Friday, January 6, 2012

LIFE IS LIKE A JOURNEY

Alhamdulillah..dapat hirup kembali udara segar di bumi UiTM DIHATIKU ni…tiba dari Pangkor dah lewat malam…Banyak ibrah yang ana boleh ambil…Sebolehnya,ana cuba tukarkan pengalaman ana dalam lakaran cerita pendek agar mudah difahami pembaca Lukisan Hati..

YANG SUSAH LEBIH BERKAT

Ujian datang silih berganti.Proporsal dah diterima.Tarikh pula perlu ditunda.Bas semua dah ada yang tempah..Ada pula suara-suara meminta kami membatalkan sahaja kem ni..Katanya,untuk apa susahkan diri??Program lain dah bersusun-susun,jangan seksa diri tu..

“Beritahu semua pimpinan kita jadi ke Pangkor minggu depan..Ana minta semua pimpinan datang ke program ni”Arahan penasihat kami akur.

Ada juga beberapa pimpinan yang baru habis berprogram di tempat lain namun atas dasar tanggungjawab hati redha..

“Maaf kak,ada musyaqah sikit.Tak boleh datang.”
“Family day la kak…Tak boleh nak skip..”

Konsep berlapang dada.Itu yang sebolehnya barisan pimpinan pegang .Seribu satu alasan yang diterima bila diajak ke program..

“Apa nak buat ni?ramai tak nak pergi.Rugi banyak sangat kosong..”
“Banyak nya dugaan nak buat program ni..Dulu macam tak jadi kenapa baru tahu last-last minute program ni diluluskan??”
“Persatuan lain pernah buat kem macam ni.Rmai sangat yang datang..Macam senang je diorang arrange program.”

Terfikir juga.Apa yang tak kena sebenarnya?Program untuk kebaikan semua.Kenapa Allah uji dengan macam-macam benda??

“Satu perkara yang ana nak entum semua ingat,dalam berpesatuan,bila senang je laluan kita nak berprogram mesti ada yang silap..dan bila susah sangat nak buat program maka bersyukurlah,entum semua sedang dalam pemerhatian Allah..insyaAllah,redha Allah mengiringi setiap langkah perjuangan entum..”Kata-kata dari mantan YDP persatuanku dulu tak pernah ku lupa.

Seperti disuntik semangat baru.Baru ku sedar,ujian itu tarbiyah,sabar itu indah.Sedangkan nabi nak berdakwah  pada ummatnya pun diuji mehnah dan tribulasi.Apatah lagi kita umatnya yang tak lari dari berbuat dosa..Syukur dipanjatkan buatNya.Ujian demi ijian kami atasi dan akhirnya,dengan waktu yang singkat,persiapan untuk kem kepimpinan berjaya disediakan..

ITS ALL ABOUT KUALITI BUKAN KUANTITI

Bas akan bertolak bila-bila masa..Masih menunggu beberapa pimpinan yang masih tak nampak bayang.Ada hal la tuh..Fasilitator  yang menganjurkan program mula tak senang duduk..Peruntukan dah dapat,kalau ramai tak pergi rugi la..

“Ni je ke yang dapat datang..Mana pimpinan yang lain??”
“A’ah la..Masa pergi Terengganu dulu ramai..kali ni ke Perak 22 orang je?”

Siapa tak terkilan bila kehadiran tak seperti yang dijangka..Namun,di sebalik  ujian,hati yakin berbisik,pastinya Allah datangkan 1001 pengajaran…Ku pandang wajah pimpinan-pimpinan baru  yang kian memenuhi ruang di dalam bas..Ku renung sahabat-sahabat seperjuangan merangkap fasilitator yang bersusah-payah memastikan program ini berjalan lancar..Beberapa minit setelah bas bergerak ke destinasi,handset ku capai.Menaip titipan ringkas buat hati-hati  yang ku harap bakal menyambung perjuangan menegakkan nur islam di bumi UiTM walau ku tahu  penerimaan takkan sama seperti di UIA,USIM,KUIS….

“Salam..syukran lillah pada adek2 yg support program nie.entum mmg sporting lah!^_^..salam ukhwah fillah ilal jannah dr akh2 n ukht2 INSAN..ingt yer dik,betulkan niat kita semua.kita datang ke sana bukan sebab INSAN tapi sebab Islam.Maaf andai ada yg kurang sepnjang program ni nnti..^_^..”

Butang send ditekan.Kurang seminit,balasan dari mereka ku terima.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya sejuk sikit hati ni untuk nak berprogram..

“Jangan rasa lemah bila yang datang program kita sikit.Jangan rasa down bila tengok persatuan lain buat program ramai yang datang..Inilah namanya tapisan Allah…Sekurang-kurangnya kita yakin,hati-hati yang datang ni bukan terpaksa sebab semuanya atas pilihan Allah..Yakinlah sesungguhnya Allah mengetahui sedang kita tidak mengetahui..”

Ingatan dari sahabat fasi buat kami yang kelihatan down sedikit bila memikirkan sambutan daripada adik-adik pimpinan baru tak sebaik persatuan lain..

DISEBALIK KEPAHITAN PASTI DIHADIAHI KEMANISAN DI PENGHUJUNGNYA

 “Jauhnye kem ni dengan pantai..macam dalam hutan jer.”
“Sunyinya tempat ni..Ingatkan pergi Pangkor boleh tengok pantai..”

Tak mampu nak buat apa-apa.Kami fasilitator pun tak pernah sampai ke sini.Tak sangka pula kem kami akan berlangsung di hutan.Sekadar tersenyum.Kesian adik-adik ni.Nak sangat tengok pantai tapi tak sangka Kem Raudhah ni agak jauh dari pantai..Bunyi ombak pun tak dengar..Risau juga akh2 dan ukht2 fasi.Tengok wajah adik-adik yang agak kecewa.Tengok wajah adik-adik yang seakan kurang berminat sedikit-sebanyak mengganggu emosi kami..Syukur ketua projek kami bijak mengendalikan situasi.

“Perhatian untuk peserta Kem Raudhah,ana minta semua letak barang di tempat penginapan masing-masing.Kumpul di sini sebab lepas ni kita akan bergerak ke pantai.”

“Pergi pantai???waa..bestnya.!”
“Yeah..dapat tengok laut..!”

Dalam perjalanan ke pantai ada juga yang mengeluh..Kami terpaksa berjalan kaki untuk ke sana..Ada juga yang menunjukkan keterujaan dek kerana dah lama tak pergi pantai agaknya..Yang kelakarnya,fasi-fasi semua dah tertinggal kat belakang..Masing-masing terbayang how to handle them as this is the first time kami handle program macam ni..Kami sendiri tak terpimpin apatah lagi nak memimpin adik-adik ni..Allahuakbar,moga Allah permudahkan urusan kami…

“Macamana nak buat adik-adik ni seronok?Serbasalah tengok diorang macam tak happy je riadah kat pantai tadi.”

Masing-masing diam membisu..Mungkin memikirkan jawapan terbaik.Bunyi kipas saja yang jelas kedengaran dari dalam bilik penginapan yang menempatkan fasilitator akhowat..Masing-masing melepaskan penat..
Alhamdulillah,lepas slot ta’aruf malam tu,baru nampak wajah ceria adik-adik…Fasilitator pun makin confident handle peserta…Bermula dengan slot pembersihan niat hinggalah ke slot LDK,semua beri kerjasama yang terbaik…Ish2..apalah kami ni,Allah jentik dengan kesulitan sikit masing-masing dah down..Padahal,Allah nak beri tarbiyah yang lebih bernilai...
“Senang hati akak tengk diorang dah boleh senyum..tak la muram je macam petang tadi..”NYDP kesayangan kami mula bersuara..Tak lekang senyuman di bibirnya..

“Takpe la kak..buat kerja Islam memang mula-mula susah..ada je yang tak kena...Allah nak uji tu…bila kita sabar,see…Allah beri nikmat ukhwah macam sekarang ni…tengok adik-adik tu..seronok kan tengok diorang happy??”

Senyumku ukir  buat ukhti kesayangan

”Ya Allah,,satukanlah hati-hati ini di bawah keredhaanMu..”…

Slot malam tu diakhiri dengan doa rabitah…Sebak..Sungguh,nikmat ukhwah lebih terasa tatkala dugaan datang silih berganti..Kiniku yakin,kegagalan guru terbaik bagi yang mahu belajar…^_^..