Wednesday, May 2, 2012

UiTM LENDU..DI SINI LANGKAHKU BERMULA


UiTM LENDU….Di sini Langkahku Bermula

Pernah dengar tak soalan ni?
“Belajar kat mana sekarang??kos apa??”

Rata-ratanya pasti ramai yang menjawab…
“engineering..”
“law…”
“business..”
“banking..”

Dan aku???
“DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT”

Dulu,hati acap kali berbisik…
“Pebende kos ni??”
“Tak sayang ke ilmu syariah,quran sunnah,Arabic…?”
“Apa subjek ni boleh sumbang untuk islam??”
“rugi je la belajar agama tinggi-tinggi kalau pilih kos ni”

Bila kos yang diimpi tak dapat….
“Teruk sangat ke result aku??”
“Bestnyer dapat fly oversea macam kawan-kawan lain”
“3 kali dah mohon..tak dapat gak..memang hidup aku ni untuk gagal je kot”

And now,bila sebut tourism jer….
“Laa…kos second class tu ker??”
“Budak-budak sosial je ambik tourism ni”
“Anak dara apa duk jalan-jalan satu dunia pastu tak reti duk umah??”
“Pakai hok labuh-labuh ingat orang luar boleh terima ker??silap-silap kene cop terrorist kang..”

Hmm..tapi,,bila hati dah mula sayang…
“Life is like a journey..”
“Tourism learn me how to know people…not for me but for Islam…”
:senyum:

Alhamdulillah… bab ibadat,persoalan demi persoalan berjaya dirungkai…
“Nak solat qasar dan jamak pun tak boleh suka-suka..”
“Kalau sarung khuf dalam hutan tak perlu nak tanggalkan bila berwudhuk especially untuk yang suka travel dalam hutan..”
“Panduan arah kiblat waktu solat dalam kenderaan,cara solat dalam kenderaan…semua ada..”

And now… pejam celik,pejam celik, dah nak masuk semester 4 di UiTM..alhamdulillah,,masih diberi peluang untuk mengutip serpihan sabar di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah..mungkin diri ini  tak sebaik atau sebijak sahabat-sahabat di SBPIJ dulu.. sering kali diri diuji dengan kegagalan,,untuk apa melenting?sedangkan setiap kegagalan yang Allah beri umpama tamparan untuk kita agar tak lalai dengan apa yang kita ada..

Selama setahun  ku sulam impian untuk melangkah ke universiti sebagai mahasiswi jurusan Syariah dan Undang-Undang…tak pernahnya dapat…Penghujung tahun,permohonanku ke UiTM dalam jurusan perlancongan diterima..Melangkah ke UiTM dengan hati yang zero..takde perasaan..yang terbayang di minda waktu tu..sahabat-sahabat di Timur Tengah,UIA,USIM dan yang sewaktu dengannya…AllahuRabbi,anadai Kau pisahkan kami di alam nyata,temukan kami di Taman SyurgaMu…

            Di laman Lukisan Hati ini,ingin ku kongsikan sedikit pengalaman pahit-manis sepanjang menjadi mahasiswi pengurusan perlancongan di UiTM bumi bertuah..insyaAllah,,..moga kalau ada adik-adik yang tersinggah ke sini dan bakal menyambung pelajaran dalam bidang yang sama,ada perkongsian yang boleh diambil..ada ibrah yang boleh di petik…Allahu Rabbi…”jauhkan rasa riak dan takbur dari diri ini Ya Allah..”Menulisku atas dasar sayangku pada agama..sayangku pada sahabiah,sayangku pada adik-adik..pada Islam…Biiznillah,dalam bait kata yang ditulis,ada doa yang mengiringi…Ku mohon Ya Allah,”Jangan biarkan diri ini tersungkur lemah di tengah-tengah badai perjuangan memburu selautan ilmuMu…”.Sungguh.. hati ini rindu menatap wajah sahabat-sahabat yang dulunya tak putus-putus menitip kata-kata semangat…Walau sekian lama tak bertemu,hati yakin berbisik,pastinya entum semua masih di jalanNya bukan..masih tetap dalam jagaan Allahu Rabbi sentiasa..Kembaraku di bumi UiTM bermula dengan sendiri hinggalah akhirnya Allahu Ya Rahman hantarkan sahabat-sahabat buat peneman di kala lemah tak berdaya..Di sini langkah ku bermula…………….Allah,please guide me..
JANGAN DISANGKA LABUHNYA HIJABKU  TANDA ALIMNYA DIRIKU
Memetik kata-kata dari seorang penulis,,tudung labuh bukan lah "the end of everythings" tapi ialah " beginning of somethings "sejujurnya…ana bukan yang selayaknya untuk bercakap pasal isu pemakaian seorang muslimah..tapi,apa yang kita pakai,as long as ikut syariat…itu dah cukup memadai..tudung kalau dah cukup melepasi paras dada,tak jarang,tak singkat..Allahu akbar..tahniah sebab berjaya menjadi salah satu kuntuman dari sejambak mawar yang tak kan senang-senang didekati sang kumbang yang macam-macam perangai..Nak cari yang bertudung labuh di UiTM memang susah..tapi tak sukar mencari hati-hati yang benar-benar inginkan Islam namun tersepit di tengah-tengah insan-insan yang mengejar keseronokan duniawi..Grab their heart not for us but for Islam.Tak mustahil mereka-mereka nilah yang bakal mewarisi sifat mujahidah sejati pewaris generasi ummah…Kita yang bertudung labuh jangan terlampau yakin sehelai tudung labuh tu cukup untuk kita tempah tiket ke Syurga…Kesolehan seseorang bukan dinilai pada labuhnya tudung yang menghijab diri tapi pada tebalnya iman yang menghijab hati..namun,andai tudung labuh menjadi pilihan,moga imanmu seiring perjuanganmu…betulkan niat..moga nanti dikaulah bidadari pilihan di Taman Syurga idaman..Allahurabbi..perkenankan permntaanku Ya Allah..

            Minggu orientasi di UiTM…kejutan budaya yang teramat…bertudung labuh sewaktu di SBPIJ bukan satu yang asing tapi once melangkah ke UiTM,akan ada mata-mata yang memandang…waktu tu,akan ada kata-kata yang mengguris,dan akhirnya,,akan ada hati yang terluka,,hari pertama sesi pembelajaran bermula,rasa diri seakan terasing dari orang lain..alhamdulillah,,Allah pujuk hati ini bila mana ada juga insan-insan yang ramah menyapa …baiknya Allah kan..!..Rozi yang tak pernah sekalipun tinggikan suara,,kak farah yang sangat suke treat me mcm adik sndiri..Ana  yang sanggup temankan diri join program persatuan..huhu…sungguh,ana sayang kalian sangat-sangat…thanks Allah for give me the best friend  for the rest of my life…satu pintaku padaMu Ya Allah,moga persahabatan yang dibina bukan sekadar di dunia namun hingga ke Syurga Firdausi..kita kawan sampai Syurga yer…^_^..

FIRST ASSIGNMENT FOR PART 1
            First assignmet,kami diminta untuk bergerak secara berkumpulan...4 perempuan dan 2 lelaki…Lebih kurang macam lawatan yang perlu diuruskan sendiri…Memandangkan kami perlu menemuramah pemilik hotel 5 bintang di Kajang,dari pemilihan tempat,pengangkutan,pemakaian formal…semua perlu perfect dan diuruskan sendiri..Memang kena berjimat cermat masuk kos ni…please muslimah sekalian,,jangan ubah pendirian kamu…Walau terpaksa berkongsi kereta,bercampur lelaki dan perempuan..please..be aware...time ni la critical thinking tu penting.!!,,pilih seat paling belakang,.Alhamdulillah..privacy pun dapat..sahabat-sahabat pun faham..n the most important is,tak jadi mangsa candid..Thanks to Allah…He send me the best group members to protect me,respect me and treat me as what I am..Credit to Ayu,Aira and Sofi….Thanks sebab faham saya…=)

TOUR GUIDING ASSIGNMENT
Tika ini iman teruji…pastinya ikhtilat tak lagi terjaga…teringat titipan dari sahabat dulu,jangan pernah lari dari gelanggang mujahadah yang kita pilih..lari sejauh mana pun kita tetap akan diuji..ujian diberi standing kemampuan diri…put trust  to Him..at the end,ana decide utk pergi berjaulah  with them coz this is one of the assignment for this sem..

            Destinasi kami ke Putrajaya dan Johor Bahru…Pandang wajah sahabat-sahabat,hati mengucap syukur,,ditempatkan di kalangan insan-insan yang murah dengan senyuman,ramah dengan gurauan…Diri ini sebaik mungkin meraikan layanan yang diberi…Syukur menjadi yang biasa-biasa…taklah jadi mangsa candid..Kadangkala,tak perlu kelihatan menarik semata-mata ingin menjadi perbualan penduduk bumi,cukuplah nama kita tak putus-putus djadikan bahan bualan penduduk langit…

GROOMING AND DRESSING
“Masuk kelas saya,please, wear your high hill…Yang mana muka pucat-pucat tu colet la sikit dengan lip stick…Tak perlu nak make up tebal-tebal pun..Ni lah tourism..”
Mula-mula berbelah bagi,perlu ke pakai high heel??Lip stick??Allah…please guide me…and at the end…dah decide takkan pakai high heel even lip stick…memang kene bebel sikit-sikit  time dalam kelas  tapi its okay..just put trust to Him…and keep smile..Biarlah tak menjadi perbualan penduduk bumi asal di langit nama kita menjadi sebutan...Bisik pada hati..”I love you madam but I’m sorry coz I love Him more..”Yakinkan pada diri,kita akan hadiahkan madam kejayaan terbaik dalam  subjek ni…

“Every Wednesday I nak you all pakai baju hijau yang you all dah beli tu..Baru ada semangat fakulti sikit..”

..Baju t’shirt hijau berlengan pendek..Cantik sangat!Ana suka colour hijau…Tengok kawan-kawan pakai,,subhanallah,indah ciptaan Allah…memang smart and nampak sweet jer  awak-awak semua tapi kalau buat long sleeve mesti bertambah cantik kan..!..Bila diminta pakai ke kelas,sekali lagi  arahan dilanggar.. Tapi demi meraikan semangat fakulti,baju kurung hijau jadi galang gantinya..yang penting still hijau kan..Takpe,walau ada yang mengata,ada yang seakan menyindir,yang penting show that we love Tourism…=)..Go Green…Go Green..=)..Utamakna pandang Allah dari pandangan mereka…Alhamdulillah,,praise be to Allah…doakan ana moga diberi kekuatan untuk terus mujahadah....Don’t make it a problem okeh..!Pandang segala kesulitan umpama tiket menuju ke Syurga…Pandanglah insan-insan di sekeliling dengan pandangan husnuzon bukan pandangan su’uzon…Mesti ada jalan to solve it..Jalan ke Syurga tu tak pernah mudah…Hidup tu pahit sebab Syurga tu manis..Thanks to Allah….again,again and again..Doakan ana finish my studies as Tourism Management Student k.!

9 comments:

  1. Subhanallah akak. I love your story. Moga jadi petunjuk untuk saya nanti. Salam perkenalan. Assalamualaikum. -Nor Safirah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum semoga Allah turut lindungi saya sebagai mana Dia melindungi dan mengasihi kakak. Saya juga bakal ke UITM Melaka teringin berjumpa dengan kakak :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.kisah ini ditulis sewaktu ana di semester 4 diploma.alhamdulillah,sedang mnuntut di pringkat ijazah dlm kos pelancongan.Allahu.ujian diberi bersilih ganti.tapi di situlah manisnya hidup.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum kak..sye baru bace blog akk ni..menarik..sye merupakan lepasan stam dan berminat utk ambik bidang pelancongan tahun hdpn utk smbung degree di uia..sye ade search yg di uia ade bidang ni..cume sye pun x pasti pilihan ini tepat atau tidak..sbb ade guru sye di stam agk kurang bersetuju dgn pilihan sye..tp ade yg menyokong dgn hrpn bidang tu mmpu jd medan dakwah utk sye..tp sye x pasti..mmpukah sye nak hdpi cabaran2 di luar sane dlm bidang yg sosial ni..ibu bape sye setuju tp berbaloi ke sye ambik bidang ni utk degree dgn lpsn stam

      Delete
    2. jd bole sye mintak pndpt akk, penulis blog ni dan sesiape shj yg bole mmbantu

      Delete
  4. Assalamualaikum akak ..saye baru sahaja melangkah masuk ke uitm ...saya pon mengalami masalah yang sama ...and kadang rasa terasing sangat..boleh tak akak bagi kata kata semangat....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Boleh saya tahu tak berapa kos pengajian utk program tourism management ni ?

    ReplyDelete