Saturday, December 31, 2011

di saat rindu ini ku halakan buatMu....

Di saat rindu ini ku halakan buatMu,
Di saat keheningan  malam bersatu dengan kepekatan malam,

Ku minta dariMu YA Allah,
Jadikan aku wanita solehah,
Walau bukan seindah akhlak srikandi-srikandi mulia,

Cukuplah sekadar akhlakku terjaga,
Cukuplah sekadar maruahku terpelihara,
Cukuplah sekadar ibadahku terlaksana….

Jadikan aku sebaik-baik ciptaan,
Jadikan aku anak yang patuh pada ibu dan ayah,
Jadikan aku  wanita yang hidupnya subur dengan tarbiyah,
Jadikan aku  zaujah yang setia pada sang mujahid saat senang dan susah,
Jadikan aku umi yang terbaik buat ulama-ulama pewaris generasi ummah,

Tiada lain yang ku pinta,
Calon bidadari Syurga itu yang kudamba.....

Sunday, December 4, 2011

BERPISAH HANYA PADA JARAK BUKAN PADA HATI

Dengan lafaz bismillah....

pena ku tarikan...

yang paling jauh..kenangan
yang paling dekat..kematian
yang paling pahit..perpisahan
yang paling manis...pertemuan

Ketahuilah sahabat,

Hidup kita tak seindah lakaran warna pelangi,
Namun telanlah segala kepahitan umpama juadah dalam manisan...
Kemudilah bahtera hatimu dengan sauh ketabahan...
Tiada siapa inginkan perpisahan,

Namun,yakinlah..
Berukhuwah keranaNya,,
Berpisah keranaNya,,
insyaAllah,,bertemu kembali juga atas redhaNya...

Kenangan takkan kembali...
Kematian sedia menanti...
Perpisahan jangan dikesali...
Pertemuan..andai bukan di dunia pasti di syurga Firdausi..

berhakkah kita untuk memilih??
berhakkah kita untuk mengeluh??
Jangan bersedih duhai hati,,
Allah yang turunkan ujian,
Biarlah Dia memujuk kita dengan cara dan kehendakNya..

Hidup ini umpama pentas lakonan,
Manusialah para pelakonnya,
Allah s.w.t pengarahnya,
Al-quran jalan ceritannya...
Jadilah pelakon terbaik agar nilaiannya tinggi di sisi Maha Pencipta...

Saat kau kata “Allah,lemahnya aku..”
Hati ini berbisik “Allah,kuatkan hatinya..”

Saat kau kata”peritnya perpisahan andai tak berakhir dengan pertemuan”
Hati ini berbisik” manisnya ukhwah andai berpisah keranaNya...”

Saat kau kata”lama sudah kita terpisah,masih utuhkah ukhwah andai sekadar doa menjadi penghubung??”
Hati ini yakin berbisik..”sungguh,,,hati redha walau lama tak bersua,cukup sekadar mengetahui laluan aku dan  kamu masih di jalanNya..”

Teruskan tersenyum,,
Kita tak pernah berpisah,
Kita tak pernah menjauh,
Perpisahan ini bukan pengakhiran...

Kerana apa???

Kerana.....
BERPISAH KITA HANYA PADA JARAK TAPI BUKAN PADA HATI....

Sematkan kata-kataku ini dalam hatimu,
Agar andai tiba saat rohku dijemput Sang Pencinta,
Kau masih di jalan juang inI...

UKHWAH  FILLAH  ILAL  JANNAH...


KALAM MIN SAUTUL_ANIS:


...masih menanti saat dipertemukan kembali dengan si mawar berduri di sana...lamanya tak jumpa  enti...=(...
hanya satu yang ku pinta dariMu Ya Allah..
"JADIKAN DIRINYA WANITA SOLEHAH,,MULIAKAN DIRINYA IBARAT KUNTUMAN BUNGA DARI SEJAMBAK MAWAR BERDURI YANG MEKAR DI TAMAN LARANGAN"...

Tuesday, November 8, 2011

CERPEN:....QURRATU'AIN....

Qurratu'ain…Indah nama tu.Seindah pemiliknya..Pertama kali aku berjumpa dengannya sewaktu menemani sepupuku,Amira..Dipendekkan cerita,jadi bodyguard tak bergaji untuk Amira anak kesayangan mak teh.Boleh pulak Si Ain tu kawan baik dengan sepupuku sendiri..Memang hebat perancangan Allah..Waktu tu aku yakin,Ain lah yang tercatat untukku..Destinasi pertama kami di Kedai Buku Ihsan..Berjam juga la aku jadi tiang lampu,tiang elektrik,tiang gol..huhu..Orang perempuan kalau dah jumpa novel memang tak ingat apa..Baru ku tahu,minat membaca rupanya Ain tu..Aku pun minat gak.Minat  kat dia..Hehe…

Dalam keadaan orang yang ramai,Amira aku tak tahu dah terselit kat mana..Kecik sangat..Dalam sibuk mecari-cari Amira,Ain pulak yang aku jumpa..Aduhaii..memang dah takdir kot.. Hari-hari terserempak macam ni pun takpe..(“,)

“Cari buku apa?Riak wajah Ain berubah.Mungkin terkejut dengan kehadiranku yang tiba-tiba tanpa sebarang signal.Soalanku tak berjawab..”..Muka dah cantik,pekak rupanyer…”Aku sengaja menaikkan amarah dia.Ain tetap dengan muka selamba.

Pandangannya ditumpu pada novel di tangan.. Langsung tak dipandang aku yang dah terpacak kat depan dia..”Eleh,muka dah blushing.Dah malu la tu.”..Belum sempat aku meneruskan ayat-ayat cinta ala-ala filem habiburrahman,dia dah berlalu ke rak yang lain..”Sombong giler budak nih.!.”..

“Laa,,kat sini ko..aik??..sejak bila minat baca novel ni?dah..dah..jom pergi makan.Aku dah lapar ni.Ain mana?”Amira ni kalau aku sekeh kang menangis..

Untung la sepupu sendiri.Bukan reti nak minta maaf.Aku dah bosan tahap gunung everest tunggu dia beli buku..Dah lapar baru cari aku..Jari telunjuk ku halakan pada Ain yang tak jauh dari tempat kami berdiri..Pakaiannya sahaja dah cukup buat aku kenal..Jubah warna koko dengan tudung pitch labuh..Memang sedap mata memandang,,sesuai dengan namanya,Qurratu’ain(indah dipandang mata).

“Mira,jom pergi karaoke.Aku belanja.Ain ikut sekali lah..duet dengan saya..”Muka Ain dah merah padam menahan marah.Dahinya berkerut. Huhu..memang sengaja aku mengajak Amira ke pusat karaoke.Dah tentulah Ain takde pilihan lain melainkan terpaksa ikut kami ke sana.Suka tengok dia marah sebenarnya..huhu..

Ha??oii..ko demam ke apa…?Bila pulak ko minat pergi tempat-tempat macam tu??Dulu aku ajak bukan main nak elak..”Amira mula naik pelik dengan sikapku..Ish dia ni..Tak perlu kot nak membebel kat aku depan Ain..Hilanglah macho aku..

“Err..Mira..korang nak pergi karaoke ke??eam,,Ain tak pergi kot..Ada barang sikit nak cari kat tingkat atas..”Ain serbasalah nak menolak..

“Ain tak nak join sekali ker??takpe lah..Cancel je lah..Kita pergi makan jer..Mira pun dah lapar kan..Lepas makan boleh terus solat asar..dah nak masuk waktu pun..Karaoke tu bila-bila pun mira boleh pergi kan..”Aku tahu Ain bukan gadis sosial seperti wanita yang lain.Tak tergamak aku nak membiarkan gadis suci sepertinya melangkah ke tempat-tempat yang sosial macam tu.Aku sendiri tak pernah melangkah ke sana...

Wajah Ain ku pandang sekilas..Lantas,mata kami betembung..Spontan pandangannya dihalakan ke tempat lain.Aku beristighfar di dalam hati.”Allahu akbar..perasaan apakah ini Ya Allah”..Bukan sekali dua aku keluar dengan kawan-kawan Amira..Bukan sekali dua juga aku berbual dengan kawan-kawannya..Takde niat lain pun..Sekadar berkawan..Tapi bila dengan Ain aku jadi lain..Amira pula dah tarik muka seribu bila tak dapat pergi ke pusat karaoke..Ah.biar lah..macam budak kecik pulak nak kene pujuk..Last-last,Ain yang terpaksa pujuk Amira..huhu..aku??dah laju jalan kat depan sorang-sorang..malas nak layan!

Seminggu lepas tu aku dapat tahu Ain dah bekerja sementara di Kuala Lumpur sebelum menunggu panggilan ke universiti untuk meyambung pengajiannya di peringkat diploma.. Itupun aku tahu dari Amira..Seminggu jugalah aku rasa kehilangan..Kehilangan??Ntah la..Mungkn aku yang sekadar bertepuk sebelah tangan..Amira pun dah makin sibuk dengan kedai jahit ibunya.Nak Tanya pasal Ain pun susah.Mintak nombor telefon Ain gerenti la tak dapat.Huhu..betu lah orang cakap,penantian satu penyeksaan..

Ain??Qurratu’ain??”Aku terkejut bila melihat seraut wajah milik seseorang yang tak pernah luput dari ingatan.

“Err..awak siapa?”Ain ni biar betul tak ingat.Aku separuh mati ingat kat dia.

“Lerr..saya sepupu Amira..ingat tak??”Mintak-mintak la dia ingat.Takkan salah orang kot.

“Oh..em.okey.ingat..err,,buat apa kat KL ni??”

“Ler..jalan-jalan la…Cuti-Cuti Malaysia..hee”Aku ni boleh pulak buat lawak kurang kelakar.Ain langsung tak senyum.Pandang muka pun tak sudi.Matanya dilarikan ke arah pelanggan yang kian memenuhi meja di ruang restoran tempat dia bekerja. Aku dah mati akal.Tak tahu nak cakap apa.Masing-masing sepi tanpa bicara.

“Eam,,minggu depan pergi birthday party Mira tak?”

“InsyaAllah.”

“Pergi la.Ada orang rindu.”

“Ha??”

“Ha?erk..i mean..A..Amira..yes..amira..dia rindu sangat kat awak.Lama dah korang tak keluar sama-sama kan..”Fuhh..macam mana boleh terlepas pulak ni.
.
“Oh.eam..insyaAllah..okey la.Nanti bos marah.Assalamualaikum.”Sekejap saja Qurratu’ain dah hilang di pandangan.Hatiku mengucap syukur.Namun,dari kata-kata Ain yang sekadar acuh tak acuh  tadi menimbulkan seribu satu pertanyaan.Marahkah dia padaku??

Seminggu kemudian,Ain pulang dan tinggal di rumah Amira untuk beberapa hari.Selama itu jugalah aku rajin ke rumah Amira membantu apa yang patut..Al-maklumlah,rumah kitorang sebelah-sebelah je..

“Ko ni sejak bila rajin tolong kat dapur ni??selalu jejak rumah aku pun susah.Datang cari makan reti lah.huh..”Amira dah mula membebel bila aku meringankan tulang membantu menyiapkan juadah untuk tetamu memandangkan majlis doa selamat akan bermula pada waktu petang.

“Diam ar joyah..”..Spontan panggilan tu terkeluar dari mulutku.Amira dah buat jelingan tajam dia..Hehe…padan muka.Bising je tahu.Ain pun tak bising.Eh,ye tak ye jugak,Ain tu diam je dari tadi.Susah betul nak dengar dia bersuara.

“Ain,jom la ke depan.Tinggalkan budak tu sorang-sorang kat dapur ni.Nak sangat tolong kan.Haa,tolong la apa yang patut ye cik Aizat Izzudin..Cik Joyah ngan Cik Bedah tak main la buat kerja-kerja dapur ni..Nanti habis kulit kitorang.Dah tak selembut softlan dah..haha..”Sampai hati Amira tinggalkan aku terkontang-kanting kat dapur sorang-sorang. Ain pulak dah tersengih-sengih menahan tawa.Tapi takpe,aku suka.Sebab lepas ni aku dah tak boleh tengok dia lagi..senyum dia,mata dia...
.”Astaghfirullahal’azim..”aku tersentak..

”Ya Allah, kenapa sukar untukku menjaga hati dari lalai dengan kehadiran  wanita secantik akhlak Qurratu’ain??”Aku cepat-cepat menyambung membasuh pinggan-mangkuk di singki sebelum melangkah ke ruang solat.

Solat asar ku tunaikan..di penghujung solat,aku memanjatkan doa,”Andai Ain yang terbaik untukku maka dekatkanlah hati kami,andai dia bukan yang tertulis untukku,maka jauhkanlah hati kami..Aminn..”

Setelah tetamu pulang,masing-masing menghilangkan penat di ruang tamu..anak-anak kecil pula berlari-lari macam tak ingat dunia.hish,,kalau jatuh kang sape susah?..Mataku mencari-cari kelibat seseorang..Qurratu’ain..mana dia pergi?Amira tengah sibuk melayan anak-anak buahnya..

“Mira.mana Ain?”Cehh…ayat aku ni boleh mencetuskan kontoversi.Silap-silap Melodi pun nak jaja cerita aku.Tu la media.Huhu..

“Dah balik.”Ringkas jer jawapan dia.Di tangannya ada  coklat pelbagai perisa.Di kiri kanannya pula anak-anak saudaranya.Eh??adik aku pun ada.Hehe..Padan muka kau Amira.Jadi babysitter terhormat kat rumah ni.

Hmm,,,takpe lah..aku pun nak balik ni.”Ada nada kecewa di situ.Masakan tidak,esok aku akan berangkat ke Australia.Bermakna aku takkan berjumpa lagi dengan pemilik nama Qurratu’ain.Entah dia tahu atau tak yang aku akan sambung belajar di sana.Hmm…kalau dia tahu pun untuk apa..Aku bukan siapa-siapa pun pada dia..

“Eh..kejap..tolong letak diari Ain ni dalam beg aku atas kerusi tu.Kelam-kabut sangat nak balik tadi agaknya.Letak je jangan baca pulak.”Membebel je Amira ni.Muka aku ni ada muka tak boleh percaya ke?huhu..Buku oren milik Ain ku letak elok di dalam beg tangan Amira.Sejahat-jahat aku,tak la zalim sampai nak baca diari orang.Mencuri pun mak ayah aku tak pernah ajar.Kalau tercuri hati tu pun sebab tak sengaja..hehh..Tak semena-mena ada helaian kertas yang jatuh dari celah-celah buku di tangan..Mulanya aku ingatkan resit je tapi bila diamati memang sah ni tulisan tangan milik Ain..

“Ya Allah..saratkan hatiku dengan cintaMu..tenangkan hatiku dengan alunan ayat-ayat suciMu…jangan biarkan aku leka dengan cinta manusia yang melalaikan..jauhkan diriku dari dia Ya Allah..kenapa Ya Allah,bila kami jauh,seakan ada rindu yang hadir…astaghfirullahal’azim…hapuskan rasa rindu  ini dari hatiku Ya Allah..hapuskan namanya dari hatiku..aku takut andai perasaanku ini sekadar mainan dunia semata..aku takut andai dia sengaja mahu mempermainkanku..kenapa semakin aku cuba lari dari dia,semakin kau mendekatkan aku dengannya..?..Ya Allah,bantu hambaMu yang kerdil ini Ya Allah..Aizat Izzudin,,tolong pergi jauh dari hidup saya..”

Astaghfirullahal’azim…
Mataku berkaca-kaca.Tak dapat digambarkan perasaanku saat itu.Tak kusangka selama ini Ain juga menyimpan perasaannya padaku..Tapi…aku dah bawa Ain jauh dari makna cinta yang sebenar.Cintanya yang suci hanya layak disalurkan pada Maha Pencipta,bukan yang dicipta..Ya Allah..Akulah  yang telah melalaikan hatinya selama ini..Aku yang selama ini membuatnya jauh dari Cinta Maha Agung..Andai Ain mampu mujahadah hatinya untuk menepis rasa cintanya padaku,aku juga perlu melupakan dia dari hidupku...Ya Allah,,peritnya mujahadah ini…bantu hambaMu Ya Allah..

Pen di atas meja ku capai.Lantas ku coretkan bait-bait kata di bahagian bawah coretan Ain...

Salam Ain..maaf terbaca kertas ni..awak,maafkan saya sebab dah buat awak jauh dari cintaNya. maafkan saya kalau selama ni kehadiran saya tak pernah buat awak tenang....saya bersyukur sangat sebab Allah beri saya peluang untuk mengenali srikandi semulia awak walaupun sekejap..lepas ni awak tak perlu risau sebab saya akan tunaikan permintaan awak..saya akan pergi jauh dari hidup awak..saya takkan hadir dalam hidup awak lagi..saya takkan kacau awak dengan Kekasih awak..awak jaga diri yer..Ya Allah,andai terpisah kami di alam nyata,temukan kami di Taman Syurga..terima kasih Ya Allah..^_^..
Yang ikhlas:AIZAT_IZZUDIN

Keesokannya,tibalah masa untuk aku meninggalkan bumi Malaysia..tinggalkan mak dan abah,adik-adik,,saudara-mara yang selama ini telah ku anggap ibarat keluarga sendiri,rakan-rakan seperjuangan,guru-guru yang tak jemu mendidikku sedari kecil dan yang terakhir a.k.a yang pertama mengetuk pintu hatiku,Qurratu’ain..pastinya dia tiada di sini..Semalam Amira kata buku oren tu dah dipulangkan kembali pada Ain..Mesti dia malu untuk ke sini..Ah..kenapa aku perlu mengharap kehadiran dia di sini??

 “Izzat…!!...Adeh..semput aku kejar kau..sorry lambat..ambik Ain kat rumah tadi.Dah nak gerak ke?”Amira baru sahaja sampai dengan mengah yang masih bersisa.Mungkin baru lepas buat larian marathon dek takut aku dah berlepas agaknya.

“A’ah..kejap lagi gerak la..Ain pun ada??Terima kasih datang..”Ain sekadar tersenyum hambar..Pandangannya dilarikan ke tempat lain.Macam selalu.

 Aku tahu dia  sudah pun membaca surat yang ku tulis. Matanya dah mula berkaca..Dan akhirnya,air matanya jatuh..Ya Allah..melihat air matanya sahaja dah membuatkan hatiku pedih.. Aku tahu dia sedih..Aku juga seakan berat untuk meninggakan dia.Lebih tepat lagi meninggalkan segala cerita kami yang tidak lah seindah cerita novel-novel yang terhangat di pasaran,tapi kerana Ainlah aku kenal erti cinta Allah…dari Ainlah aku mula faham tiada isilah couple dalam islam..dan dari dia jugalah  aku mula menyedari yang muslimah itu mutiara,bukan sembarangan orang boleh menyentuhnya..dan aku,takkan pernah sesekali menyentuh hatinya lagi..

Biarlah mujahid islam yang selayaknya memiliki cinta Qurratu’ain…aku yakin,pertemuan kami kerana Allah,perpisahan kami juga kerana Dia.Patinya Dia telah menyiapkan untukku pertemuan-pertemuan lain yang lebih indah…Terima Kasih Ya Allah…

“Kesat air mata awak,Ain.Air mata awak lebih berharga jika dibazirkan untuk saya.Bersabarlah.Yakin dengan janji Allah. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik dan awak layak untuk orang yang lebih baik. Doakan saya di sini..”

Messege sent to Qurratu’ain…..
Messege delivered….    
    
Sms terakhir dariku buat Ain sebelum berlepas..Itulah pertama kali aku menghantar mesej ke nombornya.Amira yang hantar nombor Ain padaku tadi.Dari perut kapal terbang,kepalaku jengahkan sedikit melihat ke bawah..

”Selamat tinggal semua….selamat tinggal…Ain..”


kalam min SAUTUL_ANIS:


Alhamdulillah,,,dua hari jari-jemari ditarikan atas papan kekunci notebook kesayangan..akhirnya terhasillah cerpen pendek dari kotak fikiran ana yang adakalanya lebih banyak berimaginasi dari melihat kepada realiti..namun,walau tak sehebat karya fatimah syarha hatta habiburrahman..ada mesej yang ingin ana kongsi dengan pengunjung laman Lukisan Hati yang tak berapa nak indah ni..sebolehnya ana cuba menulis dari hati agar mesejnya insyaAllah sampai ke hati para pembaca..".Dalam bait kata yang ditulis,ada doa yang mengiringi..."...asif andai terlampau ringkas untuk dijadikan santapan rohani...



Monday, October 31, 2011

HEBATKAN ALLAH...!!

Salam ukhwah,,salam mawaddah..salam rahmah…salam tulus ikhlas buat insan2 yg tersinggah ke blog ana nih walau mungkin hanya seorang dua …mungkin yg seorang dua tu lah pilihan Allah yg terbaik kan..Allah,,Allah,,Allah..moga Allah merahmatimu…
            Izinkan ana berkongsi sedikit cerpen  ringkas yg tetiba saja melintas di kotak fikiran ana yg tak berapa nak betul sekarang ni.. sedang ana khusyuk melipat pakaian yg nelambak-lambak…mata pun dah macam  hidup segna mati tak mau…sebelum ana terlelap atas baju-baju yg dah elok tersusun,,ana capai net book yg setia menemani ana saat susah dan senang…maka bermulalah hikayat rekaan ana yg tiada kaitan langsung dgn ana,keluarga  mahupun jiran tetangga..

Maka tersebutlah al-kisah di satu rumah usang yg dihuni oleh seorang gadis desa bernama Dang Wangi bersama adinda  trchenta Raden Adiwarna,umurnya baru menjangkau usia 7 tahun …sedang si akak sibuk melipat pakaian dengan hanya bertemankan lampu pelita, si adik yg tak boleh tidur masuk ke ruang kamar si kakak yg dah tersengguk-sengguk dek kerana penat yg teramat memandangkan segala kerja perlu dilakukan sendiri secara manual setelah ibu mereka meninggal dunia sebulan yg lepas..tak lama kemudian,ayahnya pula pergi meninggalkan mereka tanpa khabar berita…Nak dipanjangkan cerita,ayam itik peliharaan ibu mereka di belakang rumah juga turut dirundung kesedihan hingga mogok tak mau makan berhari-hari…

Apakan daya,kasih sayang yg terjalin membuatkan mereka rasa kehilangan yg teramat sangat..Namun,sejak pemergian si ibu tadi ,semakin lama,sedarlah mereka bahawa “kita hanya akan menghargai sesuatu pabila kita kehilangannya”..sejak itu, ayam dan  itik peliharaan di bawah jagaan si ibu telah di “take over”oleh si kakak yang sangat cekap bekerja walau disebalik perwatakannya yang lemah lembut,ayu,tinggi lampai,beragama dan segala syarat2 yg menetapi ciri-ciri wanita solehah...Masyarakat majmuk yg terdiri drpd ayam2 dan itik2 itu telah hidup serumpun tanpa sebarang pertelingkahan…segala kesulitan di tangani secara aman dan telus…

“Kak,,,”suara si adik tadi memecahkan kesunyian malam…

“Ya…”si kakak tadi yang tengah membanting tulang empat kerat melipat baju sekadar menjawab seringkas mungkin…

“Tak boleh tidur la”muka si adik yang seposen tu seakan menagih simpati kakaknya..

“Kenapa??banyak nyamuk??ai??kan akak dah pasang ubat nyamuk tadi..dah pegi tidur..esok kan nak skolah…kang akak juga kene kejut kamu..dah la liat nak bangun..dah pegi tidur sana..”bukan niat si kakak mahu berkeras dengan adiknya.Penat menguruskan hidup sendirian tanpa ibu dan ayah di sisi memaksanya untuk lebih bertegas soal mendidik adik…tambahan lagi.hidupnya juga tak sebaik remaja lain yang seusia dengannya…di saat rakan-rakan lain dibuai katil empuk siap beraircond bagai,mereka hanya tidur beralaskan tilam nipis dan berbantalkan lengan…

Si adik tadi pun berlalu pergi ke ruang kamarnya.Namun bberapa minit kemudian..
“Kak…”Si adik dah tercegat lagi di depan pintu kamar kakaknya..

“La…tak tidur lagi budak ni..??Adi nak apa nii..akak penat ni dik..esok nak bangun pagi lagi..siapkan makan kamu lagi..”tangan si kakak lincah menyusun baju-baju di dalam almari..ubat nyamuk di bawah almari di pasang…bantal ditepuk-tepuk sekadar menghilangkan habuk yang melekat…dia dah tak mampu berfikir…yang difikirannya sekarang ialah tidur..tidur.dan tidur..penat mengerjakan kebun arwah ibunya belum hilang lagi…

“Adi rindu mak..kak,,adi nak mak..dulu mak selalu temankan Adi tidur…mak tak pernah marah Adi pun.Kenapa mak tinggalkan Adi kak...”Adi duduk di sisi kakaknya…Matanya sudah basah dengan air mata…badannya tersengguk-sengguk menahan tangis yang cuba ditahan..kepalanya disembamkan ke peha si kakak…jelas terpncar kerinduan si adik untuk dibelai oleh seorang insan bergelar ibu..Si kakak terkesima..masakan tidak,dia juga acap kali berendam air mata bila dirasakan letih teramat sangat bekerja siang malam demi mencari sesuap nasi buat dia dan adiknya..namun,dia cuba sedaya mungkin untuk tidak menangis di hadapan adiknya..dia perlu kuat..

“Adi…mak dah ada rumah sendiri…kita tak boleh panggil mak balik sini lagi….kan akak dah selalu bawak Adi pergi rumah mak…Diusap kepala adiknya tanda kasih yang tak berbelah bagi..

“Adi nak duduk dengan mak..kesian mak sejuk…kenapa orang tanam mak..mak mesti takut sorang-sorang kat sana…jom la kak tengok mak…nanti Adi bawak selimut untuk mak..jom la kak..”Mata Adi tepat memandang bola mata si kakak..pandangannya nyata mengharap si ibu akan kembali pulang..

“Ya Allah Adi…Adi..Adi dengar akak  cakap ye sayang…mak dah takde dik..terimalah hakikat Adi..mak.. kita.. dah tak ada…Adi jangan macam ni…Adi tak bole tidur ea..takpe,biar akak teman ea.…akak janji tak tidur sampai Adi tidur..”

“Kak,,,besok kita pergi tengok mak ea…dulu mak  selalu cabut rumput kat rumah kita kan,nanti Adi nak tolong cabut rumput kat rumah mak lah..mesti mak suka kan kak…hihi..”tuturnya sambil tersenyum..mungkin terubat sikit hati si adik bila si kakak ada di sisi saat ketakutan bersatu dgn kepekatan malam..dan akhirnya si adik terlelap..si kakak masih belum tidur..matanya seakan sukar untuk dipejam,dia mengeluh sendirian..hatinya diselubungi rasa kasihan mengenangkan adiknya yang kehilangan kasih seorang ibu di saat dia masih tak mengerti apa-apa..

“Mak..Wangi rindu mak..rindu sngat..Adi pun rindu kat mak..”air matanya jatuh lagi…tanggungjawab yang dipikul sebagai ibu dan ayah untuk Adi sangat menguji kesabarannya..Rindunya pada madrasah kembali bertamu…Dia sempat menduduki peperiksaan STAM di sana sebelum terpaksa berhenti setelah kematian ibunya…Impian untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah juga terpaksa dilupakan walaupun dia telah tersenarai antara pelajar yang cemerlang yang ditawarkan biasisiwa untuk belajar di sana dalam jurusan Bahasa Arab

Esoknya,pagi-pagi lagi Wangi sudah bangun..Tahajud ditunaikan walau di pondok usang yang sekali pandang seakan rumah tinggalan..Kemudian,,.helaian Ayat-Ayat Cinta dari al-Khaliq di baca..Sesekali wajah adinda tersayang direnung…

”Adi..kamu tak patut lalui semua ni dik..”Manik-manik jernih gugur membasahi pipi… Seketika kemudian,,tangannya mencapai sampul coklat di dalam almari..TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE MESIR DALAM JURUSAN BAHASA ARAB…Impian yang selama ini dinantikan…Apakan daya,keadaan tidak mengizinkan…Keluhan berat dilepaskan..Dia pasrah dengan suratan takdir..Wangi akur,kadang-kala perjalanan hidup tak seindah lakaran pena yang  berwarna-warni..Dia terpaksa melupakan seketika niatnya mahu menyambung pelajaran di sana..

“Pinjamkanku sekeping hati yang tabah Ya Allah”hatinya merintih agar diberi kekuatan..Allah yang beri ujian,biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendakNya..  
                                     
Fikir….fikir dan fikir….

Mari ana bawa entum ke dunia khayalan ana sebentar…menelusuri pahit maung hidup tanpa ibu dan ayah…bekerja demi mencari sesuap nasi,…kadang2 si kakak terpaksa ikat perut demi adik2 yg masih kecil…
Hakikatnya,,kita tak keseorangan…
Wangi tak keseorangan…
Adi pun tak keseorangan..
Sebab Allah ada kat mane-mane..kalau tiap saat,tiap ketika kita letak pergantungan sepenuhnya kpd manusia,kita akan rasa loss bile mereka-mereka yg disayangi dah tiada kat muka bumi nie..but we have to be strong..Allah dah cakap,tidak beriman seseorang mukmin melainkan setelah diuji..nak dapat lessen memandu pun perlu ujian,nak dapat lessen ke Syurga pun perlu ujian...
Mana ada yang mudah kat dunia ni..

Fikirkan sejenak,,,
Kenapa BURUNGyang tiada tangan boleh bina sarang yang kukuh?
Kenapa HAIWAN yang tiada akal boleh hidup dan makan dalam hutan?
Kenapa BINTANG-BINTANG yang bertaburan di langit tak jatuh ke bumi?
Kenapa??manusia ke yang membantu??
manusia ke yang hantar kontraktor suruh tolong burung-burung tu buat sarang??
manusia ke yang bagi makanan kat haiwan-haiwan di hutan?
manusia ke tampal bintang-bintang dengan gam gajah??

Mesti la tak..
Subhanallah….hebat kan makhuk-makhluk ciptaan Allah??
Tak perlu perasan hebat sebab anda memang hebat…
Andai yang dicipta pun dah hebat,pastinya Pencipta makhluk juga berkali-kali ganda Hebat..Hebatkan Allah??

Monday, October 24, 2011

CERPEN :TINTA DA'IE

              Salam mahabbah fillah....alhamdulillah,,cerpen seterusnya berjaya dihasilkan...idea yang lahir sewaktu mengikuti latihan memandu..syukur lillah,,Allah masih memberi peluang untuk ana berkongsi   sedikit ilmu buat titipan para da'ie yang pastinya tak pernah sunyi dari diuji dugaan sepanjang mengendalikan usrah atau liqa'...cetusan ceritera ini inspirasi dari beberapa orang insan yang sangat ana kagumi sepangjang berada di Uitm..SUNGGUH,SAAT PENA INI KUTARIKAN,,ADA RINDU YG BERTAMU....


salam kerinduan ku tujukan buat ukhti nabilah yang jauh di mata..akak,,,nak sebilik lagi sem depan..=)..syukran jadi penguat kita selama ni..solat jemaah sesama,,makan sesama,,baca mathurat...huhu..sabarnye akak dgn kita...kata-kata dri stick note yg akak selalu letak kat lap top"jaga hubungan dgn Allah,Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia.."syukran ukhti..akanku semat kata-katamu di sepnjang perjalanan ana sebagai khalifah di atas muka bumi ini..moga istiqamahmu menguntungkan saham akhiratmu ya ukhti habibati..sayang enti lillah...moga terus mekar bak mawar berduri yg tumbuh mekar di tangan larangan..


.syukran jiddan lillah buat ukhti jannah yang memang terkenal dengan buku-buku motivasinyer..dari akak la kite belajar mengenali diri...dari akak kite belajar erti sebenar to be a good muslimah...dari akk la kite belajar dahulukan cinta Allah dari cinta manusia...amek psikologi nnti share lgi ilmu dgn kita kk..!syukran yer kak..buku akak hari-hari kita bawak pergi kelas driving...(",)...


..tak lupa kepada sahabat-sahabat liqa yg lain,,,ukhti fida,ukhti nora,,fifah,zati dan dalina yang menceriakan hidup ana sepnjang mengutip serpihan sabar di sini...terima kasih jadi "tangan" utk kesat air mata ana tika Allah uji dgn sedikit ujian..bila ku pohon seorang teman,Allah hadirkan kalian sebagai penunjuk jalan..baiknya Allah..^_^..ukhti nora yg tetap cool,maintainkan cool akak yer...dalina yg tak pernah lekang dgn senyuman..ana bahagia jadi sahabat enti..ukhti fida yang comel dan senyuman yang terhias di wajah,,ana yakin enti mampu menjadi wanita solehah di sisiNya..kita sayang akak sangat2..izzati khaizatul yang tak pernah sekalipun berkasar dgn ana..walau dikurniakan ciri-ciri seorang wanita solehah lembut tutur katanya,,walau dirimu acap kali dikatakan  seindah bidadari dunia,,tak sekalipun enti gunakannya untuk menarik perhatian ar-rijal..ana bangga denganmu ukhti...pada fifah yang sangat sempoi...syukran ada di sisi ana di saat ana perlukan teman utk diajak bertekak..hee...(",)..


..buat ukhti alifah yang sgt ana rindui...sungguh,,mengenali ukhti hadiah tak ternilai buat ana...mujahidah solehah yang sangat hebat di medan dakwah..srikandi islam yg tetap sahaja tenang dalam berbicara...dekan every sem at the sametime   majlis tertinggi persatuan islam di universiti...subhanallah,,ana kagum dengan enti..doakn ana ukhti habibati...


...dan yg terakhir,,,sekalung terima kasih ku tujukan buat murabbiah yang disayangi,ukhti farhana liyana humaira'...rindu nak berkonferens riang dengan ukhti...seronoknyer dah habis diploma..lepas ni smbung degree kat mane??ukhti jgn jauh-jauh tau...susah nak jumpe nanti..(",)..syukran didik kami erti sabar..syukran jiddan sebab sgt2 sabar dengan keletah kami dlm liqa ukhti...nakal kan kami..(",)..doaku,moga ukhti bahahgia di samping zauj tersayang...maaf lmbt datang walimah haritu...


kumulakan ukiran pena dengan lafaz basmalah..bismillahirahmanirahim...


“Ukhti..tolong ana handle usrah malam ni…”wajah putih bersih Auni bekerut-kerut tanda bersungguh minta dibantu..

“Kenapa??.”

“Err..ana tak yakin la ukhti…ntah la..tiba-tiba jer..tak sedia apa pun…”keluhan berat dilepaskan..
“Dah solat??”waktu itu jam di masjid tepat ke pukul 7.30..Usrah malam tu akan bermula pada pukul 9.30 malam..Auni mengangguk laju..seakan anak kecil yang ditanya uminya tentang solat..Insyirah tersenyum..dia tersedar,Auni bukan budak-budak perlu diingatkan tentang itu..(“,)

“Dah baca al-quran??”teragak-agak Auni menggeleng..pandangan ditundukkan ke bawah…malu dengan Insyirah..sahabat baiknya merangkap ketua akhowat dalam persatuannya…wajah putih bersih  Insyirah  nampak berseri dengan tudung pink labuh yang dipakai…memang sesuai dengan namanya Nur Insyirah humaira’..

“Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang..enti yakin kan dengan ayat ni..?”Insyirah tak berkata banyak..dia lebih suka Auni berfikir sendiri tentang hakikat ketenangan yang sebenar..

“Err..tak tau lah…kadang-kadang ana rasa kuat,kadang-kadang ana rasa lemah…sampai satu tahap tu,rasa malas nak baca al-quran..”Tangannya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Allah..istighfar ukhti.. segala yang diturunkan datangnya dari Al-Khaliq, pastinya disediakan ruang untuk mengaudit diri sendirisenyuman yang terhias di bibir juga hiburan dariNya bukan ..cube fikir,mungkin enti ada silap kat mane-mane kot…”

“Ntah la ukhti..eam,,ana belum cukup ikhlas kot nak bagi usrah..”

“Auni..biasala tu..keikhlasan tu milik Allah…iman kita ni memang ada pasang surutnya…enti takut dengan peringtn Allah dalam surah as-saff ayat 3 dan 4 tu kan?cuba kongsi dengan ana..hehe..dah lama ana tak dengar tazkirah dari srikandi Auni ni..ce citer,,ce citer..”Auni ketawa kecil..terhibur dgn gurauan Insyirah..rasa dihargai pula bila dipuji begitu…dia senang dengan sikap Insyirah yang suka merendah diri walaupun  antara insan-insan hebat di meja perdebatan..ketua akhowat lagi tau…

“Eam,,apa yg ana tahu dlam ayt tu Allah igatkan hambaNya supaya jgn sampai apa yg kita katakn tak dilaksanakan..Allah murka kalau kita cakap tapi tak buat..”perlahan saja Auni menutur kata namun masih mampu didengari Insyirah di sebelahnya.Auni berhati-hati dlm menyusun ayat dek takut sahabat baiknya itu terasa dengan kata-katanya..

“Subhanallah..hebat enti nie..tapi,u must know that Allah tak tgok hasil but your effort dear…walau ke mana pun kita lari,takkan pernah terlepas dari dijuji dalam gelanggang mujahadah..yakin dgn nusrah Allah k.!”lengan Auni digenggam erat.Seakan ada kekuatan yang cuba disalurkan ke dalam diri Auni.

“Ana letih la ukhti…meeting,persatuan,usrah,daurah..tu belum campur kerja-kerja kuliah lagi…nak prepare utk pngisian usrah pun tak sempat.. tu yang jadi tak confident..”keluhan berat dilepaskan..seakan ada beban besar yang sedang ditanggung Auni..

“Islam takkan rugi andai kita lari dari medan dakwah tapi kita yang rugi bila Islam menang kita langsung tak menyumbang apa-apa untuk Islam..its okay,pilihan di tangan enti..ana tak akan paksa enti untuk pegang amanah ni kalau tak mampu…”Senyuman ikhlas terukir di wajah Insyirah..

Dia memang manis orangnya..Sentiasa berlapang dada dalam berkongsi pendapat..Tak pernah sekalipun memasamkan muka dihadapan sahabat-sahabat..Baginya,walau kita seringkali menangis lemah di sisi Allah,Allah akan kuatkan kita di sisi manusia..sahabat-sahabatlah penguatnya kini..Sebab itulah memaksa bukan caranya bila mengendalikan ahli-ahli di bawah pimpinannya…Dia ada caranya tersendiri
untuk membuatkan sahabatnya berfikir..Jauh di sudut hati,dia tak mahu Auni berhenti di tengah jalan…

“Eh takdelah sampai nak berhenti..eam,ana teringinn nak jadi macam ukhti..tabah,,ada masalah pun senyum jer…ana tak pernah nampak ukhti marah…hee,,kongsi la dengan ana apa rahsianya…ce citer..ce citer..”Aii..suke betul diorang ni dengan trademark Pak Jabit dalam filem Zombi Kampung Pisang tu yer…heh..macam-macam lah..!

“Allahuakbar,,,ana tak layak dapat pujian macam tu..takde apa-apa rahsia pun ukhti..I’m  always keep remind myself,,Kalau ana tak kuatkan diri sekarang macam mana ana nak hadapi hari-hari mendatang??”Soalan dibalas soalan…Sekali lagi dia mahu Auni berfikir..Memang itulah pegangan hidup Nur Insyirah Humaira’ selama dia menjejakkan kaki ke universiti..Baginya, di hadapan jauh lagi besar cabarannya…Namun,dia takkan pernah jemu mengintai-intai peluang dakwah  agar risalah CintaNya ada ruang untuk disebarkan…Wanita yang lemah takkan mampu melahirkan generasi solehuddin al-ayubi.. (“,)

“Ohhh…macam tu ker..”Kepala diangguk –angguk tanda faham..Tangannya rancak menulis sesuatu di atas kertas..Ada sinar di wajah Auni..Mungkin dah berjumpa jawapan kepada apa yang dirunsingkan selama ini..Sifat kerendahan hati yang dimiliki Insyirah membuatkan orang sekeliling mudah menerima apa yang diperkatakannya…Hebat kan??(“,)

“Okey,let me ask u something,,kenapa enti bagi usrah kat adik-adik??”badannya dihalakan betul-betuk di hadapan Auni..Mata tepat merenung Auni.Dia mahu jawapan yang jujur dari sahabat  yang sangat-sangat disayangi.Dia yakin Auni mampu menjadi da’ie buat para mad’u yang ketandusan makanan rohani kalau betul kaedahnya.

“Sebab dah tanggungjawab ana sebagai naqibah dalam persatuan..ana tak kisah cuma kadang-kadang bila diri sendiri pun tengah tak berapa nak betul,memang tak la nak bagi nasihat kat budak-budak tu..”

“Haa,,ni lah masalahnya..enti jalankan amanah sebagai naqibah ni atas asar tanggungjawab,sebab tu enti rasa down  nk bagi usrah..lagi-lagi kalau maca-macam problem datang..betul tak??”

“Habis tu apa??memang tanggungjawab pun kan..?”

“Eamm,,,macam mana yer nak terangkan..jap yer..hmm..”Insyirah mula memikirkan jawapan terbaik untuk Auni..Ya Allah,permudahkanla lisanku menyampaikan ilmuMu..Hatinya berdoa..

INSYIRAH :“Okehh.ana bagi satu analogi..kalau kita dah  kahwin,mesti la nak jadi isteri terbaik   kan??gosokkan pakaian,,,masak,,sambut suami balik kerja,basuh baju…sebab apa??

AUNI :“Sebab dah tanggungjawab seorang isteri..hee..betul ker??”

INSYIRAH :“Bukan..!..yee..tolak satu markah..”

AUNI :“Alaa…salah lagi..kenapa??”

INSYIRAH :“Bila kita jalankan tugas sebagai isteri sebab “tanggungjawab”,tak mustahil lama-kelamaan,,bila kita dah penat balik kerja,,anak dah ramai..masalah keluarga pun dah bertambah…kita takkan jaga kebajikan suami kita macam mula-mula kahwin….sebab tu banyak kes-kes cerai..diorang guna konsep “tanggungjawab” ni laa..”

AUNI : “habis tu..nak gune konsep apa???”

INSYIRAH :“konsepp…S.A.Y.A.N.G…sayang..!!”

AUNI :“Memang la kahwin sebab sayang..huu..confuse..confuse..”

INSYIRAH :“Bila kita jalankan tugas kita as a wife atas dasar “sayang” kita pada suami,tak kisah la anak menangis ke,,jiran sebelah bergaduh ke…masalah kerja ke…kita tetap akan pastikan kebajikan suami terjaga.Takkan pernah berubah..sebab dah sayang..bukan sekadar atas dasar “tanggungjawab “jer..means,,tanggungjawab dan sayang perlu seiring..”

AUNI :“Apa kaitan dengan usrah??”

INSYIRAH :“Same goes with usrah…selama ni enti guna konsep “tanggungjawab”,,so,bila dijentik dengan sedikit kesulitan,,enti dah down..Kalau enti guna konsep “sayang” pada usrah,,”sayang” pada adik-adik usrah,InsyaAllah,,diuji dugaan setinggi ombak laut pun enti tetap berpegang pada sauh ketabahan..”

AUNI :“Ohhh..baru ana faham…kalau macam tu,rahsia nak elak down dlm study pun kenelah study atas sebab sayangkan ilmu bukan sebab tanggungjawab sebagai pelajar kan..am I right??”

 INSYIRAH :“Of course dear…and the most importang thing that you must know,,campus life is all about dakwah and study..there’s no time to be wasted..”
Mengulang kembali kata-kata seorang penulis blog yang dibacanya beberapa hari lalu..

AUNI :“InsyaAllah Ukhti..alhamdulllah…ana macam dapat kekuatan baru laa…hii…mohon bimbingan dari enti yer kalau ana tersilap langkah.bak kata ukhti dulu.jalan dakwah kan tak selalunya indah…hehe..”
INSYIRAH :“Tapi di situlah keindahan hidup…Baikkan Allah..??..
Tawa kecil kedengaran..Ntah apa yang digelakkan..Mungkin tercuit dengan topik yang mereka bualkan sebentar tadi..Dari cerita pasal usrah dah meleret-leret ke topik lain..hehe..sape ntah yang mulakan dulu..

Subhanallah,,,,indahnya hidup bila ukhwah dijalin keranaNya.. .Di sebalik senyuman yang terukir di wajah Auni Farhana,hatinya mengucap syukur kerana dipilih Allah menjadi intan terpilih dalam menyebarkan risalah cintaNya…Jalan dakwah yang dipenuhi duri-duri tajam juga dirasakan manis bila dikiurniakan sahabat pendoorng semangat bak bidadari sebaik dan secantik akhlak  Insyirah Humaira’..(“,)..Insyirah la yang tak jemu-jemu menitipkan kata-kata semangat buat dirinya yang mudah alpa dengan nafsu duniawi....moga ukhwah yang dibina kekal hingga ke SyurgaNya..

Tit..Tit..Tit…Handset Sony Ericson milik Insyirah bergetar..

One message received…inbox open..
“Salam…rindunyer kat die...esok abang dah start exam…huhu…doakan ye sayang…^_^..”.

SENDER:
HARITH_ISKANDAR

Insyirah tersenyum…sempat lagi nak mesej tuh..”Harith Iskandar”,,..Insan yang baru dinikahinya beberapa bulan yang lalu.Kini,mereka sama-sama berada di tahun akhir peringkat ijazah..Insyirah di UKM manakala Harith di UIA..Ikatan yang di bina tanpa mengenali hati budi masing-masing..Segalanya telah diaturkan keluarga..Mengikat tali perkahwinan seawal umur 23 tahun menjadikan dirinya lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian yang tak pernah lari dari diuji dengan mehnah dan tribulasi…Teringat kembali perbualannya dengan Harith sewaktu menghantarnya ke universiti setelah semester baru bermula dulu..

“Kenapa Ira terima abang??Kan kita tak pernah kenal…??”

“Sebab abang pilihan Allah untuk Ira..”Jawapan pada istikharahnya menguatkan hatinya untuk menerima lamaran Harith..Senyuman paling manis dihadiahkan buat suami tersayang.

“Eam,,,boleh abang tanya sikit?Err…mak Ira cakap Ira dah ada pilihan sendiri sebelum terima abang....kenalan Ira dulu…betul ke?”

Ira terkesima..Jantungnya bagaikan hendak luruh..Tak sangka Harith mengetahui kisah lamanya dengan Iman Danial dari ibu dan bukan dari mulutnya sendiri..

Dia dan Iman Danial tak pernah bercinta..Sekadar sahabat sewaktu sama-sama berada di bangku sekolah…Masing-masing berusaha menjaga hati dari dikaburi cinta duniawi..Tiada langsung berhubung setelah Danial berangkat ke luar negara..hanya doa menjadi tali penghubung antara dua hati yang bersahabat kerana Allah..Namun,di penghujung solat,dia sentiasa berdoa,,”Ya Allah,jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan untukku redhailah hatiku dengan ketentuanMu.”.

.Saat itu,,cukuplah pergantungannya kepada Allah walaupun jauh di sudut hati dia mahu Iman Danial yang menjadi imamnya..Dia mahu memenuhi separuh dari agama seorang mujahid IslamSatu keluhan berat dilepaskan,,Ahh..kisah lama tak perlu diulang kembali..Dipandang wajah suaminya yang nyata masih menanti jawapan darinya….Dengan berat hati,Ira mengangguk..Kepalanya ditundukkan ke bawah…Tak sanggup dia menatap wajah Harith yang pastinya terpukul dengan kenyataan yang baru didengarinya..

Astaghfirullahal’azim..Ujian apakah ini Ya Allah..”Harith nyata terkejut dengan pengakuan Insyirah..Diraup mukanya dengan kedua tapak tangan..

“Abang..”Lembut suara Insyirah memanggil....Tangan Harith di genggam..

“Abang minta maaf....abang tak tahu…salah abang sebab dah rampas kebahagiaan Ira..”Perasaan serbasalah mula menyelubungi diri Harith..

“Abang..memang hati Ira pernah disinggahi oleh insan bernama lelaki..memang Ira pernah menanti dia untuk mengambil Ira sebagai isteri..Tapi tu dulu,sebelum Allah temukan kita..sekarang hati Ira cuma untuk abang…penyejuk mata buat seorang suami..Ira nak jadi bidadari abang di  Syurga..”Sayu suara hati Ira menuturkan kata-kata yang lahir tulus dari hatinya yang dalam..Ada manik-manik jernih yang mengalir di pipi...Harith terpena..tiada kata  mampu diungkap..Diseka air mata yang membasahi pipi isterinya..Sugguh tulus kasih Insyirah buatnya...Harith berjanji pada diri tidak akan sekali-kali mensia-siakan hidup Insyirah Humaira’..(“,)

Alhamdulillah,..Destinasi cinta yang dicari telah bertemu pelabuhannya..Insyirah pasrah menyahut kasih sang mujahid pilihan Allah walau perit dibayangi kenangan semalam…Hatinya berbisik….

“Iman Danial…aku bukan yang selayaknya untk dijadikan Khadijahmu….izinkan aku mengusir  namamu dari kamus hidupku…”