UiTM LENDU….Di sini Langkahku Bermula
Pernah dengar tak soalan ni?
“Belajar kat mana sekarang??kos apa??”
Rata-ratanya pasti ramai yang menjawab…
“engineering..”
“law…”
“business..”
“banking..”
Dan aku???
“DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT”
Dulu,hati acap kali berbisik…
“Pebende kos ni??”
“Tak sayang ke ilmu syariah,quran sunnah,Arabic…?”
“Apa subjek ni boleh sumbang untuk islam??”
“rugi je la belajar agama tinggi-tinggi kalau pilih kos ni”
Bila kos yang diimpi tak dapat….
“Teruk sangat ke result aku??”
“Bestnyer dapat fly oversea macam kawan-kawan lain”
“3 kali dah mohon..tak dapat gak..memang hidup aku ni untuk gagal je
kot”
And now,bila sebut tourism jer….
“Laa…kos second class tu ker??”
“Budak-budak sosial je ambik tourism ni”
“Anak dara apa duk jalan-jalan satu dunia pastu tak reti duk umah??”
“Pakai hok labuh-labuh ingat orang luar boleh terima
ker??silap-silap kene cop terrorist kang..”
Hmm..tapi,,bila hati dah mula sayang…
“Life is like a journey..”
“Tourism learn me how to know people…not for me but for Islam…”
:senyum:
Alhamdulillah… bab ibadat,persoalan demi persoalan berjaya
dirungkai…
“Nak solat qasar dan jamak pun tak boleh suka-suka..”
“Kalau sarung khuf dalam hutan tak perlu nak tanggalkan bila
berwudhuk especially untuk yang suka travel dalam hutan..”
“Panduan arah kiblat waktu solat dalam kenderaan,cara solat dalam
kenderaan…semua ada..”
And now… pejam celik,pejam celik, dah nak masuk semester 4 di
UiTM..alhamdulillah,,masih diberi peluang untuk mengutip serpihan sabar di bumi
Melaka Bandaraya Bersejarah..mungkin diri ini tak sebaik atau sebijak sahabat-sahabat di
SBPIJ dulu.. sering kali diri diuji dengan kegagalan,,untuk apa
melenting?sedangkan setiap kegagalan yang Allah beri umpama tamparan untuk kita
agar tak lalai dengan apa yang kita ada..
Selama setahun ku sulam
impian untuk melangkah ke universiti sebagai mahasiswi jurusan Syariah dan
Undang-Undang…tak pernahnya dapat…Penghujung tahun,permohonanku ke UiTM dalam
jurusan perlancongan diterima..Melangkah ke UiTM dengan hati yang zero..takde
perasaan..yang terbayang di minda waktu tu..sahabat-sahabat di Timur
Tengah,UIA,USIM dan yang sewaktu dengannya…AllahuRabbi,anadai Kau pisahkan kami
di alam nyata,temukan kami di Taman SyurgaMu…
Di laman Lukisan Hati ini,ingin ku kongsikan sedikit pengalaman
pahit-manis sepanjang menjadi mahasiswi pengurusan perlancongan di UiTM bumi
bertuah..insyaAllah,,..moga kalau ada adik-adik yang tersinggah ke sini dan
bakal menyambung pelajaran dalam bidang yang sama,ada perkongsian yang boleh
diambil..ada ibrah yang boleh di petik…Allahu Rabbi…”jauhkan rasa riak dan
takbur dari diri ini Ya Allah..”Menulisku atas dasar sayangku pada agama..sayangku
pada sahabiah,sayangku pada adik-adik..pada Islam…Biiznillah,dalam bait kata
yang ditulis,ada doa yang mengiringi…Ku mohon Ya Allah,”Jangan biarkan diri
ini tersungkur lemah di tengah-tengah badai perjuangan memburu selautan ilmuMu…”.Sungguh..
hati ini rindu menatap wajah sahabat-sahabat yang dulunya tak putus-putus
menitip kata-kata semangat…Walau sekian lama tak bertemu,hati yakin
berbisik,pastinya entum semua masih di jalanNya bukan..masih tetap dalam jagaan
Allahu Rabbi sentiasa..Kembaraku di bumi UiTM bermula dengan sendiri hinggalah
akhirnya Allahu Ya Rahman hantarkan sahabat-sahabat buat peneman di kala lemah
tak berdaya..Di sini langkah ku bermula…………….Allah,please guide me..
JANGAN DISANGKA LABUHNYA HIJABKU TANDA ALIMNYA DIRIKU
Memetik
kata-kata dari seorang penulis,, “tudung labuh bukan lah "the end of
everythings" tapi ialah " beginning of somethings "sejujurnya…ana
bukan yang selayaknya untuk bercakap pasal isu pemakaian seorang
muslimah..tapi,apa yang kita pakai,as long as ikut syariat…itu dah cukup
memadai..tudung kalau dah cukup melepasi paras dada,tak jarang,tak
singkat..Allahu akbar..tahniah sebab berjaya menjadi salah satu kuntuman dari
sejambak mawar yang tak kan senang-senang didekati sang kumbang yang
macam-macam perangai..Nak cari yang bertudung labuh di UiTM memang susah..tapi
tak sukar mencari hati-hati yang benar-benar inginkan Islam namun tersepit di
tengah-tengah insan-insan yang mengejar keseronokan duniawi..Grab their heart
not for us but for Islam.Tak mustahil mereka-mereka nilah yang bakal mewarisi
sifat mujahidah sejati pewaris generasi ummah…Kita yang bertudung labuh jangan
terlampau yakin sehelai tudung labuh tu cukup untuk kita tempah tiket ke
Syurga…Kesolehan seseorang bukan dinilai pada labuhnya tudung yang menghijab
diri tapi pada tebalnya iman yang menghijab hati..namun,andai tudung labuh
menjadi pilihan,moga imanmu seiring perjuanganmu…betulkan niat..moga nanti
dikaulah bidadari pilihan di Taman Syurga idaman..Allahurabbi..perkenankan
permntaanku Ya Allah..
Minggu
orientasi di UiTM…kejutan budaya yang teramat…bertudung labuh sewaktu di SBPIJ
bukan satu yang asing tapi once melangkah ke UiTM,akan ada mata-mata yang
memandang…waktu tu,akan ada kata-kata yang mengguris,dan akhirnya,,akan ada
hati yang terluka,,hari pertama sesi pembelajaran bermula,rasa diri seakan
terasing dari orang lain..alhamdulillah,,Allah pujuk hati ini bila mana ada
juga insan-insan yang ramah menyapa …baiknya Allah kan..!..Rozi yang tak pernah
sekalipun tinggikan suara,,kak farah yang sangat suke treat me mcm adik sndiri..Ana yang sanggup temankan diri join program
persatuan..huhu…sungguh,ana sayang kalian sangat-sangat…thanks Allah for give
me the best friend for the rest of my
life…satu pintaku padaMu Ya Allah,moga persahabatan yang dibina bukan sekadar
di dunia namun hingga ke Syurga Firdausi..kita kawan sampai Syurga yer…^_^..
FIRST ASSIGNMENT FOR PART 1
First
assignmet,kami diminta untuk bergerak secara berkumpulan...4 perempuan dan 2
lelaki…Lebih kurang macam lawatan yang perlu diuruskan sendiri…Memandangkan
kami perlu menemuramah pemilik hotel 5 bintang di Kajang,dari pemilihan tempat,pengangkutan,pemakaian
formal…semua perlu perfect dan diuruskan sendiri..Memang kena berjimat cermat
masuk kos ni…please muslimah sekalian,,jangan ubah pendirian kamu…Walau
terpaksa berkongsi kereta,bercampur lelaki dan perempuan..please..be aware...time
ni la critical thinking tu penting.!!,,pilih seat paling belakang,.Alhamdulillah..privacy
pun dapat..sahabat-sahabat pun faham..n the most important is,tak jadi mangsa
candid..Thanks to Allah…He send me the best group members to protect me,respect
me and treat me as what I am..Credit to Ayu,Aira and Sofi….Thanks sebab faham
saya…=)
TOUR GUIDING ASSIGNMENT
Tika ini iman teruji…pastinya ikhtilat tak lagi terjaga…teringat
titipan dari sahabat dulu,jangan pernah lari dari gelanggang mujahadah yang
kita pilih..lari sejauh mana pun kita tetap akan diuji..ujian diberi standing
kemampuan diri…put trust to Him..at the
end,ana decide utk pergi berjaulah with
them coz this is one of the assignment for this sem..
Destinasi
kami ke Putrajaya dan Johor Bahru…Pandang wajah sahabat-sahabat,hati mengucap
syukur,,ditempatkan di kalangan insan-insan yang murah dengan senyuman,ramah
dengan gurauan…Diri ini sebaik mungkin meraikan layanan yang diberi…Syukur
menjadi yang biasa-biasa…taklah jadi mangsa candid..Kadangkala,tak perlu
kelihatan menarik semata-mata ingin menjadi perbualan penduduk bumi,cukuplah
nama kita tak putus-putus djadikan bahan bualan penduduk langit…
GROOMING AND DRESSING
“Masuk kelas saya,please, wear your high hill…Yang mana muka
pucat-pucat tu colet la sikit dengan lip stick…Tak perlu nak make up
tebal-tebal pun..Ni lah tourism..”
Mula-mula berbelah bagi,perlu ke pakai high heel??Lip
stick??Allah…please guide me…and at the end…dah decide takkan pakai high heel
even lip stick…memang kene bebel sikit-sikit time dalam kelas tapi its okay..just put trust to Him…and keep
smile..Biarlah tak menjadi perbualan penduduk bumi asal di langit nama kita
menjadi sebutan...Bisik pada hati..”I love you madam but I’m sorry coz I love
Him more..”Yakinkan pada diri,kita akan hadiahkan madam kejayaan terbaik
dalam subjek ni…
“Every Wednesday I nak you all pakai baju hijau yang you all
dah beli tu..Baru ada semangat fakulti sikit..”
..Baju t’shirt hijau berlengan pendek..Cantik sangat!Ana suka
colour hijau…Tengok kawan-kawan pakai,,subhanallah,indah ciptaan Allah…memang
smart and nampak sweet jer awak-awak
semua tapi kalau buat long sleeve mesti bertambah cantik kan..!..Bila diminta
pakai ke kelas,sekali lagi arahan
dilanggar.. Tapi demi meraikan semangat fakulti,baju kurung hijau jadi galang
gantinya..yang penting still hijau kan..Takpe,walau ada yang mengata,ada yang
seakan menyindir,yang penting show that we love Tourism…=)..Go Green…Go
Green..=)..Utamakna pandang Allah dari pandangan mereka…Alhamdulillah,,praise
be to Allah…doakan ana moga diberi kekuatan untuk terus mujahadah....Don’t make
it a problem okeh..!Pandang segala kesulitan umpama tiket menuju ke Syurga…Pandanglah
insan-insan di sekeliling dengan pandangan husnuzon bukan pandangan su’uzon…Mesti
ada jalan to solve it..Jalan ke Syurga tu tak pernah mudah…Hidup tu pahit sebab
Syurga tu manis..Thanks to Allah….again,again and again..Doakan ana finish my
studies as Tourism Management Student k.!