Tuesday, August 30, 2011

KAIN KECIL DIWAJAHMU



‘’Wehh..senyap ar..!’’
‘’wehh..bising ar..!’’
‘’cikgu datang ar..!’’
‘’cikgu  balik ar..!’’
‘’giiilerr…!’’
‘’comelnyerrr …’’

Ah..,lantak korang lah.!Jun mendengus geram.Sudah berkali-kali dia mengingatkan kawan-kawannya agar tidak membuat bising di dalam kelas.Sepatah dikata,ada jer jawabnya.Geram pulak Jun.Masakan tidak,kedudukan kelasnya betul-betul  bersebelahan bilik guru..Tak pasal-pasal dia yang akan dimarahi guru apabila kelasnya terlampau bising.Al-maklumlah,pengawas kesayangan cikgu pun kdg2 kene marah jugak andai tugas tak dilaksanakan...’’Cukup 5 tahun aku kat sini mmg bisu ar kot.Hari-hari dok terjerit-jerit suruh korang diam.sabo je larr..’Hatinya mengomel sendirian.

‘’cikgu disiplin datang..!’’
‘’ha..??..lari,lari,,selamatkan diri..!’’
‘‘ambik  buku sesape..buat-buat bace jerr..!’’
‘’pegi padam papan hitam cepat..!!’’
‘’wehh..ko duduk kerusi aku tuh..!!’’

           Pening Jun dengan gelagat rakan-rakan sekelasnya.Nampak cikgu disiplin serupa nampak hantu.Gelabah tak tentu pasal.Beberapa minit kemudian,cikgu disiplin a.k.a  cikgu penyayang,En.Hamidi melangkah masuk ke kelasnya.Derap kakinya saja boleh menggegarkan jantung dengan kelajuan 120 k/m sejam..Semua terdiam.Masing-masing dengan muka terkejut,terkesima,terlopong,ternganga,termenguap...nak tau kenapa??tu diaa..ada budak baru  masuk rupenyer. Dia berjalan ke kelas diiringi cikgu Hamidi.Dengan beruniform sekolah,bertudung labuh lengkap berpurdah,memang menjadi budaya baru yang tak pernah dilihat di sekolah menengah biasa..Agak lama juga kelas itu sepi.Masing-masing dengan dunia sendiri..Ingat ni wayang ke hapa?

‘’Dah..dah..tak perlu nak tenung lama-lama macam tuh.Saya cucuk bijik mata tu kang..!’’
Ainul menundukkan pandangan ke lantai.Walaupun hanya dua bijik matanya yang kelihatan,tak sanggup dia menatap satu persatu insan-insan di hadapan yang sedang merenungnya.
‘’Untuk pengetahuan awak semua,hari ini  kita dapat kawan baru.Harap boleh beri kerjasama.Jangan buli dia pulak.Ainul,kenalkan diri awak..’’

’Er..eam.,,bismillahirrahmanirahim..Assalamualaikum..Nama ana Ainul Mardhiah binti Salahuddin..boleh panggil Ainul..asal  Terengganu.Harap antum dapat beri kerjasama.Apa yang ana tak tahu minta diajar.Terima kasih.’’Lembut suaranya menutur kata-kata walaupun hatinya hanya Allah yang tahu.Betapa berdebarnya Ainul berhadapan dengan suasana kelas yang jauh berbeza dengan madrasahnya dahulu.
‘’Ainul boleh duduk sebelah Jun.Jangan risau dengan kawan-kawan kamu yang lain ni..Jun tu samseng Kampung Dusun at the same time best student kat sini juga.Apa-apa hal  tanya dia.Serba-serbi dia tahu.’’Perlian direct dari cikgu Hamidi tepat mengena batang hidung Jun memandangkan memang hakikatnya Jun agak kasar namun tak lokek membantu orang lain  terutama bab pukul-pukul orang dan juga membantu dalam pejaran..cewahh..masuk lif tekan sendirik pulak dahh..(‘’,)....
              Langkah di atur kemas.Ainul berjalan ke belakang kelas menghampiri kerusi kosong di sebelah Jun.Semua mata tertumpu ke arahnya sekarang.Umpama berjalan di red carpet dengan sport light kiri dan kanan ditambah silauan camera yang berlip-lap serta digamatkan lgi dgn  sorakan peminat-peminat..Ainul..Ainull..nak sign…!!fullamak..tinggi betul imaginasi penulis..(‘’,)
            Kehadiran Ainul disambut dengan senyuman manis dari Jun.Jun memang comel dan manis orangnya.Rambutnya  diikat ekor kuda.Mukanya putih dek kerna ada darah campuran Siam dan belanda.Salam dihulur tanda ukhwah dijalin.’’Saya Jun..seronok dapat kenal orang macam awak..awak mesti cantik kan.Sebab tu pakai purdah..kan,kan.?’’Lesung pipit di pipi menambahkan lagi kecomelan Jun.Ainul hanya mampu tersenyum dengan kata-kata dari Jun walaupun dia kurang setuju dengah tanggapan Jun yang menganggap hanya sebab cantik sahaja seseorang itu memakai purdah.
’Nak bodek ler  tuh cik Jun oii..!’’Mail mula menjalankan aktiviti sehariannya.Mengganggu ketenteraman awam..Jun dan Mail memang macam anjing dengan kucing.Menyampah pulak Jun dengan Si Mail tu.

‘’sibuk lark ko..!’’
‘’free jer aku..’’
‘’pandang depan sana…!’’
‘’nak pandang kau..’’’
‘’gedik..!’’
‘’comelnyerr..’’
‘’ko pesal??’’
‘’bukan kau.budak baru tu,,Ainul Mardhiah..haha..’’

           Zupp..!!berderau darahnya tatkala Mail menyebut namanya.Belum pernah sepanjang pengajiannya di madrasah,ada ikhwan yang memandangnya secara berhadapan apatah lagi memanggil namanya sebegitu.

Kringgggg.!!!!!!!!
Loceng berbunyi tanda waktu rehat telah tiba.Fuhh..lega rasanya hati Ainul.Dia memanjat syukur kepada Allah kerana membantunya melepaskan diri dari keadaan yang boleh menimbulkan fitnah pada agama. Lagipun,Ainul kurang selesa dengan kedudukan dia dan Mail yang sangat dekat memandangkan dia jarang berurusan dengan ikhwan kecuali atas urusan penting terutama melibatkan hal persatuan.Percaya tak sekarang?andai kita jaga hubungan dengan Allah,Dia akan bantu kita jaga hubungan dgn manusia dalam keadaan yang kita sendiri takkan jangka.

‘’Hoyeahh..!!Ainul,jom pergi kantin.’’
‘’Eam,,takpe lar Jun.Saya tak lapar.Saya duduk dalam kelas je lar ea.’’
‘’Ohh.baru teringat.!Hari ni Khamis.Awak mesti puasa kan.?’’

Ainul sekadar mengangguk.Matanya dikecilkan agar Jun tahu yang dia sedang tersenyum.Sekurang-kurangnya Jun tidak berkecil hati.Setelah semua pelajar  meninggalkan kelas,dia berniat untuk meminjam buku di perpustakaan.Belum sempat dia melangkah keluar,tiba-tiba…
‘’Siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati tiada memikat…cakk..!’’Aiman tersenyum kambing.Dikecilkan matanya dengan muka yang kononnya comel sgt lar tuh..!
Ainul terkejut dengan kedatangan pelajar tersebut yang tidak langsung di duganya.Tafsir yang dipegangnya hampir jatuh ke lantai.Didakap seeratnya..Jantungnya berdegup kencang memikirkan hanya dia dan pelajar itu sahaja di dalam kelas.’’Ya Allah,,hindarilah aku dari fitnah syaitan laknatullah’’ Pandangannya ditundukkan ke bawah.

‘’Yang tertunduk-tunduk macam kura-kura ni kenape??..ko takut ea..jgn risau ar..takdenyer aku nak ngorat ko.Pakaian macam budk kampung.Mana standard dgn aku anak datuk terkenal kat bandar ni.Aku saje test ko tadi..haha...one more thing,,nonsense lar you pkai kain kecik kat muke tuh...sebijik cam citer ninja turtle yg adik aku selau tengok.haha.!’’pemuda tersebut lantas beredar meninggalkan Ainul yang masih terkilan dengan kata-kata yang ditujukan kepadanya tadi.Air matanya bergenang.Seakan-akan maruah dirinya dipijak-pijak..Sebelum berpindah ke sini,tak pernah sekalipun ada ikhwan yang mengeluarkan kata-kata seperti itu.Sungguh dia merindui sahabat-sahabatnya,rindu akan suasana tarbiyah islamiyah di madrasah yang telah lama dihuni sejak ibu bapanya meninggal dunia.Namun dia terpaksa akur dengan permintaan bapa saudaranya yang mahu Ainul tinggal bersama di ibu kota.Teringt Ainul akan warkah yg diterima dari seorang ikhwan pada hari terakhir dia di madasahnya..

Pesanku buat bidadari dunia.. 
Dengan kecantikanmu kau lebih elok drpd matahari,,
Dengan akhlakmu kau lebih wangi drpd haruman,,
Dengan rendah hatimu kau lebih tinggi drpd rembulan,,
Dengan ketegasanmu kau lebih halus drpd  rintik,,
Maka pesanku,pertahankanlah keindahanmu agar kau terus menjadi sayap kiri pejuang islam..
Min ana,,Iskandar_hakimi

‘’Mungkinkah aku tak cukup tegas pda pandangan mereka sampai sanggup buat aku macam ni??’’hatinya bertanya sendirian.

             Setelah 30 minit berlalu,kelas kembali berjalan seperti biasa.
‘’Adi,ko pernah makan kuih talam tak??’’
‘’Kuih talam tak tahu,talam dua muka aku tahu…’’
‘’Kuih talam pun nak kecoh.!..tak nmpak ker Ainul tengah baca buku tu.Nak bising pun pergi lar jauh-jauh sket..’’
‘’ala Jun..kite nak amek roti kelape jerk..!’’Adi  dengan gaya menggedik yang dibuat-buat sebijik macm gaya awie citer Hantu Kak Limah..di tangannya ada sebungkus roti kelapa yang  dibeli di kantin tadi.
’Jangan menggedik ar  Adi..’’
‘’gedik  pun lgi elok dari talam dua muka macm kawan ko yang pijak semut tak mati tu’’
‘’sape??’’
‘’AINUL  MARDHIAH BINTI SALAHUDIN BERDATING DENGAN ANAK  DATUK ..wow.ni kalau jadik berita muke depan mesti meletupp  youu…!’Seisi kelas  terdiam.Mata dihalakan ke arah meka berempat.Ainul Mardhiah tenang menghadapi situasi ini.Dia percaya pasti salah faham ini berpunca dari kejadian sewaktu rehat tadi..Di pandang wajah Jun yang sudah kemerahan menahan marah.Tersentuh hatinya dengan keperihatinan Jun tentang dirinya  walaupun baru sahaja berkenalan.
‘’Ah kau..jangan tuduh kalau takde bukti..!’’
‘’Adaa..sape kata takde..haha..ingat aku main serkap jarang je ke haa..??tengok ni.’di halakan telefon bimbitnya ke arah Jun.Memang benar gambar wanita yang tertera di dalam handphone  itu gambr ainul dan Aiman,anak Datuk Tarmizi sedang berdiri di hadapan kelas.Siapa lagi pelajar sekolah ini yang memakai purdah melainkan dia.

‘’Jun,sebenarnya...’Ainul cuba menerangkan perkara sebenarnya namun dipintas Jun.
‘’Dengan bukti yang ada saya tak rasa awak perlu beri apa-apa penjelasan lgi sekarang ni.’’Ringkas saja jawapnnya.
Jun cuba mengawal api kemarahannya.Tidak disangka-sangka Ainul rupnya mempunyai hubungan dengan Aiman,seorang pejar yang memang diminati ramai termasuklah dia.Walupun hatinya tertanya-tanya ,bagaimana Ainul boleh mengenali Aiman sedangkan belum sampai sehari pun dia di sekolah ini,tapi dengn bukti yang ada,sudah terang lagi bersuluh.

’Saya tak kenal dia pun.Dia yang masuk ke kelas ni tiba-tiba tadi…lepas tu..’’
‘’Lepas tu nak kata dia ngorat awak??Jangan perasan la Ainul.Ntah-ntah awak yang perangkap dia.Patut lar saya ajak makan kat kantin tak nak.Rupanya ada agenda lain..huh…!’’lancar Jun  menyambung kata-kata Ainul dengan jelingan tajam.Sakit di hatinya semakin menjadi-jadi  bila memikirkan Ainul dengn mudah sahaja dapt menawan hati Aiman sedangkan dia yang sudah bertahun-tahun di sini sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.Jun bingkas bangun dan berlalu pergi.

’Wehh Jun,,ko nak ke mana tu??ade kelas ar..!’’
‘’Cakap kat cikgu aku nk cari ketenangan..’’
‘’Ketenangan??kahkahkah..ingat ni citer novel ker..!’’

Rakan-rakan kelas yang lain mula bercakap-cakap sesama sendiri.Ada yang berbisik,ada yng menjeling  ke arh Ainul,ada yang sekadar memandang Ainul dengan pandngan sinis..Ainul tak sngka begini sekali dugaan yang perlu di hadapi di hari pertama persekolahannya.Disangka panas hingg ke petang rupanya hujan di tengahari.Teringat dia akan layanan baik dari Jun sejak dia melangkah masuk ke kelas ini tadi.’’Jun,,Ainul tak salah.’Dia hanya mampu merintih di dlm hati.Jun sendiri sudah tidak mempercayainya apatah lagi pejar-pelajar lain..Hanya  kepada Allah dia bergantung harap..Dia yakin,Allah sekadar mahu mengujinya.Ujian yang diberi tanda sayang Allah pada hambaNya..Tiada apa yg mampu menenangkan hatinya tika itu melainkan ayat-ayat cinta Kekasihnya...Sejak kecil,dia telah dibiasakan umi dengan ayat-ayat Al-Quran..alhamdulillah,berkat didikan Umi walau tanpa Abi di sisi,dia telah menghafaz  15 juzuk Al-Quran..Tafsir di buka. ‘’Surah Yusuf’’..Ainul tersentak.Seakan Allah ingin memujuk hatinya dengan ayt-ayt di dlam surah itu.

              Dia masih ingat,dulu  sewaktu kecil,umi selalu bercerita tentang kisah-kisah nabi sebelum tidur .’Ainul anak ibu,besr nanti jadi anak solehah ye sayang.Kalau orang buat jhat kat kita,jangan sekali-kali balas tau.Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya inikan lagi kita hamba Allah yang lemah.’’
‘’Tapi kawan-kawan selalu ejek Ainul takde abi’’
‘’Ainul balas apa??’’
‘’Allah sayang abi,sebab tu Allah ambik abi dari Ainul.Kan Umi..??’’
‘’Betul la tu.Allah sayangg sangat kat abi tau.Allah nak jaga abi.Ainul tak marah Allah ambik abi??’’
‘’Tak lah.Ainul sayang Allah.sebab tu Ainul tak kisah.Tapi kalau orang lain ambik abi,Ainul gigit tangan orang tu..biar padan muka diorang..sape suruh jadik jahat.orang jahat masuk neraka kan umi??’’
‘’Hii,,anak umi nie.Nakal die nak gigit-gigit tangan orang.Nak jadi anak solehah mana boleh macam tu.Nanti macammana nak masuk Syurga jumpa abi.?’’
‘’hii..okey.Ainul tak buat macam tu.Hmm,,umi..Ainul tak pernah tgok muka abi.Abi mesti hensem kan?Sebab umi cantik…hee’’’
‘’Hmm,,,ayah Ainul hensem sangat,baik,penyayang..macam Ainul lar..haa,,nak dengar kisah Nabi Yusuf tak?’’
‘’Nak..nak..!!’’
‘’Masa umi kandungkan Ainul,abi yang suruh umi selalu baca surah Yusuf.Hasilnya,Allah titipkan Ainul Mardhiah yang cantik dan pandai cakap nie untuk umi.Nabi Yusuf ni hensem sangat.Semua orang perempuan suka kat dia.Abi pun hensem sbb tu ramai yang suka kat abi dulu..’’
‘’Tapi abi pilih umi Ainul yang baik dan solehah nie..hii..pastu..pastu??sambung lar umi..!’’
‘’Perjalanan Nabi Yusuf sangat-sangat sukar nak..Berpisah dengan ayahnya selama  40tahun,dianiaya adik-beradik sendiri dan difitnah mak angkat sendiri hingga dipenjarakan bertahun-tahun.Tapi kat dalam penjara tu,Nabi Yusuf tak pernah tinggal solat sebab padanya semua dugaan yang diturunkan sekadar nak menguji keimanan hambaNya.Akhirnya Allah keluarkan Nabi Yusf dari penjara dan tinggikan darjatnya.Nampak kan,Allah tak pernah kecewakan hambaNya.Yang penting kena yakin dengan Allah.Ainul nak jadik macam sifat Nabi Yusuf tak??’’
‘’Mestilah umi.Nanti laaagi Allah sayang kan??Hmm..umi,Ainul dah ngantuk lar.Besok Ainul nak bangun awal temankan umi solat.Umi dodoikan Ainul yer..Hmm..Ainul nak umi nyanyi zikir taubat yang selalo tu..Ainul suka..selamt malam umi..asalamualaikum…’’

Tanpa disedari air jernih mengalir di pipi.Rindunya pada umi dan ayah tak terbendung lagi.Kata umi,abi terbunuh ketika memberikan bantuan perubatan di Negara jiran yg dilanda peperangan.Umi pula meninggal akibat kemalangan.Kehilangan umi dan abi seawal usia muda mengajarnya erti hidup berdikari.Dia tahu yang dia tidak boleh selamanya bergantung pada keluarga saudaranya walaupun mereka tak pernah memberi layanan buruk pada Ainul.’’Ainul rindu kat umi ngan abi..Ya Allah,Kau tempatlah kedua orang tuaku dalm kalangan orang-orang yang beriman..Aminn..’’

Bamm.!!
Ainul tersentak.Mejanya ditumbuk kuat.Ya Allah dugaan apa lagi yang ingin mereka lakukan Ya Allah..titipkan kesabaran padaku Ya Allah..

‘’Haa..baru gertak sikit dah terkejut.Ko berangan ea..teringat abang sayang ko ker??Aiman anak datuk Iskandar??hehe.alolo…comelnyer mata dia..’’
Mail kini diri betul-betul di hadapan mejanya.Tangannya cuba menyelak purdah Ainul.
‘’Tolong hormati ana..!’’ditegaskan sedikit suaranya.Ditepis tangan Mail dengan buku dihadapannya.Ainul sedaya upaya cuba mengawal dirinya dari terlampau mengikut nafsu amarah.Dia teringat pesanan ustazahnya dahulu.’SaAT uJIaN dEMi UjIAn MenGhaMPaR baHteRamU,KeMudIKaNLah hAti SebAikNya.’’

’Cehh..garang jugak ko ni ek..’’
‘’Alaa,,,garang-garang manja gituu..kehkeh..’’
‘’Wehh..cakap ati-ati sket bro.kang keluar segala dalil,padan muka ko..!’’

‘’ada aku kesah??sejahat-jahat aku ni,tak pernah tinggal sembahyang tau.Tapi takde lar aku talam dua muka macam orang tuu.HIPOKRITT..!!’’dijatuhkan segala alat-alat tulis Ainul dari meja.Habis bersepai di atas lantai.Semua kini riuh dengan gelak ketawa tanda bersorak menyokong tindakannya.
‘’Allahu Akbar..!’’Tak disangka Mail akan bertindak  sedemikian rupa.Ikutkan hati,ingin shaaja dia menangis saat itu.Tidak tertanggung lagi rasa pedih di hati diperlakukan rakan-rakan sekelasnya sebegitu.Namun,dia perlu kuat.Tidak akan sekali-kali dibazirkan air matanya di hadapan lelaki.Uminya sendiri tidak pernah menangis walau di cemuh masyarakat sekeliling setelah kematian abi.kata Umi,’’kebenaran pasti akan menang sekalipun ia perlukan masa yang amat panjang.’’benar kata umi,waktu itu,ketika umi tenat,seorang  gadis mengaku telah menyebarkan fitnah kepada orang kampung sekadar ingin membalas dendam terhadap abi yang tidak mahu menerima cintanya dulu.Dia mengaku kemalangan umi memang telah dirancang dan ingin meminta maaf dari umi.Dalam keadan nazak, umi hanya mampu menangguk menandakan umi telah lama memaafkan wanita tersebut.Mulia sungguh hatimu umi..akhirnya Umi pergi dengan tenang.. pergi bertemu abi yg sekian lama menanti umi agar kasih bersemi hingga ke syurga..

          Dikutip satu persatu alat-alat tulis di lantai.Bibirnya tidak henti-henti berzikir.Tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan situasi ini.Hatinya terdetik,bagaimana peritnya Rasulullah menghadapi cemuhan orang ramai sampaikan ada yang  membaling najis ke badan baginda walaupun ketika sedang solat.Sabarnya baginda menyebarkan dakwah demi Islam walaupun kehilngan insan-insan yang disayangi  sejak kecil.’’Ya Rasulullah,,sesungguhnya umatmu yang kerdil ini merinduimu..’Ainul menarik nafas sedalam-dalamnya.Tidakk..aku tak boleh menangis..orang islam tak boleh lemah..!ditahan air mata yang sudah bertakung di kelopak mata.ingat Ainul..ingat..ujian itu tarbiyah,,sabar itu indah..sabar..sabar..Allah..Allah..Allah..!

‘’Bangunnnn….!!’’
‘’Seeeelamat pagi…cikgu..!!’salam dilaung versi upin-ipin.Siap gaya tangan di hayun lagi..apa kenalah budak-budak nih..
’Duduk..tu sapa yang dok terbongkok-bongkok kat bawah meja tuh?’’
Ainul pantas bangun..’’Erk..eam..saya Ainul cikgu..pelajar baru kat sini..’’

Cikgu  Hani terpena.Belum pernah dia lihat sesiapa pun berpakaian sebegini di sekolah ini.Saiz tudung yang agak besar menutupi keseluruhan bentuk badan..Wajah di tutup dengn secebis kain empat segi..Matanya yang bening menampakkan kejujuran dan ketulusan seorang insan di seblik hijab yg menutup wajahnya...Subhanallah..seperti ada satu perasaan kagum dengan perwatakan gadis ayu di hadapannya..’’Kalaulah anakku seperti dia’’..hatinya sedikit terusik mengenangkan Ain,anak tunggalnya yang sangat liar dan jarang sekali pulang ke rumah.’’Ya Allah..berdosanya aku membandingkan anakku sendiri.’’

‘’Earm,,er,,okey..selamat datang ye Ainul.Nama cikgu Pn.Hani .Awak boleh panggil saya cikgu Hani.Baiklah kelas,,hari ni cikgu nak ajar pantun.Apa kata hari ni kita main jual-beli pantun.Suka tak??’’Cikgu Hani memang suka melayan anak muridnya seperti melayan anak sendiri.
‘’Nak.nak..!!cikgu,saya nak jual..!’Mail pantas bersuara.
‘’Kamu jual nak suruh sape beli?’’Cikgu Hani melayankan saja gelagat anak muridnya ini.
‘’Ainul Mardhiah cikgu..!’’dengan penuh bersemangat nama Ainul disebut.
’hmm,,ye lar.Ainul,kamu balas yer pantun Mail nanti.’’lembut sahaja Cikgu Hani memberi arahan.Sebab itu dia antara  guru paling digemari di sekolah ini.

‘’Abang Mail nak jual,cik Ainul beli yer..kihkihkih…
               Cik Ainul mardhiah cantik giler2 cantik,
               Cantik menarik tertarik kau mmg de bomb,,eh,,ternyanyi plak..!
              Ehemm,,dah lama nak tanya cik adik,
              Nape adik manis ni sangaaaaaaatlah sombong..??haa..jawab.jawab..

‘’Opp..opp..yang tu cik Ainul jangan risau..Biar  Abang Supradi a.k.a Edy Macho bangkit membantuu…heheheh..’’
             Oii..ko yang belah sana,
             Sesuke hati ko nak tackle-tackle dia,
             Ko tau tak nape dia tak suka,
             Pasal muke ko tu dah macam monyet rimba..!kahkahkah…takut makk..

‘’Ko kata aku monyet rimba..haa ko dengar nie!’’
‘’Dah,,dah,!haish kamu niehh..tak nmpak Ainul dah malu tuh.Tak baik buli kawan baru macam ni.Kesian kat dia.Yang kamu ni Edy tetibe masuk line nape?saya suruh Ainul.Awak Ainul ker??Ainul,,awak nak cuba jawab ker?cuba lar..x pandai takpa,,kan kita blaja..cubalah dulu ye..’’

‘’Emm,,saya cube ye cikgu.Bismillah…
 Sombong ana kerna biadapmu,          
Apa tanggapanmu ana tak kisah,
Tetapkan cinta pada Allah yang Satu,
Kelak temptmu di Syurga nan Indah..

‘’Buuuuuuuuuuuuuu…..’’
‘’Fuyooo,,,,sedap gilerr..bermadah pujangga bagai…rasa cam isi perut nak terkeluar balik..hohoho..!’’
‘’Ya Allah,,kamu semua ni kenapa?!!Apa yang tak puas hati sangat dengan Ainul ni?Dia buat salah kat kamu ker sampai kamu pulau dia macam nih?Tak kira.Sekarang ni saya nak semua mintak maaf.Mail,jangan buat muke seposen macam tuh.Pegi mintak maaf kat Ainul cepat!’’
‘’Ape ni cikgu…?Takkan laki kene mintak maaf kat perempuan?Ape kelas??Dia buat salah,dia ar yg kene mintak maaf..’’
‘’Salah??maksud kamu??’’
‘’Haha,,cikgu tau tak,,sebenarnya..Ainul Mardhiah tuu….’’’Ainul mula tak senang duduk.Dia tak mahu cerita tentangny sampai ke pengetahuan guru-guru di sekolah itu.

Kringgggggggggggggggg!!!!
Fuhh..!Ainul menarik nafas lega.Sekali lagi dia mengucap syukur pada Allah atas bantuanNya.

’Dah la Mail.Tak perlu la kamu nak terangkan pape.Lepas ni saya tak nak tengok kamu buat macm ni kat Ainul.Faham??Sekarang semua boleh balik.’’

 Di pondok  menunggu bas,Ainul duduk seorang diri menanti pemandu pak ciknya datang menjemput.Ikutkan hati mahu saja dia pulang menaiki bas namun pak ciknya bersungguh-sungguh menyuruhnya pulang dengan kereta pemandu.Ainul tersenyum memikirkan layanan pak ciknya sekeluarga yang menatangnya bagai minyak yang penuh.Serta-merta mengubah pandangannya selama ini bahawa,tak semua orang kaya sombong.
Kata pak ciknya,
’Dalm kubur nanti,kita takkan bawa harta menimbun ni kecuali ilmu yang diamalkan,amal jariah dan doa anak soleh.ingat tu..’’
‘’Pak cik tak sedih bila Allah tak kurniakan zuriat walaupun dah 10 tahun kahwin??’Ainul memberanikan diri bertanyakan soalan.
‘’Siapa tak sedih..Nk buat macammana,belum rezeki.Pak cik terima apa sahaja yang Allah takdirkan untuk pak cik.Alhamdulillah,pak cik sekarang dah mampu bina syarikat sendiri dan Allah hantarkan Ainul yang solehah ni untuk pak cik.Nampak tak?Bila Allah tarik satu nikmat dari kita.Dia pasti akan gantikan yg lebih baik.Cantikkan aturan Allah?Haa,,Ainul pun boleh jadi anak pak cik..’senyuman ikhlas dari pak cik nyata mengharap Ainul akan terus tinggal bersamanya sekeluarga.

Aduhh..!Ainul mengaduh kesakitan.Batu kerikil yang mengena tangannya dicapai.Siapa pula yang nak main sembunyi-sembunyi dengan aku ni?

’BAAAA..!!!’’Mail,Adi dan Hakim muncul dari belakang.
Allahuakbar..!!.Terkejut bukan kepalang Ainul bila disergah begitu.
‘’He’elehh..berangan lagiiii…ko ni mmg dilahirkan utk berangan ea???’’

Ainul diam seribu bahasa.Malas dia melayan kerenah Mail,Adi dan Hakim yg tak habis-habis mahu membulinya sejak dari kelas lagi.Pandangan di halakan ke arah jalan raya.

’Mak aiii…sombong betul ko..!’’Dicapai beg yang diletakkan Ainul di atas ribanya lalu dibawa lari ke tepi jalan.
‘’Pulangkan beg ana.!!.Enta tak takut ke pada Allah??’’
‘’Ape?enta??unta??weh Mail..die panggil ko unta ar...!’’Hakim makin menambahkan kemarahan Mail.
’ciss….!!pantang keturunan aku memanggil nama-nama binatang seperti itu..sungguh tidak sopan bunyiknyer…’Mail berlari ke tengah jalan sedikit sekadar mahu mengacah Ainul supaya dia turut sama berlari ke tengah jalan.Waktu itu jalan lengang tanpa sebarang kenderaan..
’Pergi ar amek!!’’Hakim semakin suka melihat  Ainul yang takut-takut.Buli perempuan memang menjadi kegemarannya.Takde hobi lain agaknyer si Hakim nih..

Ainul serbasalah mahu mengambilnya tapi bila memikirkan diari dia dan gambar umi ada di situ,dia gagahkan diri menapak ke tengah jalan.Itu sahaja kenangan umi buatnya.Belum sempat dia melangkah ke arah Mail,tudung labuhnya ditarik Adi dari belakang.Ainul menarik kasar hujung tudungnya dari tangan Adi sambil menjeling tajam.Adi memang melampau..!

Alolo‘..comelnyer muke dia marah…baru sekarang berani tenung abang mcam tu ea..selama ni tunduk je kan..hehe..!’’Adi semakin galak mengusik Ainul.
BAMMM..!!!
Hakim,Adi dan Ainul terdiam.Masing-masing kaku.Bumi seakan berhenti berputar.Sesaat..dua saat..tiga saat…

’MAILLLL..!!!’’Adi dan Hakim meluru ke arah Mail yang sudah berlumuran darah.Dia dilanggar lari semasa meletakkan beg Ainul di tengah jalan raya.Ainul mengikut dari belakang.Trauma melihat ibunya dilanggar kereta satu masa dulu masih belum pulih lagi.Kini,rakannya pula dilanggar dihadapan matanya.Lemah tubuhnya dengan situasi sebegitu..kakinya seakan berat untuk melangkah ke arah Mail yg sudah tebaring kaku dengan berlumuran darah..’’Ya Allah,selamatkan sahabatku Ya Allah’’..Sejurus kemudian,pemandu pak ciknya tiba.Mail dibawa ke hospital.Adi dan Hakim turut sekali membawa Mail ke sana.Namun,Allah lebih menyayanginya.Doktor tidak mampu menyelamatkan nyawa Mail akibat pendarahan di kepala setelah satu jam dimasukkan ke wad icu.

’Kamu ni manusia jenis apa ha???sebab kamu lah anak mak cik mati.!nmpak je alim,pakai tudung besar,pakai purdah,,perangai tak senonoh…!..kamu nak bunuh anak mak cik ke haa??’belum sempat Puan Azlin menghayunkan tangan ke pipi Ainul,Hakim pantas menghalang.
’Mak Cikk..!!’’Ainul terkejut.Dipandang wajah Hakim yang sudah kemerahan menahan marah.Tak sangka Hakim mahu membelanya.
’Kamu jangan nak bela dia.Mak cik kenal kamu dan Adi.Kamu takkan buat jahat kat Mail.Melainkan betina ni yg ntah dari mana datang..!’’Puan Azlin mula membuat tuduhan melulu.Disangkanya,Ainul yang melanggar anak tunggal kesayangannya.Tersentak Ainul dengan tuduhan melulu dari Puan Azlin.Tubuh Ainul terasa lemah.Kakinya seperti tidak mampu berdiri.Lepas satu,satu lagi ujian datang menimpanya.’’Ya Allah,apa lagi fitnah yg akan menimpaku lagi.Andai itu yg terbaik buatku,aku redha..namun,kau titipkanlah kekuatan agar aku mampu menghadapinya.’’
‘’Jangan pukul dia mak cik...Dia tak salah..Saya dan Adi yang salah dalam hal ni.Kami yang mengganggu Ainul kat pondok bas tadi.Mail ambik beg Ainul dan sengaja dibawa ke tepi jalan.Semua tu kami yang rancang.Itpun sekadar nak bergurau.Tapi tak sangka Mail akan bawa beg tu ke tengah jalan.Pukullah kami mak cik..pukullah kami… kalau tu mampu meredakan marah mak cik,tapi tolonglah jangan sakiti Ainul..Dia dah bnyak menangis mak cik..’’

Puan Azlin terduduk.Dia terdiam seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya.Tak sangka anaknya akan bertidak sejauh itu.Air matanya laju membasahi pipi.
Ainul mula mengambil posisi  di kerusi sambil kepalanya disandarkan di dinding.Dia tidak mampu berfikir lagi..Matanya pula seakan tidak berdaya untuk di buka.Dengan keadaannya yang berpuasa menyebabkan badannya sangat lemah.Terbayang Mail yg berlumuran darah tadi..terbayang umi yang juga seperti itu sewaktu dilanggar dahulu..Satu badannya seram sejuk.Tangannya sudah mengigil.Bibirnya tak berhenti-henti menyebut kalimah Allah walaupun kedengaran  lemah..
Hakim melihat setiap gerak geri Ainul sedari tadi.Dengan tingkah lakunya yang sopan dan purdah yang menutupi sebahagian wajahnya,menimbulkan rasa kagum di hati Hakim.Matanya sahaja jelas menggambarkan betapa berat kesedihan yg ditanggung.Terbit pula rasa kasihan di hati memikirkan segala yang berlaku pada Ainul berpunca dari dia,Adi dan Mail.’Ainul,maafkan aku’’hanya suara hatinya sahaja yg mampu berkata-kata.Dia malu utk mengatakan maaf di hadapan Ainul.

Adi pula sedari tadi hanya tertunduk memandang lantai.Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.Hanya matanya saja yang basah dengan air mata.Masakan tidak,sejak dari kecil dia dan Mail berkawan.Tak sangka Mail akan pergi secepat ini.Hidupnya sekaan kosong tanpa gelak tawa dan gurauan dari Mail.Di mata orang lain,Mail seorang budak yg nakal,tapi padanya ,Maillah sahabat yg tak jemu-jemu membantunya tanpa mengharapkan balasan.’’Mail,moga kau tenang di Sana’’Matanya dipejam agar dapat mengumpul kekuatan yg masih bersisa..Walau pedih,dia perlu menerima hakikat,Mail sudah tiada dan hidup perlu diteruskan.
*************************************************************************************

PINN..PINNN..!!!
‘’Alamak,,en zauj dah balik.!.’’
Diari hijau muda pemberian umi dulu kusimpan kembali di rak.Rancanganku tadi mahu mengemas stor sementara menunggu en.zauj balik dari rumah sahabatnya tergendala dek kerna leka membaca kembali diariku ketika di bangku sekolah menengah dahulu.Di dalamya terlakar cerita suka dan duka sepanjang hidupku bergelar pelajar.Lepas kejadian yg meragut nyawa Mail,aku tidak lagi di sisihkan.Adi dan Hakim juga telah meminta maaf dariku.Rupanya,fitnah antara aku dan Aiman dahulu sekadar rancangan dari Mail,Adi,Hakim dan Aiman sendiri.Alasannya,sekadar nak menguji sejauh mana tahap kesabarnku sebagi seorang yg berpewatakan alim,bertudung labuh dan berpurdah…oohh,,pandai korang ea..!hehe,,Ingat lagi kata-kata Adi..’’Ainul,ko ni lain ar ngan dak perempaun yg kitorg kenal.nmpak jer lembut tapi tabah giler..sikit pun tak nangis kene buli..garang plak tuh..hehe..’’haa,,tau pun korang..tangan yg menghayun buaian jgn disangka tak boleh menggegar dunia..(‘’,)..Sekarng ni diorng dah jadik manusia berguna..hehe..Adi dan Hakim kini membuka pusat rawatan di Kuala Lumpur setelah menghabiskan pengajian  dalam bidang perubatan di Timur Tengah.

             Jun pula sudah meminta maaf secara peribadi denganku.Dia telah berterus terang tentang perasannya terhadap Aiman.Sbab tu dia marah sgt.Aku hanya ketawa geli hati mendengar alasan darinya…sekasar-kasar Jun ni,dalam hati ada taman tau..aku sudah lama memaaf kan Jun..Sejak hari itu,kami semakin rapat..Aku bersyukur ke hadrat Illahi,Jun kini telah berjaya membuka butik pakaian muslimah memandangkan dia memang mahir dalam rekaan fesyen.Akulah yg menjadi perunding perniagaannya.(‘’,).Pakaian hariannya kini,jubah,tudung labuh dan purdah..dia kate nak simpan mukenyer yg comel tu utk suaminya saja…waa…mesti tak caye kan..?dulu,tiap kali solat tahajud,tiada lain ygku mohon melainkan Jun berubah menjadi wanita solehah.Benar kata murabbiah liqa’ ku sewaktu di madrasah dulu,nak tarbiyah kwan kita kea rah kebaikan,bukan setakat idik dari zahir jer,doa pun penting..

            Rakan-rakan sekelas turut memaafkanku bila Aiman,Adi dan Hakim sendiri membuat pengakuan di hadapan kelas.Yang aku takkan lupa,bila diorang bertiga minta maaf padaku dgn gaya bujang lapuk dalam cerita P.Ramlee ..klakar kan.??(‘’,)..aku tahu diorang sengaja membuat suasana ceria sekadar mahu menutup kesedihan setelah kehilangan Mail.Setelah peristiwa itu,rakan sekelas sudah menerima aku sepenuhnya.Setiap kali selepas kelas petang,aku mengadakan kelas mengaji untuk muslimat.Alhamdulillah,usahaku disambut baik.Setiap kali hari lahir mereka,aku akan berikan hadiah sebagai tanda penrsahabatan dariku..untuk muslimat jer..(‘’,)..hari-hariku di sekolah itu semakin ceria dgn gelak tawa kami di samping aku cuba menyelitkan nasihat-nasihat ringkas dgn harapan mereka berubah menjadi mujahid/mujahidah soleh dan solehah…sungguh,sejak kematian umi dan abi,saat itulah yg membuat diriku tersenyum kembali…Andai pak cikku ada kelapangan,kami akan adakan jamuan kecilan dan sedikit pengisian usrah dari pakcik sendiri..Selepas itu kami akan solat berjemaah di masjid berdekatan..Gembira yang tak terhingga bila rakan-rakan sedaya-upaya  memenuhi jemputanku…seronok sangat-sangat..!!^_^..Sikap mereka semakin hari bertambah baik..Setelah keputusan SPM dikeluarkan,kelas kami antara kelas terbaik memandangkan majorit daripada kami mendapat keputusan cemerlang….Syukur Ya Allah..pahit manis dlam kehidupan menyedarkanku,penampilan dengan tudung labuh dan berpurdah bukan penghalang untuk seseorang berdakwah dgn mereka yg kurang faham tntang agama..yg penting keikhlasan dalam berukhwah walau kita terpaksa berkorban tenaga dan masa..raikan mereka dan dalam masa yg sama selitkan kalam berunsur dakwah…and the most important is letakkan Allah di tingkat teratas dalam setiap tindakan kita..percayalah,,andai kita tolong agama Allah,pastinya Allah tolong urusan kita dlam keadaan apa sekalipun…

        Ha? Aiman katne??hii,,Aiman kini telah menjadi en.zauj ku..(‘’,)..ikatan yg lansung tak dirancang..itupun  setelah pak cikku memaklumkan ada ikhwan yg mahu melamar…aku sekadar terima walau takku tahu siapa orangnya.padaku siapa saja pilihan pak cik dan mak cik itulah yg terbaik buatku..rupa-rupanya,si Aiman mamat perasan ni yg jadik en.zauj ku..cehh..kalo aku tahu,dah lama reject..uit...kalo en.zauj dengar nih abeh kene tazkirah lgi.!.

          ‘’umi..umi..jom lar..abi panggil..!’’Ainul Insyirah menarik-narik lengan jubahku.
         ‘’umi cepatlah siap..adik tak sabar nak pegi daurah nie..!’’Aiman Mukhlisin pula menarik-narik        
           Tanganku.     
                                                                            
Aku memaut lengan Ainul Insyirah dan Aiman Mukhlisin ke kereta en.zauj ku.Setiap hari minggu kami sekeluarga akan menghadiri daurah sekitar Kuala Lumpur..Merekalah penyeri baitul muslimku kini.Sedaya upaya ku didik mereka dengan acuan Al-Quran dan As-sunnah  agar membesar sebagai anak soleh dan solehah.Impianku kini agar baitul muslim yang dibina diberkati dengan beratapkan langit rahmat Ilahi dan berlantaikan qanaah pada Rabbi…^_^..



Kalam min SAUTUL_ANIS:
Alhamdulillah, jari-jemari kembali ditarikan bersama semerbak haruman lavender...Coretan imaginasi dari lakaran minda sang pendosa yang cetek dgn ilmu..Ana sekadar peminjam ilham dari Sang Pencipta buat hati-hati yang inginkan tarbiyah…Moga wasilah ini menjadi bekalan menuju daerah barzakh sebelum menetap di kediaman kekal di  akhirat sana…Salam mawaddah wa rahmah dari SAUTUL_ANIS..^_^..bukan ‘’like’’ dari antum yg ana harapkan..cukuplah ada hati-hati yg terkesan dgn penulisan ana ini walau hanya sesaat dua..Allah lebih mengetahui...=)

MeNyUKai tAK sEMeStiNya MeMiLiKi...beRSaNGkA BaiK DgN ALLAH


Kumulakan warkah ini dengan lafaz Agung dari Pemilik segala rasa cinta,Bismillahirrahmanirrahim…cebisan warkah ini ku coretkan,tanda ukhwah berpintal iman…..
         Ya akhi,,kenapa ana yang dipilih dlam kalangan mawar2 berduri yang sedang mekar mewangi di taman2 indah ini?sekian lama ana cuba lari dari mainan cinta dari insan bernama lelaki.sekian lama ana jage diri dari menjadi fitnah adam,sekian lama ana ciptakan benteng hati agar tak seorang pun insane yg mampu mengetuk pintu hati ana.namun,dirimu hadir di saat kita sama2 sdg bergelumang dgn peperiksaan besar yg bakal menentukan haluan kita selepas bergelar pelajar..saat ini,tika ini,ana belum jumpa lagi jawapan yang sebenarnya walau dari akhi sendiri...
ana sedar,ana bukanlah secantik bidadari-bidadari dunia yang sedang bertebaran di muka bumi Allah ini,ana tak standing dgn sahabiah2 lain yang sedang gigih menyebarkan haruman Firdausi dengan setiap langkah mereka sebagai da’ie..ana hanya insane biasa yang menagih cinta Illahi,yang sedang bertatih demi mencari erti sebenar kemanisan iman,yang sedang belajar menjadi wanita solehah walau ana yakin ya akhi,ana yakin yang ana mungkin x mampu menjadi wanita solehah idaman mujahid.ana tak mamapu menjadi sayap kiri perjuangan islami dan penegak kalimah Allah di muka bumi.tapi jauh di sudut hati,ana impikan seorang imam yang mampu memimpin ana ke lautan kemanisan iman..moga cintaku padanya satu masa nanti  tak melebihi cintaku pada Penciptanya…percayalah,ana yakin akhi punya ciri2 mujahid islam.tapi ana takut andai  rasa cinta pinjaman Allah ini sekadar senjata syaitan.disebabakan itu jugalah ,enta lihat selama ini ana cuba mengelak dari terus berhubung dgn enta..bukan niat nak menyombong diri,bukan niat nak memutuskan silaturrahim atas dasar saudara seislam tpi demi menjaga batas-batas ukhwah…
         cinta??ape erti cinta ya akhi??ana tak pernah bercinta.ana tak pernah kenal erti cinta sebenar.ana impikan cinta Illahi,ana impikan cinta mardhotillah,andai hadir cinta mujahid buat ana sekalipun tika ini,biarlah disulami dengan benang iman,biarlah dibaluti rasa malu,biarlah disaluti cebisan taqwa..ana takut andai cinta manusia yang dipilih,cinta Allah kan  terhakis..jalan terbaik,,.biarlah ana pilih utk bersendiri..bantu ana dengan doa enta yer..moga kita sama2 berusaha menjadi mujahid dan mujahidah soleh dan solehah…tiada yg lebih penting di usia kita sekarang selain didik diri agar cintakan ilmu….andai masa bisa diputar kembali,bukan kenangan2 persahabatn kita yang ana inginkan tpi lebih elok andai kita saling tak mengenali..lebih terjaga andai akhi tak berterus terang tntg perasaan enta pada ana..lebih manis andai kita same2 sdg sibuk mengejar ilmu dunia tanpa sedikit pun dicemari cinta manusia.maafkan ana andai terpaksa letak akhi jauh dlam kamus hidup ana..maafkan ana andai tak pernah faham akhi selama bersahabat,maafkan ana andai pada akhi,ana terlampau rigid  dlam berikhtilat..
         percayalah akhi,ana sayang agama ana,ana sayang sahabiah2 ana,ana sayang pada agama yg ada padamu ya akhi dan dgn sbb itulah ana tak mahu jadi penyebab lemahnya iman dan peruntuh semangat juang seorang daie dlam berjuang mencari selautan ilmu Allah nun jauh di bumi barakah.Ana yakin dgn sifat mujahid yg ada pada dirimu,pastinya akan hadir puteri agama,penerang cahayamu dikala gelap,pendokong semangatmu andai lemah tak berdaya,penghibur hatimu dikala duka.. ana gembira andai jodohmu kelak seorang mar’ah solehah yang pandangannya dijaga,yang ungkapan sayangnnya hanya pada suami yang sah,yang halus-mulus jemarinya hanya untuk suami,yang kecantikannya hanya untuk tatapan suami tersayang..bisikku pada tuhan yang satu,lindungilah sahabatku ini,di setiap langkahnya,di setiap hela nafasnya,di setiap kelip matanya,banyak yg inginku pohon dariMu,namun andai satu sahaja yg dimakbulkan olehMu,lindungi iman di hatinya,agar hidup dan matinya tetap teguh di landasan imanMu…amin..
          Yakinlah akhi,andai ada jodoh antara kita, pasti Pemilik Cintaku yang Agung akan temukan kita dlam keadaan yg terjaga dari fitnah agama..andai antara kita sekadar saudara seagama selamanya,terimalah akhi..bersangkalah baiklah dgn Allah.masih ingat kan cebisan warkah dari ana sebelum kita melangkah pergi meninggalkan bumi baraqah,tempat kita ditarbiah ilmu agama yang pada dulunya secetek air di kali..?kita tinggalkan mutiara-mutiara bersinar yg terpancar di wajah adik2  tersayang yang kita harapkan bakal menjadi rantai-rantai perjuangan Kekasih Allah..masih ingatkah pada sebaris kata-kata yang ana tintakan dalam warkahku,’’menyukai tak semestinya memiliki..’’?masih ingatkah akhi pada kata-kata ana dahulu,’’hati ana milik Allah’’?jangan ditanya tentg persolan hati ana..segalanya ana serahkan pada Dia…masih ana ingt sebaris kata-kata yg sering enta tintakan di setiap warkahmu,’’see you di ipt’’…sejujurnya,ana bsyukur ya akhi,kite di campakkan di dua benua yg berbeza..enta ditakdirkan menuntut ilmu  ke bumi baraqah nun jauh di sana,rebutlah sebanyak mana ilmu,bergaullah dgn org2 yg soleh,carilah ketenangan jiwa di sana kerna inilah syurga dunia sebelum syurga akhirat.isilah hari-harimu dgn bertasbih kpdNya dan serahkanlah hatimu hanya pada Dia,namun tahukah akhi, ana terpaksa mencari sendiri sinaran cinta Illahi  di sini?dalam menempuhi badai menuntut ilmu,terasa sukarnya perjalanan bila kita sendirian  dalam kembara memburu kemanisan iman,terasa diri keseorangan bilamana tiada lagi sahabiah2 sefikrah yg tetap setia mndengar luahan hati andai ana dihujani pelbagai mehnah dan ujian Illahi..
         Tapi Allah Maha Mengetahui,dalam situasi yg tak terjangka,Allah hadirkan sahabiah2 yg turut sama terkapai-kapai mencari sinar islamiyah di sini,mencari-cari makanan rohani yg sedang kelaparan agar  minta diisi.. syukur ilallah,masih ada rupanya sinar islam di sini…,baru kini ana mengerti erti sebenar ‘’tidak ada kenikmatan seorang hamba yg baik setelah nikmat islam melainkan dengan memperolehi sahabt yg soleh/solehah,bila lupa dia akan mengingatkan dan bila susah dia pasti ada membantu’’…ayuh akhi,kita bersihkan rohani,kosongkan hati,tingkatkan iman…mulakan azam baru..lakarkan tekad yg satu di lukisan kanvas  jiwamu…biar hanya cinta  Allah,Rasul dan ibu bapa yg terukir di hati…biar cerita perjuangan kita selepas ini atas dasar mencari keredhaanNya…berjuang menuntut ilmu,berjuang mencari kemanisan nikmat iman dan islam,berjuang membentuk diri agar syariah islam sentiasa dipatuhi…INSYAALLAH...SINARAN CINTA ILLAHI YANG DICARI AKAN DITEMUI...ukhwah fillah ilal Jannah..








Monday, August 29, 2011

AwAK,,muJahADahlAH...YaKIN deNgaN NusRah ALLAH..











Tit..tit..tit...
(ONE MESSEGE RECEIVED)

...INBOX OPEN...

‘’awak..mujahadah tu sakit kan...saya cuba lupakan dia..tapi susah..=(...’’

SENDER:
**********

‘’awak,,cinta pada yang lain hanya layak hadir bila kita merasakan cinta pada Allah dan Rasul  sudah cukup kuat dalam hati..yakinlah wak,,masa itu akan tiba..walau bukan di dunia pastinya di Syurga..’’

SENDER:
SAUTUL_ANIS

...MESSEGE DELIVERED..

Sayu hati ini bila sahabat yang dulunya tak lekang dengan gelak tawa kini asyik dengan air mata..
Sayu hati ini bila sahabat yang dikasihi dibazirkan air matanya kerana ar-rijal..
Sayu hati ini bila sahabat yang sedang berjuang meraih cintaNya hampir tersungkur di tengah jalan dek kerna dibayangi kenangan silam...

AWAK,,,

walau ke mana kita cuba lari,,takkan pernah terlepas dari diuji di dalam gelanggang mujahadah...kuatkan hatimu ya ukhti habibati...inni akhowatuki lillah..letakkan dia jauh dari kamus hidupmu...cukuplah cinta Allah,rasul dan ibubapa yang tumbuh subur mewarnai taman hatimu....

AWAK,,

mujahadah tu memang perit,tapi biarlah jasad menderita asalkan rohmu sedang enak berdakapan dengan Robmu..
mujahadah tu  perlukan kesungguhan agar awak  merasai betapa manisnya nikmat dalam berjuang...
mujahadah tu bukan sehari dua tapi untuk selama-lamanya hingga satu saat di Syurga nanti,moga dialah jiran awak di Sana..jangan putus asa berdoa wak...

AWAK,,

kadang-kadang kita takkan mampu peroleh dua perkara dalam satu masa...
kadang-kadang kita perlu korbankan salah satu demi yang Satu...
kadang-kadang kita perlu letak dia jauh-jauh dari hidup agar ada ruang untuk Dia dalam hati...
kadang-kadang Allah tarik dia dari hidup awak supaya awak selalu dekat dengan Dia..

AWAK,,

hati wanita memang lembut tapi jangan mudah bazirkan airmatamu kerana dia,,
hati wanita memang lembut tapi jangan mudah putus asa untuk lari jauh dari dia,,
hati wanita memang lembut tapi jangan biarkan diri lemah pada pandangan dia,,

AWAK,,

rasa kehilangan ke bila dia dah pergi jauh??
Rasa kehilangan ke bila dia tak lagi hantar mesej-mesej pembakar semangat??
Rasa kehilangan ke bila tak lagi dengar suara dia??
Rasa kehilangan ke bila tak lagi dengar gelak tawa dia??
Rasa kehilangan ke bila tak lagi terima warkah-warkah berbaur nasihat dari dia??

fikirkan sejenak,,,

sudah cukup ke bakti awak pada ibu dan ayah yang siang malamnya memikirkan awak yang jauh di mata??
Sudah cukup ke jasa awak pada guru-guru yang sabar mendidik awak sedari abc??
Sudah cukup ke sumbangan awak pada agama yang awak bangga-banggakan dalam status FB awak??
Sudah cukup ke amal awak pada Allah,Pemilik Segala Rasa Cinta??
Sudah cukup ke cinta awak pada Kekasih Allah??
Jawablah wak...fikirlah wak...
andai semua tu belum cukup awak laksanakan,,kenapa perlu salurkan cinta dan perhatian awak pada yang bukan halal??

Awak,,,

Maafkan saya andai kata-kata ini mengguris hatimu....
Maafkan saya andai tak mampu jadi ‘’tangan’’ yang akan kesat air mata awak..
Maafkan saya kalau saya terlampau memaksa awak dalam merebut cintaNya yang Agung..
Maafkan saya kalau awak belum bersedia untuk letak dia jauh-jauh dari kamus perjuangan awak...
Maafkan saya kalau saya belum mampu jadi mentari yang  menyinari hari-hari awak dengan tazkiyatul nafs...

Awak pernah dengar tak,,

‘’Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu
menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak
berduri, Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi
keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.''

saya selalu doa,,moga awak salah satu dari kuntuman mawar berduri tu....
alangkah ruginya andai dua insan yang bersahabat di dunia tapi tak bertemu di Syurga..
ana uhibbuki lillah...moga awak jiran saya di Sana,,,^_^...

kalam min SAUTUL_ANIS:

untuk awak,,pohonlah kekuatan dariNya...pasti akan awak temui ketenangan...

Sunday, August 28, 2011

WaNiTa sOlEHaH HiAsAN tErCaNtiK di DuNIA



Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan saja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa’’

Akalmu senipis……

tupp..!!!button stop dihandsetnya ditekan.
Pandangan dihalakan jauh ke tasik yang tenang.Ingatannya kembali kepada seseorang yang jauh dan kini sudah tersimpul kemas dalam lipatan sejarah hidupnya.’’Astaghfirullahal’azim..’Spontan kalimah itu terkeluar dari mulutnya.Seboleh-bolehnya dia tak mahu kenangan dulu kembali membayangi hidupnya.Dicapai al-quran poket  yang sering dibawa kemana-mana..hanya itu yang menjadi pengubat dirinya yang sering alpa dengan keindahan duniawi..

’kenapa matikan lagu tu??am I miss something dear??are u okay ukhti habibati??’’

‘’alhamdulillah kak,,takde pape,,,saje tak nak dengar lagu-lagu macam tu lagi..eh,,akak sihat??’’

‘’aii..ubah topik pulak..akak memang sihat sentiasa..adik tu yang akak tengok cam ada problem jer..ce citer kat akak..’’

Ema sekadar menggeleng..Tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara..direnung wajah Kak Mai yang sabar menanti jawapan..Kak Mai sekadar tersenyum..sekali tengok mukanya yang putih kemrah-merahan tu memang macam orang Arab..memang sesuai dengan namanya,Aisyah Humaira’..tudung pink labuh dengan jubah pink plain memang menjadi pakaian kegemaran Kak Mai..ditambah dengan wajahnya yang tenang berkat air  wudhuk yang sentiasa dijaga..itulah kelebihan kakak kesayangannya yang sangat Ema kagumi..

‘’Kak,,macam mana nak jadi wanita solehah??’spontan soalan itu terpacul dari mulutku..Kak Mai ketawa kecil...Mungkin geli hati dengan  soalanku yang agak kurang bernas di situ..ah,ada aku kesah??orang kata malu bertanya sesat jalan..lagipun,Kak Mai bukan yang lokek dalam berkongsi ilmu walau dia antara yang berpengaruh dalam barisan MPP di universiti…

’Akak bukan yang selayaknya dik untuk berkonsi pendapat tapi pada akak,wanita solehah ialah yang menjaga dirinya dalaman dan luaran’’

’Nak jadi wanita solehah kene pakai tudung labuh la ea?’’

‘’Eh,,tak la..solehah dinilai bukap pada labuhnya tudung yang menghijab diri tapi pada tebalnya iman yang menghijab hati…’




’Allahummasolli’ala Muhammad….’ Tiba-tiba handphone di tangan Ema berbunyi… 

Mukhlis is calling…

…Sebaik melihat nama pemanggilnya,panggilan dibiar tanpa berjawab..

‘’Kenapa tak angkat??sape call??Hairan Kak Mai melihat sikap adik kesayangannya itu.Seakan ada sesuatu yang bersarang dihati.





’Ha..err..a..amir biro Ema..nak cakap pasal meeting kot..’’serba salah Ema dengan Kak Mai.
Masakan tidak,selama ini dia tak pernah melayan sebarang telefon dari mana-mana lelaki walaupun atas dasar tugasan dalam kelas…Kak Mai sendiri tahu dengan pegangannya memandangkan mereka pernah belajar disekolah yang sama sewaktu dibangku sekolah menengah dulu.
Namun setelah diberi taklifan dalam persatuan,dia terpaksa berhubung dengan muslimin atas gerak kerja tetapi syukur ilallah,,dia masih mampu mengelak dari berhubung terus menerusi telefon..padanya,,khidmat pesanan ringkas sudah cukup memadai..meeting yang diadakan diguna sebaik mungkin untuk berurusan terus dengan muslimin dalam melaksanakan gerak kerja tanpa perlu memanjangkan urusan…

‘’Ema,,akak tak kan kata salah kalau nak berhubung dengan muslimin atas dasar gerak kerja Islam…Cuma nasihat akak,,jangan sampai kita lebihkan gerak kerja sampai kita tak sedar yang kita dah bawa fitnah pada agama…’’

‘’Maksud akak??’Ish Ema nie,,suka benar dia tanya soalan yang memang dah terang lagi bersuluh..mujur lah dapat Kak Mai yang penyabar melayan soalan-soalan adiknya  yang kadangkala boleh jer fikir logic..(‘’,)..

’Cuba elak berhubung terus dengan muslimin dalam telefon….cari alternatif lain untuk nak settelekan gerak kerja tu sebelum pilih cara nie..’’

‘’Tapi nanti orang kata kita ni rigid sangat la,,perasan orang suka kita la…budget solehah sangat laa..’’

‘’Ishh,,tak baik cakap orang macam tu..ni dah kira mengumpat tau..cuba bersangka baik dengan semua orang..rambut sama hitam tapi hati lain-lain..pemahaman setiap orang kan berbeza-beza…kalau kita hormat cara orang,,insyaAllah orang pun hormat cara kita…nak bangkang bleh tapi berhemah la…jangan agresif sangat sampai orang pun hilang tsiqoh kat kita’’

‘’Hii..okey kak…tapi kan..nape akak seboleh-bolehnya tak nak cakap dengan muslimin dlaam telefon walau atas dasar kerja ek??akak kata tak salah nak berhubung kalau ada urusan kan???’’makin beebelit pulak solaan Ema nih…

‘’Memang tak salah,,tapi boleh jamin ker kita tak terlunakkan suara kat dalam telefon tuh??boleh jamin ke kita tak meleret-leret bila dalam telefon??boleh jamin ker kita takkan jadikan perbualan telefon tu topik kite bila borak-borak dgn kawan-kawan persatuan??wanita solehah takkan membiarkan nama-nama ar-rijal meniti di biibirya dan begitu juga sebaliknya..sebab tu akak jadikan berhubung dalam telefon ni alternatif terakhir akak…akak takut dengan murka Allah bila kita pandang ringan isu kecik macam ni tapi kesannya mampu menghadirkan tiitk-tiitk hitam dalam hati…akak tak menolak cuma menghadkkan…Alhamdulillah setakat ni tak jejaskan pun gerak kerja akak walaupun akka banyak kali tak angkat call dari muslimin....kalau kita tolong agama Allah,insyaAlah Dia ada disetiap langkah perjuangan kita..yakin dengan nusrah Allah dik..’’

‘’Kalau tak mampu nak tolak,,hadkan..hmmm,,,,bagus la ayat nie..Ema nak simpan la kata-kata nie…boleh kan??’’

‘’tafaddhol ya ukhti..la baksa ‘ala wajib…jom ikut akak pergi library..research untuk usrah malam ni…’’

kalam min SAUTUL_ANIS:
asif andai pengisian terlalu ringkas...sekadar lintasan hati dari ana...pesanan buat ukhti-ukhti habibati di luar sana,

''WANITA SOLEHAH ADALAH YANG SUKAR DIMENGERTI..,BIARPUN DI DUNIA NAMANYA BUKAN SIULAN NAMUN DI LANGIT JADI BUALAN...WAJAHNYA ADALAH KETENANGAN,,PANDANGANNYA MENERBITKAN KETULUSAN,,KADANGKALA BISISKANNYA MENAMBAHKAN SEMANAGAT PERJUANAGAN...'letakkan hatimu hanya padaNya..'







Aktif BerpERsATuan AsbAB GagAl dALam PeLaJarAn???BetuL KEr??




’kenapa Allah tak adil kak..isk...isk..kenapa Ira tak pandai macam orang lain kak??’’

Dalam keadaan hujan yang lebat,masjid sememangnya sunyi tanpa kehadiran sesiapa..pepohon yang tumbuh di sekitarnya meliang-liuk ditiup angin kencang..di suatu sudut,kelihatan dua pelajar bertudung litup seakan sedang bermunaqasyah..tunduk memandang lantai..seperti ada sesuatu yang mengundang kesedihan salah seorang dari mereka..

‘’Ingat Allah Ira,,tak baik sangka buruk dgn Allah macam tu..Allah kan Maha Adil..sapa kata Ira tak pandai??Ira pandai ngaji,pandai bagi usrah,,baik pulak tuh..manis jer orangnyer..’’Balqis cuba mengambil hati adik usrahnya.

Masjid memang menjadi tempatnya beristirehat  ataupun tidur qoilullah sementara menunggu masuk waktu zuhur jika dia tiada kelas tengahari..di kala itulah dia akan didatangi adik-adik usrah atau sahabiah yang mahu berkongsi masalah atau sekadar meminta pandangan.Hidupnya penuh dengan dakwah tak kira di mana atau bila-bila masa.

’Tapi Ira tak pandai belajar macam kawan-kawan lain..Ira selalu solat hajat.baca yassin,baca al-quran..tapi pointer  Ira still teruk..kawan-kawan yang tak solat tu selalu jer dapat pointer tinggi..adil ke macam tu kak??’anak mata Ira yang redup merenung tepat ke mata ukhti kesayangannya agar dileraikan persoalan yang bersarang dihatinya.Bukan niatnya mahu meragui takdir Allah tapi dia malu bila keputusannya tak secemerlang sahabiahnya yang lain.Bukan niatnya juga menjadikan persatuan asbab prestasinya dalam pelajarn menurun tapi bila memikirkan ibu dan ayah di kampung,segalanya dirasakan serba tidak kene.

‘’Ira sayang..kadang-kadang,kegagalan itu umpama tamparan buat kita agar tak lalai dengan apa yang kita ada..’’focus on the solution,not the problem..’’jangan persoalkan aturan Dia..inilah namanya tapisan Allah..Ira tak bangga ke dalam seramai-ramai akhowat kat kelas tu, Allah pilih Ira untuk turunkan dugaan macam ni sebab tak nak Ira hanyut dengan kejayaan yang sementara tu??lagipun,pointer Ira tak la sampai kene buang universiti kan..Ira suka ke Allah abaikan Ira,biarkan Ira dapat apa yang Ira nak sampai Ira lupa pada Dia macam kawan-kawan Ira yang lain?.Ira nak macam tu ke sayang??’’Solalan dituju sekadar mahu menguji seauh mana Ira meletakkan pergantungannya pada Allah..

’Ira tak nak Allah jauh dari Ira..tapi Ira Cuma mintak Allah makbulkan satu je permintaan  Ira..Ira nak berjaya dalam pelajaran..Ira tak nak mak ayah menangis sebab Ira lagi...kalau Allah sayang mak ngan ayah Ira,kenapa tak bagi Ira peluang gembirakan mak ayah??akak tolong lah Ira..isk..isk..’’esakan tangisnya semakin kuat.

Balqis cuba mengumpul kekuatan yang ada.Dalam situasi begini,Balqis  perlu bijak menyusun kata.Bila emosi mengunci hati,disua berbakul-bakul  nasihat pun belum tentu mampu diterima akal..

‘’Adik,,selagi kita meletakkan ukuran  pada  manusia dan bukan pada Penciptanya,selagi itulah kita takkan boleh bersangka baik dengan Allah..niat belajar mesti lillahi ta’ala..barulah kita boleh berlapang dada  dgn takdir Allah..mak ayah tu cuma wasilah yang Allah hantarkan pada kita supaya  lebih terdorong untuk belajar..Ira faham tak.??.’Dikesat air mata Ira yang tak henti-henti mengalir di pipi.Balqis juga pernah berada di situasi yang sama.Lagi-lagi bila dia mula terlibat secara aktif dalam persatuan dan memegang jawatan penting dalam fakulti dan kolej.Namun,lama kelamaan,dia sudah boleh menganggap segalan yang diberikan padanya adalah amanah dari Allah.Yakinlah,,Allah tidak akan membebani kita melebihi kemampuan yang kita ada...('',)

Ira menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kurang faham.Balqis menarik nafas panjang..otaknya ligat memikirkan cara mudah agar Ira faham apa yang ingin disampaikan..susah jugak nak jadi naqibah kalau cetek ilmu nih..baru dia sedar,nak bawa usrah bukan perkara main-main..lagi-lagi kalau melibatkan tauhidullah..nampaknya lepas nie,Balqis kene import lebih banyak buku-buku motivasi dari ayah tersayang..






TIT..TIT..(ONE MESSAGE RECEIVED)

‘’saat ujian demi ujian menghampar bahtera hidupmu,kemudikanlah hati sebaiknya..ujian itu tarbiyah,,sabar itu indah..sayang adik lillah...miss u dik..^_^..’’

SENDER:
UKHTI AIRA

Balqis tersenyum dengan mesej yang baru diterima.Dia yakin yang Allah sedang berbicara dengannya tentang erti sabar.Dengan lafaz bismillah,dia menyambung kata-katanya..

’Sifat Allah tu kan Maha Penyayang..bila Dia sayang Ira,Dia tak bagi kejayaan tu sekaligus supaya Ira rasa nikmatnya bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian...bila Dia sayang mak dan ayah Ira,Dia tak nak mak ayah Ira bangga dengan kejayaan Ira...selesa dengan pencapaian Ira..riak tu kan sifat yang dibenci Allah...Ira nak ke Allah benci mak ayah Ira??tahu tak,,Allah nak mak ayah Ira dekat denganNya..selalu minta padaNya agar Ira berjaya dunia akhirat..takde sapa pun yang rugi dik..mak ayah Ira pun dpat top up pahala same-same kan..moga Ira sekeluarga dapat berhalaqah cinta hingga ke SyurgaNya..’’Balqis cuba menitipkan kata-kata yang sarat dakwah buat hati-hati mad'unya.Tiap kali bibirnya menutur bicara,ada doa yang mengiringi..

’Tapi macammana Ira nak bagitahu mak ayah??mesti diorang susah nak terima.ni dah masuk sem 3..’’Kerut di dahi Ira jelas menggambarkan kerisauan di hatinya.

‘’Ni mesti kurang doa kat mak ayah kan..?hati kita ni semua milik Allah..bila kita dah mula bersangka baik dgn Allah,kita yakin Cuma Allah je yang mampu membolak-balikkan hati hambaNya..akak takde hak nak kata mak ayah Ira boleh terima hakikat nih atau tak,tapi,selalulah doa untuk mak ayah,,minta dilembutkan hati mereka..doa kan senjata orang mukmin..yakinlah  dengan nusrah Allah dik..Allah dah berfirman..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..rezeki Ira ada,cuma lambat atau cepat jer...Janji Allah Itu Pasti dik..’’ Balqis menggenggam kemas tangan Ira agar dia mampu meyalurkan kekuatan yang ada.

Ira diam seribu bahasa.Tangisannya sudah mulai reda.Kata-kata dari ukhti Balqis cuba diserap ke dalam mindanya.Tak disangka-sangka,di saat Ira tercari-cari seseorang untuk dikongsi masalah,Allah hantarkan ukhti Balqis sebagai penawar dukanya..dia yakin kini,segala buruk dan baik datang dari Allah...insan-insan tersayang dalam hidupnya sekadar wasilah agar dia tak lelah dalam berjuang..as long as we believe in Allah,He’ll always be with us..keep diz word Ira..!

’Kak,,terima kasih sangat sudi dengar masalah Ira..Ira tak tahu nak ngadu kat sape..sebab tu Ira duduk kat masjid.Tak sangka boleh jumpa akak kat sini..terima kasih ye kak..’dipeluk ukhti Balis seeratnya..

kalam min sautul_anis:benarlah kata orang,semakin banyak masalah dikongsi bersama,semakin kuat tautan hati antara dua insan yang bersahabat kerana Allah..