Monday, March 19, 2012

PERMATA YANG DICARI...

           Langkahnya diatur laju.Jam  tangan jenama Casio pemberian Anis dikerling.Alamak!Lambat  lagi hari ni.Ayunan langkahnya dilajukan sedikit dari biasa..Kolej Siti Khadijah  dengan musolla tak la jauh mana.Tapi,kelewatan Khaulah hari ini pasti memgundang fitnah apatah lagi dia memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Islam di sana.Masakan  tidak,hari meeting pertama mereka setelah semester baru bermula.

          Tadi sejurus tamat  talaqqi bersama  Ustaz yang mengajar di Kuliyyah Perubatan,dia terpaksa berziarah ke bilik sahabat yang dah  lama tak bersua muka..Alhamdulillah,sahabatnya telah pun selamat diijab kabul bersama sang mujahid pilihan Allah dua minggu yang lepas..Pastinya Khaulah lah insan paling gembira menerima berita baik itu.

         Tak lama di sana,terpaksa pula bergegas ke blok kolej adik usrahnya...Ada  musyaqoh yang perlu diurus berkaitan program  jaulah antara adik-adik liqa’nya hujung minggu nanti..Belum sempat melepaskan lelah,telefon bimbitnya pula berdering.Allahuakbar,sepupunya yang baru sahaja memulakan sesi pembelajaran di  bumi waqafan ini ditimpa musibah..Dompetnya dicuri sewaktu sedang membeli belah di bandar.Terpaksa pula dia menapak ke mesin ATM mengeluarkan beberapa not 50 untuk diberikan kepada sepupu yang telah pun dianggap ibarat adik sendiri..Setelah beberapa ketika,dari blok asrama sepupunya,terus langkahnya diayun laju menuju ke musolla  yang terletak 15 minit dari kolej sepupunya.

        Sampai di musolla As-Syafi’e,dia termalu sendiri..semua mata memandang ke arahnya yang dah serupa mak cik nak kejar bas.Gelabah yang teramat.Diamati wajah-wajah mereka satu-persatu.Sah..!meeting batal.Inilah yang paling tak disukai Khaulah.Meeting batal di saat akhir pun tiada yang beritahu.Tak pasal-pasal serang majlis orang.Patutlah muka masing-masing macam tak pernah nampak..Pelajar dari Kuliyyah Undang-Undang rupanya..

Tit..tit…tit…Handset di tangan bergegar tanda ada mesej masuk ke peti inboxnya

“Salam ustazah..meeting dibatalkan atas sebab yang ana yakin ustazah pun tahu asbabnya..ana harap takkan ada yang lambat dalam kalangan MT..Datang ke musolla al-Biruni sekarang.Ada meeting Saff Pimpinan Tertinggi.Beritahu MT akhowat lain.,Ikhwah Alhamdulillah semua dah ada.”
Ishh..suke hati dia je nak batal meeting tak bincang dulu.Aku lambat dua kali je kot.”

Mulutnya mengomel sendirian.Dari mula dia diberi amanah sebagai Naib Presiden Persatuan Islam di sana,ada sahaja tindakan Mujahid yang kurang enak dimatanya..

Lima minit berlalu,dia tiba di ruang solat wanita musolla al-Biruni.Mt akhowat lain dah lama tiba.Tangan dihulur tanda ukhwah yang kian lama terjalin.Senyuman mesra menghiasi pertemuan antara hati-hati yang insyaAllah,bakal dikumpulkan di Syurga sebagai calon bidadari SyurgaNya..

“Ehemm…asif,akhowat semua dah sampai?”Suara tegas Mujahid disebalik tabir yang menjadi pembahagi antara mereka mengejutkan Khaulah dan sahabat-sahabat.Al-maklumlah,fitrah wanita,bila lama tak bersua,ada sahaja cerita baru yang ingin dikongsi.

“Alhamdulillah..tafaddhol..”Khaulah memulakan bicara tanda mesyuarat boleh dimulakan.

MUJAHID:Ustazah Khaulah al-Azwar..Lewat setengah jam adakah satu kesalahan kecil bagi enti?

KHAULAH:Asif sebab kelewatan ana dah susahkan sahabat-sahabat lain.

MUJAHID:Ustazah Fatimah az-zahra,,enti dengar kan apa yang ana tanya tadi?Boleh ulang?

FATIMAH:Err…dengar..enta minta Khaulah jawab samada kelewatan dia datang ke meeting hari ni kesalahan besar atau tak..

KHAULAH:Ye..ana akui..kelewatan ana hari ini satu kesalahan besar pada ana,pada enta,pada sahabat-sahabat dan pastinya pada Allah yang telah memilih ana untuk menggalas amanah dariNya..

MUJAHID:Baiklah..Ana beri ruang untuk enti jelaskan musyaqoh enti yang menghalang enti untuk datang awal ke meeting tadi..

KHAULAH:Asif..tak perlu untuk ana jelaskan satu persatu..Ana rela menerima sebarang taklifan dari enta..Moga ini mampu dijadikan tiket untuk ana tebus kembali kesalahan ana..Dia yang datangkan ujian,biarlah Dia memujuk ana dengan cara dan kehendakNya.

MUJAHID:Enti ni memang keras kepala ke
Mujahid seakan terpukul dengan kata-kata sinis dari Khaulah.)

KHAULAH:Ana rasa ini bukan masanya untuk membincangkan isu kepala ana..

Terburai tawa muslimin yang sedari tadi diam membisu.Masakan tidak,walau dipisahkan dengan tirai pembahagi antara muslimin dan muslimat,sangat jelas butir-butir ayat yang keluar dari mulut Khaulah sebentar tadi di pendengaran mereka..Memang kelakar bila Presiden dan timbalannya berlawan bicara..Lagi-lagi bila masing-masing buat-buat cool..Dalam hati dah macam gunung berapi.Bila-bila masa sahaja boleh meletus.

“ Baiklah..ana taklifkan enti dengan istighfar seribu kali setiap hari selama semingggu.Enti direhatkan dari menguruskan sebarang program  yang diadakan dalam minggu ini..Asif,semua ni demi nak  menjaga kualiti program dan juga kualiti hati kita yang menjalankan kerja Islam...Ada bantahan?”

InsyaAllah..ana terima”Khaulah mengomel dalam hati.Keluhan berat dilepaskan.Khaulah beristighfar panjang.

 “Rasanya..setakat ni sahaja meeting kita untuk hari ini…Asif ‘ala kulli hal kalau ada tersilap bicara..ingat,jalankan amanah bukan atas asbab nak nampak gah di hadapan manusia..tajdiidkan niat entum,,andai ada yang mencalar hati,kembalilah pada Sang Pemberi Hati…insyaAllah,cinta Illahi yang dicari akan entum temui….ada penambahan?”

Semua diam membisu.Itula kelebihan pemilik nama Mujahid.Setiap butir bicara yang meniti di bibir pasti akan menundukkan hati-hati yang mendengar.Bak kata mujahid tatkala kita berbicara di hati,insyaAllah mesejnya juga akan sampai pada pendengarnya.

“Ustazah Khaulah al-Azwar??Ada sebarang penambahan dari wakil muslimat??Ana rasa muslimat perlu diberi ruang untuk bersuara..Tak lah ikhwah ni dikatakan pejuang diskriminasi..”Mujahid sengaja menguji Naib Presidennya.Bukan dia tidak tahu apa yang dibuat Khaulah di sebalik tabir.Pastinya sedang sibuk mengata tentangnya.Mujahid itulah.Mujahid inilah..Biarlah.Dia masak benar dengan sikap Khaulah..Yang penting,marahnya takkan dibawa hingga ke dalam gerak kerja..Itu sudah cukup memadai baginya.Khaulah al-Azwar memang lain dari yang lain.

“Bismillah….awaalan,asif jiddan ‘ala kullihal…tak banyak yang ana nak cakap..Cuma,pesan ana,,jangan sekadar hebat di gelaggang dakwah sampai lupa untuk kekal hebat di gelanggang ibadat.Dahulukan urusan dengan Allah,insyaAllah Dia akan mudahkan urusan kita di dunia..Lagi satu,andai kita mudahkan urusan orang lain,Allah akan mudahkan segala urusan kita di dunia..wa akhiron,,Jaga solat,jaga iman,jaga amal..insyaAllah,kita akan berada di bawah jagaan Allah sentiasa…wallahu’alam..”

Cermat langkahnya di atur melintasi kolej-kolej kediaman muslimat.Pastinya semua penghuni dah enak dibuai mimpi.Di kiri kanan dedaun meliang-liuk di tiup angin.Bertasbih.Bertahmid.Tunduk memuji Sang Khaliq.Angin malam menyapa tubuh yang tertutup rapi dengan jubah polos warna biru.Tudung krim labuh yang dipakai seakan tak mampu menandingi tahap kedinginan malam.Sejuk.Kaki sudah mula rasa menggigil.Anak-anak tangga masih banyak perlu didaki...Habis meeting di Surau al-Biruni tadi dia terus bergegas ke bilik sahabat sekelasnya.Menyiapkan assignment yang tergendala dek kerana ketiadaanya sebentar tadi.Syukur sahabat sekumpulan memahami..Jam tangan direnung.Dah pukul 1.30 pagi. Sesekali pandangannya dihala ke sekeliling..Gelap.Bunyi cengkerik sahaja yang jelas kedengaran dari sebalik celahan-celahan pokok..

Tit..tit..
“Salam..akak,balik bilik tak??i’m waiting for you…”

SENDER:NABILA

“balik sayang….akak on the way nie..jgn kunci pintu taw..”

Butang send ditekan.Laju langkah di atur.Tak mahu roommate kesayangan menunggu lama.Sebaik melangkah ke anak tangga terakhir,dia tersadung..Tafsir al-quran di tangan terlepas dari genggaman lantas jatuh ke bawah.

”Allah..!!”…
Tak berfikir panjang.Cepat-cepat digagahkan diri menuruni kembali anak-anak tangga yang baru sahaja didaki lantas dicapai tafsir yang sudah jatuh ke tanah..Didakap seeratnya sambil kembali menaiki anak-anak tangga melewati kepekatan malam..Satu badan mula seram sejuk tanda akan demam..Kaki seakan berat untuk melangkah..Pandangannya berpinar-pinar.Perut yang sedari pagi tak diisi mula berbunyi..Dikesat air mata yang tiba-tiba sahaja  mengalir..Entah mengapa.Mudah betul matanya mengalirkan air mata tika itu…Setiap sendinya terasa lebam-lebam.Satu hari suntuk dia sibuk dengan urusan-urusan melibatkan adik-adik usrah,persatuan dan kelas.Tiada langsung waktu rehat..Bibirnya tak henti-henti berzikir demi memujuk hati yang kadangkala mengeluh saat ujian demi ujian menghampar bahtera hidupnya..

“Kekasih   pilihan Allah akan dihadiahi dugaan terhebat tanda kasihNya”..Berulang-ulang ayat itu meniti di bibir..Diatur langkahnya mendaki anak-anak tangga.Kali ini aturan langkahnya lebih perlahan dari tadi.Dan akhirnya,dia terduduk lemah di anak tangga yang terakhir..”Pinjamkanku sekeping hati yang tabah Ya Allah..”…Matanya ditutup rapat.Mencari-cari kekuatan yang masih bersisa.Entah mengapa,malam itu dia seakan lemah tak berdaya..Kepalanya disandarkan di tembok batu.Akhirnya dia terlena dalam keadaan perutnya yang kosong..

Titt..titt…
Bunyi handset mengejutkan dia dari lenanya yang panjang.
“Salam sayang si cantik bidadari pilihan Allah…Husna rindu enti sangat-sangat…huhu..qiam yuk..!”Mengalir air mata kerinduan Khaulah tatkala mesej dari  sahabat baiknya,Jannatul Husna memenuhi ruang inboxnya..

KHAULAH:Husna..Khaulah rindu Husna sangat-sangat..

HUSNA:Kenapa ni??Khaulah okey tak kat sana?

KHAULAH:Khaulah tak kuat...kolej,fakulti,persatuan,study..adik-adik..Allahuakbar..Khaulah letih sangat...

HUSNA:Be strong my dear,Khaulah Al-Azwar...You are the chosen one..Lumrah da'ie,kadang-kadang kita perlu 
            korbankan masa sendiri demi orang lain..Kalau kita senangkan urusan orang lain,Allah akan mudahkan
            urusan kita kat dunia..Tapi kena yakin lah..UJIAN BUKAN UNTUK DIRINTIH TAPI DIRAIH...

KHAULAH:Syukran 'ala kulli hal JANNATUL HUSNA...syukran sebab selalu bagi tiitpan nasihat bila Khaulah 
                 tengah sedih..Moga enti jiran ana di Sana....




"



3 comments:

  1. lukisan hatimu mampu ku baca,
    ku berdiri disisimu setiap masa,
    bukan mentafsir namun ku mampu merasa,
    maafkan aku andai aku tersalah tingkah,
    walau bagaimanapun ujian dari-Nya,
    teruslah berdiri,
    Dan aku akan mengejarmu untuk seriring melangkah ke syurga sana...

    ReplyDelete
  2. saat yg lain menghukum,,
    kau tetap menyokong....
    saat yg lain seakan x memahami diri ini,,
    kau hadir membakar semangat...
    saat yg lain tak mampu menjadi pendengar setia,,
    kau senang meminjamkan waktu berkonsi rasa..
    saatku rasa sendiri,,
    Allah hantarkan insan semulia kamu....

    ReplyDelete
  3. adanya hatiku ini tersedia untuk berkongsi suka duka denganmu sebagai sahabat. Aku meraikan kedatanganmu dengan penuh keyakinan disetiap penjuru jiwa. Yang aku cintai dalam dirimu bukan kelebihan yang Allah pinjamkan seperti mana mereka. Namun ku cintaimu sahabat kerana cita-cita kita sama. SAma ingin syahid kerana Allah taala. Biarlah dunia mencacimu, namun aku sangup mengengam pedang yang dihunus untuk membunuhmu demi pertahankan hati seorang mujahadah. Sahabat teruskan bertahan...kerana Allah sentiasa ada bersamamu..dan aku sentiasa mendoakanmu

    ReplyDelete