’Tanya banyak pun boleh  umi..hee’selorohnya sambil menikmati juadah tengah hari yang disediakan uminya.Dah lama tak rasa masakan umi agaknya..

‘’Kamu takda sape-sape calon ke nak dibawa jumpa umi dengan abi??kan dah semester last ni..masa umi macam kamu ni,anak dah 2 tau..’’umi memandang abi yang sudah tersengih-sengih dengan pertanyaan yang agak direct di situ…

‘’Ntah la umi..tak terfikir pulak semua tu..nyum..nyum..sedapnyer udang sambal ni..kat tempat Aimi susah tau nak dapat udang besar-besar macam ni..sayang umi lebih laa..hii.’’

‘’Ishh..kamu ni…umi serius ni dia main-main pulak..betul ke kamu takde sape-sape??kalau betul takde boleh umi ngan abi cari kan..umi ade kenal sorang budak ni..anak kawan umi jugak..mane tahu kamu berkenan ke..’’

‘’Bagus juga idea umi tu..Aimi pun malas nak cari-cari ni..umi kan terrer bab nak  screen test orang..hehe., umi..,udang ni kalau untuk Aimi sorang sebesen pun tak cukup..sedap sangat.!!’’Aimi memang malas nak bincang pasal hal n.Baginya,soal jodoh ni dia  serahkan seratus peratus pada umi dan abinya..

’Amboi..nak kenekan umi plak yer..tengok la anak kamu ni abinyer..kalau cakap pasal kahwin,,ada je nak elak…eh..bak  sini udang sambal tu.sampai kat tangan kamu memang tak beganjak...’Umi pun kadang-kadang kalau bab makan memang se’’geng’’ dengan Aimi.Masakan tidak,Aimi dan uminya memang berkongsi makanan kegemaran yang sama..abinya sahaja yang selalu jadi penonton tak berbayar…(‘’,)..

‘’Kamu ni betul ke setuju??tak nak tahu nama?tempat tinggal dia ke..kalau gambar memang takde lah.’’Abi hairan dengan anak perempuannya yang mudah sahaja setuju dengan cadangannya mahu dicarikan calon suami.Berbeza betul dengan anak-anak orang lain yang lebih gemar memilih calon pilihan sendiri.

‘’Abi,,,Aimi tak perlu tahu semua tu..apa saja pilihan umi dan abi,itulah pilihan terbaik untuk Aimi..’’Aimi tersenyum lalu tunduk memandang nasi di hadapannya.Dilihat sekilas wajah umi dan abi yang nyata gembira dengan persetujuannya menerima sesiapa sahaja calon pilihan mereka.Namun,jauh di sudut hatinya,ada harapan yang masih bersisa.Harapan  yang tipis untuk dijadikan kenyataan.Ibarat menanti pelangi petang di bawah terik mentari..

’Andai benar dia untukku,dekatkanlah dirinya  dgn diriku,andai dia bukan untukku,damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu Ya Allah..’’hanya doa yang mampu dipinta dari Sang Pencipta buat dirinya yang kerdil untuk meminta lebih dari apa yang telah ditakdirkan untuknya..air matanya jatuh lagi.Tidak tahu kenapa,sejak akhir-akhir ini,bayangan silamnya sering kali bermain di mata..setiap kali jugalah dia akan menangis lantas menunaikan solat sunat atau membaca al-quran…seboleh-bolehnya,dia tak mahu setiap saatnya  dibazirkan dengan mengingati seseorang yang boleh menghadirkan titik-tiitk hitam dlam hatinya..cukuplah warkah cinta dari Kekasihnya menjadi syifa ul qulub dan bukan lagi warkah dari sidia..

            Jam ditangan menunjukkan ke angka 4.30 pagi.Sudah tiba masanya dia pulang ke bilik.’Mesti Eisya risau nih..’lantas dicapai al-quran yang diletakkan di atas rak dan saat itu juga,sehelai kertas kecil terjatuh dari helaian al-quran ditangannya..







Bersambung……….










Thursday, September 1, 2011

SI KECILKU CAK..^_^..!!



’ello,,ello,,,!!’’(smbil letak tgn kat telinga pastu telengkan kepale..waa,,so sweet adek akak..^_^..!!)

Hii,,tu lar trade mark die bile ade camera kat depan mate..
Alamak,,.akak nie dah kene pnyakit rindu ker??

’Wahai  sang bayu,,hebahkan salam sayang saye pade baby comey kat shah alam tu yer..
Bisikkan padanya,,moge jadik anak solehah satu hari nanti…’’^_^..

..suke kan bile ade dak kecik??..happy kan bile tgk baby ketawa??
..baa,,cakk..!!!waa,,lg galak diorg gelak…kite yg dah besar ni pun lyankan jerk..
hmm,,pembaca  nie mesti dlm kalangan akak2 ngan abg2 kan??
Ape..?..X de adikk??adik bongsu??adik lari rumah..??hmm,,okeyy,,adik sedare pun boley…
bile diorang cakap pelat lg kite suker,,nmpak comel jerk an..?

‘’adik tomey gi tito’’..
‘’nak mamam??’’
‘’meh bobok kat abg meh..!’’

Tpi…kalo dah besar umur dlam 4 or 5 taun tpi still x leh cakap lncar lg camner??haa,,mase tue kite as abg
n akak2 si kecil tadi mesti akan terdetik kat hati…

‘’aku silap ajar ker dulu??’’
‘’ape keras sgt lidah budak nie nehh.??’’
Org keliling plak..
‘’eh,,nape la anak si ----- x boleh ckap lg ek?umor dah 5 taun..’’
Belum jiran sbelah rumah lgi…
‘’ish2…sian budak tue,,dah nak msuk tadika  pun x ley cakap lgi..nape x dibawak jumpe doctor jer,,mane
lar tau kot budak tuu…’’opp..opp…benti,,benti,lampu merah…!!

haa,,ni lar manusia,,,su’uzon kan..nak ckap per?nak ckp budak tu
sindrom??nak ckap budak tu hyperactive??nak ckap tu ker??
Pernah tak dgr suara hati diorang??kalau kite boleh dgr,,hati kite pasti terusik..

‘’akak,,adek x mntk mcm nie..’’
‘’abg,,hina ke adek bile x boleh ckap mcm org lain??’’
‘’umi,abi,nape adek susah nak ckap mcm org lain??bila lapar adek nanges,bile sakit adik nanges,,bile
 takut adek nangis jugak..adik slaoo ckap yg adik sayang umi,adik syang abi,,tpi sume tak fham..=(.’’

okey kite undi,,agak2 nyer sape yang salah???
Kakak??abang??umi??abi??jiran sebelah??budak tuh sndirik ker??
Jawapannyer…
Taraa……!
Takde sape pun yang salah..!!
hehe…adil kan??...(maaf,,pilih kasih tak dibenarkan di sini yer…)
Okey lar..sebenarnya mmg takder sape pun yg salah…cume kite ni manusia,,mmg x lari dari buat salah..
kan..(‘’,)yg penting,,,kesedaran hati nak ubah bile rase diri dah wat salah…
Sye ni bknnyer pakar perunding kanak-kanak…bkn jugak anak didik dynaz ahmad dlam citer Si Kecilku
Cakk..!umi pade anak2..??eh’eh..jauh sgt tuhh..
Sye ni cume akk pade due org adek yg sgt2 sye syg

(adek2 akak jgn mara yer,,cubit2 tu  tnde syg taw,,teguran berhemah org kate..,kalo gusti2 sket 
tue,,alaa,,bese  lar,,bgi sehat sket..)hehe..

 teringat mase dapat adek dulu..
‘’baby ni kite x boleh ajar die cakap pelat..’’nasehat mama padaku bile adek lahir ke dunia...
‘’nape ma??’’aku ni plak tnye soalan tak logik..
’smpai besar lar die x pndai cakap..’’jawab mama  smbil tersenyum tgk adek…
‘’ooohhhhh’’dlam hati rase dah tergugat sbb sayang mama padaku bakal dirampas adek
tersayang..cehh,,sabar je lar..(‘’,)

nampak tak???
Cume sebaris jawapan mama cukup buat saye ingt smpai sekarang….
Sbb tu sye tak suke bile ade yang cakap pelat dgn baby nie…
Baby nie cepat belajar,,ape yang kite selalu cakap tu lar yang diorang ingt..
jadi,,pada semua yang ade adek2,baby2…elakkan cakap pelat2 yer….
Kalau boleh,,time ngaji,,bwak baby dduk dekat ngan kita..
Kenalkan  mereka dgn kalam-kalam Allah..
Biasakan mereka dgn majlis-majlis ilmu..

Ingt lgi sahabat sye pernah ckap..
’ Hati baby nie  perlu pada sajian dan makanan,,
hidangannya bukanlah berupa mee goreng, nasi ayam mahupun tomyam yang meliurkan,,
 tetapi perlu pada sentuhan tarbiyyah dari ummi wa abi..akak2 ngan abg2 nie umpama perasa tambahan hidangan tue lar…^_^..sekadar nasihat ringkas dari saya...

Kalam min SAUTUL_ANIS:

Kdg2 sume yg terjadi kat sekeliing nie walau simple sekalipun semuanya tarbiyah dari Dia…walau
sekadar tgk rumput2 yg kene pijak,walau sekadar  tgok daun2 yg kering gugur ke tanah,walau sekadar
tgk gelagat org ramai kat pasaraya,,bnyk yg kita boleh belajar…
Ape yg penting?????
Terus,,terus,,terus dan terus menyulam keyakinan pada Allah tiap saat dan ketika..yakin setiap apa yg
Dia cipta,setiap ape yg Dia turunkan tak pernah sia-sia…pasti terkandung sejuta hikmah dan berbilion2
manfaat utk kiter…
Renung-renungkan dan selamat beramal..^_^…

Babyy bucukk..tomeynyer dier…!!!(hehe,,berani lar sgt nak ckap pelat ngan adek camnie kalo x nak kene
cubit ngan mama..)