Friday, October 21, 2011

CERPEN:SaHaBaT PeRsatUaN VS sAhAbAT SebIliK??DuE-dUe pEnTinG..MaNe lEbIh aUla'??

       

    Petang itu,Balqis bergegas pulang ke bilik setelah kelasnya ditamatkan pada pukul 4.30 petang.Alhamdulillah,tugasan pada hari itu telah disiapkan sedari dalam kelas lagi memandangkan pensyarahnya  masuk agak lewat berbanding selalu.Kuiz untuk esok pula sudah dibuat persediaan sedari awal.Nota-nota ringkas sudah terismpan rapi di dalam fail poketnya.Pagi esok dia hanya perlu menyelak sekali lalu sahaja..Baginya,aktif dalam berpesatuan bukan asbab seseorang itu gagal dalam pengurusan pembelajaran,yang penting mesti tahu menghargai masa.

Bak kata abinya.’’hidup ni kene jadik pencuri,,pandai-pandai la curi masa tu kak chik..jangan tercurik hati orang sudaa....’’..
hee,,abi ni macam-macam laa..Hari itu,Balqis dah merancang untuk beriadah bersama sahabiah usrahnya..usai solat asar di surau berdekatan blok kuliahnya,dia didatangi Insyirah,sahabat Ira..

‘’Qis,Ira sihat?Dia sebilik dengan awak kan??dia tak datang kuliah pun tadi..’’

‘’tak datang??takpe2..nanti Qis tanya dia..err,,ada hal kot..’Balqis nyata terkejut dengan apa yang baru didengarinya.
‘’Balqis tolong bagi nota ni kat dia ea..mintak diri dulu..ada kelas pasnie.asalamualaikum..’’
Nombor Ira didail.Panggilan tak berjawab.Berkali-kali nombor yang sama  didail namun hampa.Panggilannya langsung tak berjawab.’’Ira,,awak kenapa..jangan buat saya risau..’’Balqis bermonolog di dalam hati.Hatinya resah memandangkan tidak tahu di mana Ira berada sekarang.Berat hatinya mahu meneruskan niat beriadah petang ini bila memikirkan Ira yang tak pernah buat hal macam ni.

Tit..tit..(one message received)
‘’Assalam Qis,,katne??jadik tak petang ni?kitorang tunggu yer..’’
Sender:
Ayuni

Balqis serbasalah.Dia perlu memilih yang lebih aula’..antara sahabat yang masih tidak diketahui kondisinya atau sahabat liqa’nya..akhirnya...
‘’Wak,,asif  jiddan yer,,Qis tak dapat datang petang nie..ada musyaqah yang perlu diselesaikan dgn sahabat..insyaAllah lain kali Qis cuba datang...maaf sangat-sangat..’’
Sender:
Balqis
..message delivered..

Tit..tit..(one message received)
‘’really??okey,,dont’t worry dear..pentingkan yang aula’...kami faham...hope can see u later k.!.assalamualaikum..^_^..’’
Sender:
Ayuni

Fuhh..lega..!!syukur dipertemukan dengan sahabat yang memahami.Balqis tak menunggu lama.Dia bergegas ke blok asramanya.Sebolehnya dia mahu cepat sampai ke bilik.Manalah tahu Ira ada di sana.Langkahnya diatur selaju mungkin.Langsung tak toleh kiri kanan.Kalau angsa depan tasik usha pun tak perasan agaknyer..Dalam fikirannya hanya memikirkan Ira.Dia takut andai sesuatu yang buruk terjadi kepada sahabat yang dikasihinya walau Ira selalu cakap takde traffic light..main redah jer..!
Sampai di bilik,daun pintu diketuk..salam dilaung...tiada reaksi..tiada suara yang didengari dari dalam bilik..jantungnya berdegup laju..seakan sesuatu ysng buruk telah berlaku..nama Ira dilaung berkali-kali..pintu diketuk buat ke sekelian kalinya..tombol dipulas dan akhirnya..cehh,,tak berkunci rupenyer..adoyaii...Balqis ni boleh pulak buat drama ala-ala pujuk anak yang mogok tak nak makan setahun..sentap hati mak nak..buat malu org kampung jer ketuk bilik sendirik petang-petang buta nih..haihh..macam-macam anak dara Haji Berahim sorang nih...

Sebaik saja pintu dikuak...kelihatan Ira duduk melutut di atas katilnya sambil tersengguk-sengguk menahan tangis....matanya bengkak kerana banyak menangis..perlahan-lahan Balqis duduk sambil tangannya meraih kepala Ira dan dibiarkan lentok di bahunya..Ira tak membantah,badannya kelihatan lemah tak bermaya..dahinya panas,mungkin dia belum makan sejak pagi tadi..getus hati Balqis..

‘’Ira,,kalau awak rasa nak kongsi masalah,saya ada kat sini untuk awak..’’

Sebak Balqis melihat keadaan Ira yang tak terurus..kesedihan Ira kedukaan baginya juga...dibiar Ira yang diam seribu bahasa..rambut panjang mengurai Ira dielus perlahan...dia tahu Ira sedang menanggung beban kesedihan yang teramat besar..biarlah Ira tenggelam dalam emosinya...dia tetap setia menunggu hingga Ira sendiri yang membuka cerita..

‘’Dia tipu saya Qis...dia jahat...aku benci dia..!!aku benci..!!!’’Ira menjerit sekuat hatinya.Gambar ditangannya dicarik-carik hingga menjadi cebisan-cebisan kecil lalu dilempar ke tong sampah..
‘’Mengucap Ira,,ingat Allah banyak-banyak..jangan ikutkan hati..!’’

‘’Saya tak boleh sabar dengan orang macam dia awak tau tak..!dia malukan saya depan kawan-kawan dia..!selama ni dia bertaruh dengan kawan-kawan dia untuk dapatkan perhatian saya..saya malu Qis..diorang sume gelakkan saya...semua orang tak sayang saya..semua orang nak amabil kesempatan kat saya..!!’’

Ditepis tangan Balqis lalu meluru ke arah laci mejanya.Pisau lipat dicapai.Sebelum sempat Ira menghiris lengannya,Balqis sempat menghalang.

‘’Ya Allah Ira..!!mengucap wakk..!lari dari masalah bukan penyelesaiannya..bunuh diri perkara yang dilaknat Allah awak sedar tak..??!!’’

‘’Saya dah tak nak hidup lagi..saya nak mati...jangan halang saya..!!’’

Saat Balqis cuba menghalang Ira dari terus menghiris lengannya ,tangannya pula terkena pisau tajam Ira tanpa disengajakan.
’’..Allahh..!!’’

Balqis terduduk di atas lantai..kepalana terhantuk di bucu meja..dia hanya mampu menjerit dalam hati..dicapai tuala di atas meja dengan susah payah dan dibalut lengannya seringkas mungkin agar darah tak mengalir laju..ada darah mengalir dari dahinya..bibirnya tak putus-putus mengucap zikir..dahinya berkerut seribu menahan pedih..dia tak mahu jeritannya didengari warga kolej yang lain..Ira berdiri kaku..tak tahu apa yang patut dilakukan dek kerna terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya..dia tak sengaja mencederakan Balqis..satu badannya menggigil..Ira sekalipun tak menyangka yang Balqis sanggup mempertaruhkan nyawa deminya...Ira pun bukannya berani sangat nak kelar tangan sendirik..sekadar nak acah si Balqis tu jer..tak sangka Balqis akan bertindak di luar jangkaan..Ira pulak emosi terlebih...kalau buat teater  mesti lari tajuk nih..(‘’,)..

Dalam keadaan Ira yang sudah terduduk di sudut katil..Balqis sedaya upaya menggagahkan diri mendapatkan Ira...jubah yang dipakai menyukarkan pergerakannya...dipeluk sahabatnya seerat-eratnya..tangan dan kepala yang sakit tidah dihiraukan..Ira terharu dengan perhatian yang diberikan Balqis,insan yang sudah acap kali disakiti dengan kata-katanya..

‘’Balqis,saya mintak maaf...saya tak sengaja..’’

‘’tak..tak..awak tak salah...awak jangan buat lagi..saya takut tau tadi..janji jangan tinggalkan saya..lupakan dia,,awak ada saya..ada Allah..’’

Mata balqis tepat merenung mata Ira dengan penuh harapan...berharap agar Ira takkan jauh pergi meninggalkan Balqis seorang diri...Balqis dapat merasakan masa untuknya kian hampir...tulus sungguh hati Balqis bila bersahabat..walau sudah berjuta-juta kesalahan Ira padanya,hanya dibiarkan ibarat angin lalu..wajah Balqis pucat lesi..kepalanya disandarkan ke kepala Ira..dengan keadaanya yang berpuasa menyebabkan satu badannya lemah..darah semakin banyak keluar dari pergelangan tangannya..tudung labuhnya habis dipenuhi darah merah...bibirnya sekakan tak mampu menutur kata-kata...matanya semakin berat untuk dibuka dan akhirnya....Balqis langsung tak sedarkan diri.
Akhirnya setelah sejam dimasukkan ke wad ICU,Balqis pergi untuk selama-lamanya...pergi yang takkan kembali...pemergian Balqis diiringi dengan tangisan ahli keluarga dan sahabat handainya..menurut doktor,Balqis kehilangan banyak darah dan disebabkan terlampau lewat dibawa ke hospital,doktor gagal menyelamatkannya..apa yang mengejutkan Ira,rupa-rupanya selama ini Balqis menghidapi penyakit barah otak yang bila-bila masa akan menyerang.. hentakan yang kuat di bahagian kepala menyebabkan pendarahan di kepala dan jangka hayat untuknya hidup cuma selama 6 bulan dan bulan itu adalah yang terakhir..

Sejak peristiwa tu,Ira mula berubah sedikit demi sedikit....hidupnya kini penuh dengan gerak kerja dakwah..setiap  minggu dia akan menghadiri daurah sekitar KL andai ada kelapangan..tiap kali jubah dan tudung labuh pink Balqis dipakai,pasti kenangan bersama Balqis bermain di matanya...dia masih ingat seminggu sebelum pemergian Balqis..

‘’Assalamualaikum Ira..'’saat pintu dikuak...

‘’E’eh..Qis..awal balik??err..kelas cancel ea..hee..’Ira kalut serupa nampak hantu..mukanya merah dek kerna malu dengn berpakaian sebegitu di hadapan Balqis...jubah pink dengan tudung pink labuh kepunyaan Balqis memang kene dengan mukanya yang putih kemerahan...

 ‘’Cantik Ira pakai macam ni..suke ke?ambik lah..Qis tak kesah..’’

‘’Eh..takde lah..saje je nak test..Ira tak mampu lagi nak pakai macam ni wak..Qis kan suke pakai jubah ngan tudung pink ni..takkan nak bagi Ira pulak..’’

‘’Sebab Qis suka la Qis nak bagi Ira..kan tu sebaik-baik pemberian...’’

‘’Qis ni baik sangat lah..ala..kalau Ira pakai mesti kawan kata Ira ni dah macam mak cik-mak cik..’Ira tunduk sambil tangannya memintal hujung tudung labuh yang dipakainya..

‘’Lagi bagus macam tu..takda laki gatal nak ngurat..’’

‘’laa,,kalau camtu sampai ke tua la Ira tak kawin..’’

‘’jangan cakap camtu..tu kan urusan Allah...dah tercatat seungkap nama utk kita di loh mahfuz,,cuma peribadi dia bergantung sejauh mana peribadi kita..kalau nak dapat yang soleh kene jadi solehah..walau bukan di dunia pastinya di Syurga...’Balqis matang bila berbicara soal hidup...

‘’hmm,,,Ira memang dah lama niat nak pakai...rasa terjaga..dapat kawal diri dari nak berhias sangat kan..tapi takde kekuatan la..Ira bukan baik sangat pun..’’

‘’Kalau semua orang tunggu jadi baik,sampai sekarang la tak ramai yang solat sbb masing-masing rasa tak layak..Ira,,hidup ni sekadar perhentian sebelum melangkah ke negeri abadi..kalau awak sayang hidayah Allah,,pegang baik-baik sebelum terlambat..tekadkan azam untuk nak berubah....’’

‘’..Abang Ira kata pakai tudung biasa pun dah cukup..tak yah nak labuh-labuh ni..jahat la abang tu...’’

‘’Tak baik cakap abang macam tu..dia tak faham kot..Islam tu  kan bersifat sempurna..apa salahnya kita sempurnakan lagi cara pemakaian kita..betul tak cik Ira yang cute..??.’’dicuit lembut pipi Ira yang sememangnya gebu tu..

‘’sakitla Qis..hee..betul3..!!..Ira nak sangat pakai jubah ngan tudung labuh ni tapi takut tak mampu nak istiqamah..’’
.’’Hmm,,perubahan tu perlu tapi bukan secara drastik wak..berubahlah sedikit demi sedikit..mulakan dengan tudung bidang 60..lepas tu baru yakin nak pakai tudung labuh ni..bila kita meletakkan segala ukuran pada Allah dan bukan pada manusia,,pasti akan kita temui kebahagaiaan..kene sangka baik dengan Allah...yakin yang Allah akan mengiringi setiap langkah perjuangan Ira.. solat kene jaga..tu yg paling penting’’

‘’Hee,,awak ni dah boleh jadik mak orang tau..pandai betul nasihatkan orang..’’

‘’Mestila saya kene bagitahu awak semua ni..kalau saya dah takde nanti siapa nak ingatkan awak??’’
‘’awak ni suka merepek tau..kalau awak takda sapa nak kejutkan saya time subuh??sapa nak bukakkan yassin kat telinga saya ni kuat-kuat kan??sapa nak pinjamkan telekung kat saya time solat dhuha??heheheh...’’

‘’Ira,,awak perli saya ea..nak kene nihh..!!’’sesi meggeletek bermula antara anak Haji Berahim dan Pak Mail...dah macam kanak-kanak riang pulak diorang nih..

Ira tersenyum..air mata mula memenuhi tubir matanya..semua tu tinggal kenangan buatnya...pasti kini Balqis sedang bahagia di sisi Kekasihnya..tiap kali selepas solat,dia tak lupa mennyedekahkan al-fatihah agar roh Balqis dicucuri rahmat..Ira kini lebih matang dari dulu..penampilannya juga berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya berkat mujahadah yang tinggi dan demi menggapai gelaran mar’ah solehah dia sudah mampu istiqamah mengenakan jubah dan tudung labuh untuk ke kelas..tiada lagi gelak tawa seperti dulu..dia sekadar tersenyum dalam tawa...tenang dalam duka..
Niatnya hanya satu,,merasai kemanisan cintaNya tanpa perlu  mengagung-agungkan keseronokan dunia..sejak peristiwa ditipu lelaki suatu masa dulu,,pintu hatinya ditutup rapat untuk mana-mana lelaki...cukuplah kasih ayah yang mewarnai hari-harinya...ayah la lelaki paling bermakna dalam hidupnya sekarang..ayah arwah Balqis pun dah jadi ayah angkatnya sekarang....untung laa...(‘’,)

‘’Ira,,dah sedia??buat apa duduk kat luar ni..jom masuk..kejap lagi usrah nak mula..kesian adik-adik tu tunggu lama..’Wanilah rakan biliknya kini dan merangkap sahabat yang mula-mula mengenalkannya dengan usrah setelah pemergian Balqis.Air matanya dikesat.Langkah diatur ke dalam masjid.Senyuman ikhlas seboleh-bolehnya diukir buat adik-adik usrahnya....rupa-rupanya Wani merupakan sahabat karib Balqis..dia diminta Balqis untuk sentiasa ada di sisi Ira tak kira susah dan senang..Balqis,,walaupun awak dah takda tapi semangat awak tak pernah padam dari kamus perjuangan saya..moga awak bahagia di Sana...ana uhibbuki lillah..(‘’,)..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment