Tuesday, August 30, 2011

KAIN KECIL DIWAJAHMU



‘’Wehh..senyap ar..!’’
‘’wehh..bising ar..!’’
‘’cikgu datang ar..!’’
‘’cikgu  balik ar..!’’
‘’giiilerr…!’’
‘’comelnyerrr …’’

Ah..,lantak korang lah.!Jun mendengus geram.Sudah berkali-kali dia mengingatkan kawan-kawannya agar tidak membuat bising di dalam kelas.Sepatah dikata,ada jer jawabnya.Geram pulak Jun.Masakan tidak,kedudukan kelasnya betul-betul  bersebelahan bilik guru..Tak pasal-pasal dia yang akan dimarahi guru apabila kelasnya terlampau bising.Al-maklumlah,pengawas kesayangan cikgu pun kdg2 kene marah jugak andai tugas tak dilaksanakan...’’Cukup 5 tahun aku kat sini mmg bisu ar kot.Hari-hari dok terjerit-jerit suruh korang diam.sabo je larr..’Hatinya mengomel sendirian.

‘’cikgu disiplin datang..!’’
‘’ha..??..lari,lari,,selamatkan diri..!’’
‘‘ambik  buku sesape..buat-buat bace jerr..!’’
‘’pegi padam papan hitam cepat..!!’’
‘’wehh..ko duduk kerusi aku tuh..!!’’

           Pening Jun dengan gelagat rakan-rakan sekelasnya.Nampak cikgu disiplin serupa nampak hantu.Gelabah tak tentu pasal.Beberapa minit kemudian,cikgu disiplin a.k.a  cikgu penyayang,En.Hamidi melangkah masuk ke kelasnya.Derap kakinya saja boleh menggegarkan jantung dengan kelajuan 120 k/m sejam..Semua terdiam.Masing-masing dengan muka terkejut,terkesima,terlopong,ternganga,termenguap...nak tau kenapa??tu diaa..ada budak baru  masuk rupenyer. Dia berjalan ke kelas diiringi cikgu Hamidi.Dengan beruniform sekolah,bertudung labuh lengkap berpurdah,memang menjadi budaya baru yang tak pernah dilihat di sekolah menengah biasa..Agak lama juga kelas itu sepi.Masing-masing dengan dunia sendiri..Ingat ni wayang ke hapa?

‘’Dah..dah..tak perlu nak tenung lama-lama macam tuh.Saya cucuk bijik mata tu kang..!’’
Ainul menundukkan pandangan ke lantai.Walaupun hanya dua bijik matanya yang kelihatan,tak sanggup dia menatap satu persatu insan-insan di hadapan yang sedang merenungnya.
‘’Untuk pengetahuan awak semua,hari ini  kita dapat kawan baru.Harap boleh beri kerjasama.Jangan buli dia pulak.Ainul,kenalkan diri awak..’’

’Er..eam.,,bismillahirrahmanirahim..Assalamualaikum..Nama ana Ainul Mardhiah binti Salahuddin..boleh panggil Ainul..asal  Terengganu.Harap antum dapat beri kerjasama.Apa yang ana tak tahu minta diajar.Terima kasih.’’Lembut suaranya menutur kata-kata walaupun hatinya hanya Allah yang tahu.Betapa berdebarnya Ainul berhadapan dengan suasana kelas yang jauh berbeza dengan madrasahnya dahulu.
‘’Ainul boleh duduk sebelah Jun.Jangan risau dengan kawan-kawan kamu yang lain ni..Jun tu samseng Kampung Dusun at the same time best student kat sini juga.Apa-apa hal  tanya dia.Serba-serbi dia tahu.’’Perlian direct dari cikgu Hamidi tepat mengena batang hidung Jun memandangkan memang hakikatnya Jun agak kasar namun tak lokek membantu orang lain  terutama bab pukul-pukul orang dan juga membantu dalam pejaran..cewahh..masuk lif tekan sendirik pulak dahh..(‘’,)....
              Langkah di atur kemas.Ainul berjalan ke belakang kelas menghampiri kerusi kosong di sebelah Jun.Semua mata tertumpu ke arahnya sekarang.Umpama berjalan di red carpet dengan sport light kiri dan kanan ditambah silauan camera yang berlip-lap serta digamatkan lgi dgn  sorakan peminat-peminat..Ainul..Ainull..nak sign…!!fullamak..tinggi betul imaginasi penulis..(‘’,)
            Kehadiran Ainul disambut dengan senyuman manis dari Jun.Jun memang comel dan manis orangnya.Rambutnya  diikat ekor kuda.Mukanya putih dek kerna ada darah campuran Siam dan belanda.Salam dihulur tanda ukhwah dijalin.’’Saya Jun..seronok dapat kenal orang macam awak..awak mesti cantik kan.Sebab tu pakai purdah..kan,kan.?’’Lesung pipit di pipi menambahkan lagi kecomelan Jun.Ainul hanya mampu tersenyum dengan kata-kata dari Jun walaupun dia kurang setuju dengah tanggapan Jun yang menganggap hanya sebab cantik sahaja seseorang itu memakai purdah.
’Nak bodek ler  tuh cik Jun oii..!’’Mail mula menjalankan aktiviti sehariannya.Mengganggu ketenteraman awam..Jun dan Mail memang macam anjing dengan kucing.Menyampah pulak Jun dengan Si Mail tu.

‘’sibuk lark ko..!’’
‘’free jer aku..’’
‘’pandang depan sana…!’’
‘’nak pandang kau..’’’
‘’gedik..!’’
‘’comelnyerr..’’
‘’ko pesal??’’
‘’bukan kau.budak baru tu,,Ainul Mardhiah..haha..’’

           Zupp..!!berderau darahnya tatkala Mail menyebut namanya.Belum pernah sepanjang pengajiannya di madrasah,ada ikhwan yang memandangnya secara berhadapan apatah lagi memanggil namanya sebegitu.

Kringgggg.!!!!!!!!
Loceng berbunyi tanda waktu rehat telah tiba.Fuhh..lega rasanya hati Ainul.Dia memanjat syukur kepada Allah kerana membantunya melepaskan diri dari keadaan yang boleh menimbulkan fitnah pada agama. Lagipun,Ainul kurang selesa dengan kedudukan dia dan Mail yang sangat dekat memandangkan dia jarang berurusan dengan ikhwan kecuali atas urusan penting terutama melibatkan hal persatuan.Percaya tak sekarang?andai kita jaga hubungan dengan Allah,Dia akan bantu kita jaga hubungan dgn manusia dalam keadaan yang kita sendiri takkan jangka.

‘’Hoyeahh..!!Ainul,jom pergi kantin.’’
‘’Eam,,takpe lar Jun.Saya tak lapar.Saya duduk dalam kelas je lar ea.’’
‘’Ohh.baru teringat.!Hari ni Khamis.Awak mesti puasa kan.?’’

Ainul sekadar mengangguk.Matanya dikecilkan agar Jun tahu yang dia sedang tersenyum.Sekurang-kurangnya Jun tidak berkecil hati.Setelah semua pelajar  meninggalkan kelas,dia berniat untuk meminjam buku di perpustakaan.Belum sempat dia melangkah keluar,tiba-tiba…
‘’Siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati tiada memikat…cakk..!’’Aiman tersenyum kambing.Dikecilkan matanya dengan muka yang kononnya comel sgt lar tuh..!
Ainul terkejut dengan kedatangan pelajar tersebut yang tidak langsung di duganya.Tafsir yang dipegangnya hampir jatuh ke lantai.Didakap seeratnya..Jantungnya berdegup kencang memikirkan hanya dia dan pelajar itu sahaja di dalam kelas.’’Ya Allah,,hindarilah aku dari fitnah syaitan laknatullah’’ Pandangannya ditundukkan ke bawah.

‘’Yang tertunduk-tunduk macam kura-kura ni kenape??..ko takut ea..jgn risau ar..takdenyer aku nak ngorat ko.Pakaian macam budk kampung.Mana standard dgn aku anak datuk terkenal kat bandar ni.Aku saje test ko tadi..haha...one more thing,,nonsense lar you pkai kain kecik kat muke tuh...sebijik cam citer ninja turtle yg adik aku selau tengok.haha.!’’pemuda tersebut lantas beredar meninggalkan Ainul yang masih terkilan dengan kata-kata yang ditujukan kepadanya tadi.Air matanya bergenang.Seakan-akan maruah dirinya dipijak-pijak..Sebelum berpindah ke sini,tak pernah sekalipun ada ikhwan yang mengeluarkan kata-kata seperti itu.Sungguh dia merindui sahabat-sahabatnya,rindu akan suasana tarbiyah islamiyah di madrasah yang telah lama dihuni sejak ibu bapanya meninggal dunia.Namun dia terpaksa akur dengan permintaan bapa saudaranya yang mahu Ainul tinggal bersama di ibu kota.Teringt Ainul akan warkah yg diterima dari seorang ikhwan pada hari terakhir dia di madasahnya..

Pesanku buat bidadari dunia.. 
Dengan kecantikanmu kau lebih elok drpd matahari,,
Dengan akhlakmu kau lebih wangi drpd haruman,,
Dengan rendah hatimu kau lebih tinggi drpd rembulan,,
Dengan ketegasanmu kau lebih halus drpd  rintik,,
Maka pesanku,pertahankanlah keindahanmu agar kau terus menjadi sayap kiri pejuang islam..
Min ana,,Iskandar_hakimi

‘’Mungkinkah aku tak cukup tegas pda pandangan mereka sampai sanggup buat aku macam ni??’’hatinya bertanya sendirian.

             Setelah 30 minit berlalu,kelas kembali berjalan seperti biasa.
‘’Adi,ko pernah makan kuih talam tak??’’
‘’Kuih talam tak tahu,talam dua muka aku tahu…’’
‘’Kuih talam pun nak kecoh.!..tak nmpak ker Ainul tengah baca buku tu.Nak bising pun pergi lar jauh-jauh sket..’’
‘’ala Jun..kite nak amek roti kelape jerk..!’’Adi  dengan gaya menggedik yang dibuat-buat sebijik macm gaya awie citer Hantu Kak Limah..di tangannya ada sebungkus roti kelapa yang  dibeli di kantin tadi.
’Jangan menggedik ar  Adi..’’
‘’gedik  pun lgi elok dari talam dua muka macm kawan ko yang pijak semut tak mati tu’’
‘’sape??’’
‘’AINUL  MARDHIAH BINTI SALAHUDIN BERDATING DENGAN ANAK  DATUK ..wow.ni kalau jadik berita muke depan mesti meletupp  youu…!’Seisi kelas  terdiam.Mata dihalakan ke arah meka berempat.Ainul Mardhiah tenang menghadapi situasi ini.Dia percaya pasti salah faham ini berpunca dari kejadian sewaktu rehat tadi..Di pandang wajah Jun yang sudah kemerahan menahan marah.Tersentuh hatinya dengan keperihatinan Jun tentang dirinya  walaupun baru sahaja berkenalan.
‘’Ah kau..jangan tuduh kalau takde bukti..!’’
‘’Adaa..sape kata takde..haha..ingat aku main serkap jarang je ke haa..??tengok ni.’di halakan telefon bimbitnya ke arah Jun.Memang benar gambar wanita yang tertera di dalam handphone  itu gambr ainul dan Aiman,anak Datuk Tarmizi sedang berdiri di hadapan kelas.Siapa lagi pelajar sekolah ini yang memakai purdah melainkan dia.

‘’Jun,sebenarnya...’Ainul cuba menerangkan perkara sebenarnya namun dipintas Jun.
‘’Dengan bukti yang ada saya tak rasa awak perlu beri apa-apa penjelasan lgi sekarang ni.’’Ringkas saja jawapnnya.
Jun cuba mengawal api kemarahannya.Tidak disangka-sangka Ainul rupnya mempunyai hubungan dengan Aiman,seorang pejar yang memang diminati ramai termasuklah dia.Walupun hatinya tertanya-tanya ,bagaimana Ainul boleh mengenali Aiman sedangkan belum sampai sehari pun dia di sekolah ini,tapi dengn bukti yang ada,sudah terang lagi bersuluh.

’Saya tak kenal dia pun.Dia yang masuk ke kelas ni tiba-tiba tadi…lepas tu..’’
‘’Lepas tu nak kata dia ngorat awak??Jangan perasan la Ainul.Ntah-ntah awak yang perangkap dia.Patut lar saya ajak makan kat kantin tak nak.Rupanya ada agenda lain..huh…!’’lancar Jun  menyambung kata-kata Ainul dengan jelingan tajam.Sakit di hatinya semakin menjadi-jadi  bila memikirkan Ainul dengn mudah sahaja dapt menawan hati Aiman sedangkan dia yang sudah bertahun-tahun di sini sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.Jun bingkas bangun dan berlalu pergi.

’Wehh Jun,,ko nak ke mana tu??ade kelas ar..!’’
‘’Cakap kat cikgu aku nk cari ketenangan..’’
‘’Ketenangan??kahkahkah..ingat ni citer novel ker..!’’

Rakan-rakan kelas yang lain mula bercakap-cakap sesama sendiri.Ada yang berbisik,ada yng menjeling  ke arh Ainul,ada yang sekadar memandang Ainul dengan pandngan sinis..Ainul tak sngka begini sekali dugaan yang perlu di hadapi di hari pertama persekolahannya.Disangka panas hingg ke petang rupanya hujan di tengahari.Teringat dia akan layanan baik dari Jun sejak dia melangkah masuk ke kelas ini tadi.’’Jun,,Ainul tak salah.’Dia hanya mampu merintih di dlm hati.Jun sendiri sudah tidak mempercayainya apatah lagi pejar-pelajar lain..Hanya  kepada Allah dia bergantung harap..Dia yakin,Allah sekadar mahu mengujinya.Ujian yang diberi tanda sayang Allah pada hambaNya..Tiada apa yg mampu menenangkan hatinya tika itu melainkan ayat-ayat cinta Kekasihnya...Sejak kecil,dia telah dibiasakan umi dengan ayat-ayat Al-Quran..alhamdulillah,berkat didikan Umi walau tanpa Abi di sisi,dia telah menghafaz  15 juzuk Al-Quran..Tafsir di buka. ‘’Surah Yusuf’’..Ainul tersentak.Seakan Allah ingin memujuk hatinya dengan ayt-ayt di dlam surah itu.

              Dia masih ingat,dulu  sewaktu kecil,umi selalu bercerita tentang kisah-kisah nabi sebelum tidur .’Ainul anak ibu,besr nanti jadi anak solehah ye sayang.Kalau orang buat jhat kat kita,jangan sekali-kali balas tau.Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya inikan lagi kita hamba Allah yang lemah.’’
‘’Tapi kawan-kawan selalu ejek Ainul takde abi’’
‘’Ainul balas apa??’’
‘’Allah sayang abi,sebab tu Allah ambik abi dari Ainul.Kan Umi..??’’
‘’Betul la tu.Allah sayangg sangat kat abi tau.Allah nak jaga abi.Ainul tak marah Allah ambik abi??’’
‘’Tak lah.Ainul sayang Allah.sebab tu Ainul tak kisah.Tapi kalau orang lain ambik abi,Ainul gigit tangan orang tu..biar padan muka diorang..sape suruh jadik jahat.orang jahat masuk neraka kan umi??’’
‘’Hii,,anak umi nie.Nakal die nak gigit-gigit tangan orang.Nak jadi anak solehah mana boleh macam tu.Nanti macammana nak masuk Syurga jumpa abi.?’’
‘’hii..okey.Ainul tak buat macam tu.Hmm,,umi..Ainul tak pernah tgok muka abi.Abi mesti hensem kan?Sebab umi cantik…hee’’’
‘’Hmm,,,ayah Ainul hensem sangat,baik,penyayang..macam Ainul lar..haa,,nak dengar kisah Nabi Yusuf tak?’’
‘’Nak..nak..!!’’
‘’Masa umi kandungkan Ainul,abi yang suruh umi selalu baca surah Yusuf.Hasilnya,Allah titipkan Ainul Mardhiah yang cantik dan pandai cakap nie untuk umi.Nabi Yusuf ni hensem sangat.Semua orang perempuan suka kat dia.Abi pun hensem sbb tu ramai yang suka kat abi dulu..’’
‘’Tapi abi pilih umi Ainul yang baik dan solehah nie..hii..pastu..pastu??sambung lar umi..!’’
‘’Perjalanan Nabi Yusuf sangat-sangat sukar nak..Berpisah dengan ayahnya selama  40tahun,dianiaya adik-beradik sendiri dan difitnah mak angkat sendiri hingga dipenjarakan bertahun-tahun.Tapi kat dalam penjara tu,Nabi Yusuf tak pernah tinggal solat sebab padanya semua dugaan yang diturunkan sekadar nak menguji keimanan hambaNya.Akhirnya Allah keluarkan Nabi Yusf dari penjara dan tinggikan darjatnya.Nampak kan,Allah tak pernah kecewakan hambaNya.Yang penting kena yakin dengan Allah.Ainul nak jadik macam sifat Nabi Yusuf tak??’’
‘’Mestilah umi.Nanti laaagi Allah sayang kan??Hmm..umi,Ainul dah ngantuk lar.Besok Ainul nak bangun awal temankan umi solat.Umi dodoikan Ainul yer..Hmm..Ainul nak umi nyanyi zikir taubat yang selalo tu..Ainul suka..selamt malam umi..asalamualaikum…’’

Tanpa disedari air jernih mengalir di pipi.Rindunya pada umi dan ayah tak terbendung lagi.Kata umi,abi terbunuh ketika memberikan bantuan perubatan di Negara jiran yg dilanda peperangan.Umi pula meninggal akibat kemalangan.Kehilangan umi dan abi seawal usia muda mengajarnya erti hidup berdikari.Dia tahu yang dia tidak boleh selamanya bergantung pada keluarga saudaranya walaupun mereka tak pernah memberi layanan buruk pada Ainul.’’Ainul rindu kat umi ngan abi..Ya Allah,Kau tempatlah kedua orang tuaku dalm kalangan orang-orang yang beriman..Aminn..’’

Bamm.!!
Ainul tersentak.Mejanya ditumbuk kuat.Ya Allah dugaan apa lagi yang ingin mereka lakukan Ya Allah..titipkan kesabaran padaku Ya Allah..

‘’Haa..baru gertak sikit dah terkejut.Ko berangan ea..teringat abang sayang ko ker??Aiman anak datuk Iskandar??hehe.alolo…comelnyer mata dia..’’
Mail kini diri betul-betul di hadapan mejanya.Tangannya cuba menyelak purdah Ainul.
‘’Tolong hormati ana..!’’ditegaskan sedikit suaranya.Ditepis tangan Mail dengan buku dihadapannya.Ainul sedaya upaya cuba mengawal dirinya dari terlampau mengikut nafsu amarah.Dia teringat pesanan ustazahnya dahulu.’SaAT uJIaN dEMi UjIAn MenGhaMPaR baHteRamU,KeMudIKaNLah hAti SebAikNya.’’

’Cehh..garang jugak ko ni ek..’’
‘’Alaa,,,garang-garang manja gituu..kehkeh..’’
‘’Wehh..cakap ati-ati sket bro.kang keluar segala dalil,padan muka ko..!’’

‘’ada aku kesah??sejahat-jahat aku ni,tak pernah tinggal sembahyang tau.Tapi takde lar aku talam dua muka macam orang tuu.HIPOKRITT..!!’’dijatuhkan segala alat-alat tulis Ainul dari meja.Habis bersepai di atas lantai.Semua kini riuh dengan gelak ketawa tanda bersorak menyokong tindakannya.
‘’Allahu Akbar..!’’Tak disangka Mail akan bertindak  sedemikian rupa.Ikutkan hati,ingin shaaja dia menangis saat itu.Tidak tertanggung lagi rasa pedih di hati diperlakukan rakan-rakan sekelasnya sebegitu.Namun,dia perlu kuat.Tidak akan sekali-kali dibazirkan air matanya di hadapan lelaki.Uminya sendiri tidak pernah menangis walau di cemuh masyarakat sekeliling setelah kematian abi.kata Umi,’’kebenaran pasti akan menang sekalipun ia perlukan masa yang amat panjang.’’benar kata umi,waktu itu,ketika umi tenat,seorang  gadis mengaku telah menyebarkan fitnah kepada orang kampung sekadar ingin membalas dendam terhadap abi yang tidak mahu menerima cintanya dulu.Dia mengaku kemalangan umi memang telah dirancang dan ingin meminta maaf dari umi.Dalam keadan nazak, umi hanya mampu menangguk menandakan umi telah lama memaafkan wanita tersebut.Mulia sungguh hatimu umi..akhirnya Umi pergi dengan tenang.. pergi bertemu abi yg sekian lama menanti umi agar kasih bersemi hingga ke syurga..

          Dikutip satu persatu alat-alat tulis di lantai.Bibirnya tidak henti-henti berzikir.Tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan situasi ini.Hatinya terdetik,bagaimana peritnya Rasulullah menghadapi cemuhan orang ramai sampaikan ada yang  membaling najis ke badan baginda walaupun ketika sedang solat.Sabarnya baginda menyebarkan dakwah demi Islam walaupun kehilngan insan-insan yang disayangi  sejak kecil.’’Ya Rasulullah,,sesungguhnya umatmu yang kerdil ini merinduimu..’Ainul menarik nafas sedalam-dalamnya.Tidakk..aku tak boleh menangis..orang islam tak boleh lemah..!ditahan air mata yang sudah bertakung di kelopak mata.ingat Ainul..ingat..ujian itu tarbiyah,,sabar itu indah..sabar..sabar..Allah..Allah..Allah..!

‘’Bangunnnn….!!’’
‘’Seeeelamat pagi…cikgu..!!’salam dilaung versi upin-ipin.Siap gaya tangan di hayun lagi..apa kenalah budak-budak nih..
’Duduk..tu sapa yang dok terbongkok-bongkok kat bawah meja tuh?’’
Ainul pantas bangun..’’Erk..eam..saya Ainul cikgu..pelajar baru kat sini..’’

Cikgu  Hani terpena.Belum pernah dia lihat sesiapa pun berpakaian sebegini di sekolah ini.Saiz tudung yang agak besar menutupi keseluruhan bentuk badan..Wajah di tutup dengn secebis kain empat segi..Matanya yang bening menampakkan kejujuran dan ketulusan seorang insan di seblik hijab yg menutup wajahnya...Subhanallah..seperti ada satu perasaan kagum dengan perwatakan gadis ayu di hadapannya..’’Kalaulah anakku seperti dia’’..hatinya sedikit terusik mengenangkan Ain,anak tunggalnya yang sangat liar dan jarang sekali pulang ke rumah.’’Ya Allah..berdosanya aku membandingkan anakku sendiri.’’

‘’Earm,,er,,okey..selamat datang ye Ainul.Nama cikgu Pn.Hani .Awak boleh panggil saya cikgu Hani.Baiklah kelas,,hari ni cikgu nak ajar pantun.Apa kata hari ni kita main jual-beli pantun.Suka tak??’’Cikgu Hani memang suka melayan anak muridnya seperti melayan anak sendiri.
‘’Nak.nak..!!cikgu,saya nak jual..!’Mail pantas bersuara.
‘’Kamu jual nak suruh sape beli?’’Cikgu Hani melayankan saja gelagat anak muridnya ini.
‘’Ainul Mardhiah cikgu..!’’dengan penuh bersemangat nama Ainul disebut.
’hmm,,ye lar.Ainul,kamu balas yer pantun Mail nanti.’’lembut sahaja Cikgu Hani memberi arahan.Sebab itu dia antara  guru paling digemari di sekolah ini.

‘’Abang Mail nak jual,cik Ainul beli yer..kihkihkih…
               Cik Ainul mardhiah cantik giler2 cantik,
               Cantik menarik tertarik kau mmg de bomb,,eh,,ternyanyi plak..!
              Ehemm,,dah lama nak tanya cik adik,
              Nape adik manis ni sangaaaaaaatlah sombong..??haa..jawab.jawab..

‘’Opp..opp..yang tu cik Ainul jangan risau..Biar  Abang Supradi a.k.a Edy Macho bangkit membantuu…heheheh..’’
             Oii..ko yang belah sana,
             Sesuke hati ko nak tackle-tackle dia,
             Ko tau tak nape dia tak suka,
             Pasal muke ko tu dah macam monyet rimba..!kahkahkah…takut makk..

‘’Ko kata aku monyet rimba..haa ko dengar nie!’’
‘’Dah,,dah,!haish kamu niehh..tak nmpak Ainul dah malu tuh.Tak baik buli kawan baru macam ni.Kesian kat dia.Yang kamu ni Edy tetibe masuk line nape?saya suruh Ainul.Awak Ainul ker??Ainul,,awak nak cuba jawab ker?cuba lar..x pandai takpa,,kan kita blaja..cubalah dulu ye..’’

‘’Emm,,saya cube ye cikgu.Bismillah…
 Sombong ana kerna biadapmu,          
Apa tanggapanmu ana tak kisah,
Tetapkan cinta pada Allah yang Satu,
Kelak temptmu di Syurga nan Indah..

‘’Buuuuuuuuuuuuuu…..’’
‘’Fuyooo,,,,sedap gilerr..bermadah pujangga bagai…rasa cam isi perut nak terkeluar balik..hohoho..!’’
‘’Ya Allah,,kamu semua ni kenapa?!!Apa yang tak puas hati sangat dengan Ainul ni?Dia buat salah kat kamu ker sampai kamu pulau dia macam nih?Tak kira.Sekarang ni saya nak semua mintak maaf.Mail,jangan buat muke seposen macam tuh.Pegi mintak maaf kat Ainul cepat!’’
‘’Ape ni cikgu…?Takkan laki kene mintak maaf kat perempuan?Ape kelas??Dia buat salah,dia ar yg kene mintak maaf..’’
‘’Salah??maksud kamu??’’
‘’Haha,,cikgu tau tak,,sebenarnya..Ainul Mardhiah tuu….’’’Ainul mula tak senang duduk.Dia tak mahu cerita tentangny sampai ke pengetahuan guru-guru di sekolah itu.

Kringgggggggggggggggg!!!!
Fuhh..!Ainul menarik nafas lega.Sekali lagi dia mengucap syukur pada Allah atas bantuanNya.

’Dah la Mail.Tak perlu la kamu nak terangkan pape.Lepas ni saya tak nak tengok kamu buat macm ni kat Ainul.Faham??Sekarang semua boleh balik.’’

 Di pondok  menunggu bas,Ainul duduk seorang diri menanti pemandu pak ciknya datang menjemput.Ikutkan hati mahu saja dia pulang menaiki bas namun pak ciknya bersungguh-sungguh menyuruhnya pulang dengan kereta pemandu.Ainul tersenyum memikirkan layanan pak ciknya sekeluarga yang menatangnya bagai minyak yang penuh.Serta-merta mengubah pandangannya selama ini bahawa,tak semua orang kaya sombong.
Kata pak ciknya,
’Dalm kubur nanti,kita takkan bawa harta menimbun ni kecuali ilmu yang diamalkan,amal jariah dan doa anak soleh.ingat tu..’’
‘’Pak cik tak sedih bila Allah tak kurniakan zuriat walaupun dah 10 tahun kahwin??’Ainul memberanikan diri bertanyakan soalan.
‘’Siapa tak sedih..Nk buat macammana,belum rezeki.Pak cik terima apa sahaja yang Allah takdirkan untuk pak cik.Alhamdulillah,pak cik sekarang dah mampu bina syarikat sendiri dan Allah hantarkan Ainul yang solehah ni untuk pak cik.Nampak tak?Bila Allah tarik satu nikmat dari kita.Dia pasti akan gantikan yg lebih baik.Cantikkan aturan Allah?Haa,,Ainul pun boleh jadi anak pak cik..’senyuman ikhlas dari pak cik nyata mengharap Ainul akan terus tinggal bersamanya sekeluarga.

Aduhh..!Ainul mengaduh kesakitan.Batu kerikil yang mengena tangannya dicapai.Siapa pula yang nak main sembunyi-sembunyi dengan aku ni?

’BAAAA..!!!’’Mail,Adi dan Hakim muncul dari belakang.
Allahuakbar..!!.Terkejut bukan kepalang Ainul bila disergah begitu.
‘’He’elehh..berangan lagiiii…ko ni mmg dilahirkan utk berangan ea???’’

Ainul diam seribu bahasa.Malas dia melayan kerenah Mail,Adi dan Hakim yg tak habis-habis mahu membulinya sejak dari kelas lagi.Pandangan di halakan ke arah jalan raya.

’Mak aiii…sombong betul ko..!’’Dicapai beg yang diletakkan Ainul di atas ribanya lalu dibawa lari ke tepi jalan.
‘’Pulangkan beg ana.!!.Enta tak takut ke pada Allah??’’
‘’Ape?enta??unta??weh Mail..die panggil ko unta ar...!’’Hakim makin menambahkan kemarahan Mail.
’ciss….!!pantang keturunan aku memanggil nama-nama binatang seperti itu..sungguh tidak sopan bunyiknyer…’Mail berlari ke tengah jalan sedikit sekadar mahu mengacah Ainul supaya dia turut sama berlari ke tengah jalan.Waktu itu jalan lengang tanpa sebarang kenderaan..
’Pergi ar amek!!’’Hakim semakin suka melihat  Ainul yang takut-takut.Buli perempuan memang menjadi kegemarannya.Takde hobi lain agaknyer si Hakim nih..

Ainul serbasalah mahu mengambilnya tapi bila memikirkan diari dia dan gambar umi ada di situ,dia gagahkan diri menapak ke tengah jalan.Itu sahaja kenangan umi buatnya.Belum sempat dia melangkah ke arah Mail,tudung labuhnya ditarik Adi dari belakang.Ainul menarik kasar hujung tudungnya dari tangan Adi sambil menjeling tajam.Adi memang melampau..!

Alolo‘..comelnyer muke dia marah…baru sekarang berani tenung abang mcam tu ea..selama ni tunduk je kan..hehe..!’’Adi semakin galak mengusik Ainul.
BAMMM..!!!
Hakim,Adi dan Ainul terdiam.Masing-masing kaku.Bumi seakan berhenti berputar.Sesaat..dua saat..tiga saat…

’MAILLLL..!!!’’Adi dan Hakim meluru ke arah Mail yang sudah berlumuran darah.Dia dilanggar lari semasa meletakkan beg Ainul di tengah jalan raya.Ainul mengikut dari belakang.Trauma melihat ibunya dilanggar kereta satu masa dulu masih belum pulih lagi.Kini,rakannya pula dilanggar dihadapan matanya.Lemah tubuhnya dengan situasi sebegitu..kakinya seakan berat untuk melangkah ke arah Mail yg sudah tebaring kaku dengan berlumuran darah..’’Ya Allah,selamatkan sahabatku Ya Allah’’..Sejurus kemudian,pemandu pak ciknya tiba.Mail dibawa ke hospital.Adi dan Hakim turut sekali membawa Mail ke sana.Namun,Allah lebih menyayanginya.Doktor tidak mampu menyelamatkan nyawa Mail akibat pendarahan di kepala setelah satu jam dimasukkan ke wad icu.

’Kamu ni manusia jenis apa ha???sebab kamu lah anak mak cik mati.!nmpak je alim,pakai tudung besar,pakai purdah,,perangai tak senonoh…!..kamu nak bunuh anak mak cik ke haa??’belum sempat Puan Azlin menghayunkan tangan ke pipi Ainul,Hakim pantas menghalang.
’Mak Cikk..!!’’Ainul terkejut.Dipandang wajah Hakim yang sudah kemerahan menahan marah.Tak sangka Hakim mahu membelanya.
’Kamu jangan nak bela dia.Mak cik kenal kamu dan Adi.Kamu takkan buat jahat kat Mail.Melainkan betina ni yg ntah dari mana datang..!’’Puan Azlin mula membuat tuduhan melulu.Disangkanya,Ainul yang melanggar anak tunggal kesayangannya.Tersentak Ainul dengan tuduhan melulu dari Puan Azlin.Tubuh Ainul terasa lemah.Kakinya seperti tidak mampu berdiri.Lepas satu,satu lagi ujian datang menimpanya.’’Ya Allah,apa lagi fitnah yg akan menimpaku lagi.Andai itu yg terbaik buatku,aku redha..namun,kau titipkanlah kekuatan agar aku mampu menghadapinya.’’
‘’Jangan pukul dia mak cik...Dia tak salah..Saya dan Adi yang salah dalam hal ni.Kami yang mengganggu Ainul kat pondok bas tadi.Mail ambik beg Ainul dan sengaja dibawa ke tepi jalan.Semua tu kami yang rancang.Itpun sekadar nak bergurau.Tapi tak sangka Mail akan bawa beg tu ke tengah jalan.Pukullah kami mak cik..pukullah kami… kalau tu mampu meredakan marah mak cik,tapi tolonglah jangan sakiti Ainul..Dia dah bnyak menangis mak cik..’’

Puan Azlin terduduk.Dia terdiam seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya.Tak sangka anaknya akan bertidak sejauh itu.Air matanya laju membasahi pipi.
Ainul mula mengambil posisi  di kerusi sambil kepalanya disandarkan di dinding.Dia tidak mampu berfikir lagi..Matanya pula seakan tidak berdaya untuk di buka.Dengan keadaannya yang berpuasa menyebabkan badannya sangat lemah.Terbayang Mail yg berlumuran darah tadi..terbayang umi yang juga seperti itu sewaktu dilanggar dahulu..Satu badannya seram sejuk.Tangannya sudah mengigil.Bibirnya tak berhenti-henti menyebut kalimah Allah walaupun kedengaran  lemah..
Hakim melihat setiap gerak geri Ainul sedari tadi.Dengan tingkah lakunya yang sopan dan purdah yang menutupi sebahagian wajahnya,menimbulkan rasa kagum di hati Hakim.Matanya sahaja jelas menggambarkan betapa berat kesedihan yg ditanggung.Terbit pula rasa kasihan di hati memikirkan segala yang berlaku pada Ainul berpunca dari dia,Adi dan Mail.’Ainul,maafkan aku’’hanya suara hatinya sahaja yg mampu berkata-kata.Dia malu utk mengatakan maaf di hadapan Ainul.

Adi pula sedari tadi hanya tertunduk memandang lantai.Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.Hanya matanya saja yang basah dengan air mata.Masakan tidak,sejak dari kecil dia dan Mail berkawan.Tak sangka Mail akan pergi secepat ini.Hidupnya sekaan kosong tanpa gelak tawa dan gurauan dari Mail.Di mata orang lain,Mail seorang budak yg nakal,tapi padanya ,Maillah sahabat yg tak jemu-jemu membantunya tanpa mengharapkan balasan.’’Mail,moga kau tenang di Sana’’Matanya dipejam agar dapat mengumpul kekuatan yg masih bersisa..Walau pedih,dia perlu menerima hakikat,Mail sudah tiada dan hidup perlu diteruskan.
*************************************************************************************

PINN..PINNN..!!!
‘’Alamak,,en zauj dah balik.!.’’
Diari hijau muda pemberian umi dulu kusimpan kembali di rak.Rancanganku tadi mahu mengemas stor sementara menunggu en.zauj balik dari rumah sahabatnya tergendala dek kerna leka membaca kembali diariku ketika di bangku sekolah menengah dahulu.Di dalamya terlakar cerita suka dan duka sepanjang hidupku bergelar pelajar.Lepas kejadian yg meragut nyawa Mail,aku tidak lagi di sisihkan.Adi dan Hakim juga telah meminta maaf dariku.Rupanya,fitnah antara aku dan Aiman dahulu sekadar rancangan dari Mail,Adi,Hakim dan Aiman sendiri.Alasannya,sekadar nak menguji sejauh mana tahap kesabarnku sebagi seorang yg berpewatakan alim,bertudung labuh dan berpurdah…oohh,,pandai korang ea..!hehe,,Ingat lagi kata-kata Adi..’’Ainul,ko ni lain ar ngan dak perempaun yg kitorg kenal.nmpak jer lembut tapi tabah giler..sikit pun tak nangis kene buli..garang plak tuh..hehe..’’haa,,tau pun korang..tangan yg menghayun buaian jgn disangka tak boleh menggegar dunia..(‘’,)..Sekarng ni diorng dah jadik manusia berguna..hehe..Adi dan Hakim kini membuka pusat rawatan di Kuala Lumpur setelah menghabiskan pengajian  dalam bidang perubatan di Timur Tengah.

             Jun pula sudah meminta maaf secara peribadi denganku.Dia telah berterus terang tentang perasannya terhadap Aiman.Sbab tu dia marah sgt.Aku hanya ketawa geli hati mendengar alasan darinya…sekasar-kasar Jun ni,dalam hati ada taman tau..aku sudah lama memaaf kan Jun..Sejak hari itu,kami semakin rapat..Aku bersyukur ke hadrat Illahi,Jun kini telah berjaya membuka butik pakaian muslimah memandangkan dia memang mahir dalam rekaan fesyen.Akulah yg menjadi perunding perniagaannya.(‘’,).Pakaian hariannya kini,jubah,tudung labuh dan purdah..dia kate nak simpan mukenyer yg comel tu utk suaminya saja…waa…mesti tak caye kan..?dulu,tiap kali solat tahajud,tiada lain ygku mohon melainkan Jun berubah menjadi wanita solehah.Benar kata murabbiah liqa’ ku sewaktu di madrasah dulu,nak tarbiyah kwan kita kea rah kebaikan,bukan setakat idik dari zahir jer,doa pun penting..

            Rakan-rakan sekelas turut memaafkanku bila Aiman,Adi dan Hakim sendiri membuat pengakuan di hadapan kelas.Yang aku takkan lupa,bila diorang bertiga minta maaf padaku dgn gaya bujang lapuk dalam cerita P.Ramlee ..klakar kan.??(‘’,)..aku tahu diorang sengaja membuat suasana ceria sekadar mahu menutup kesedihan setelah kehilangan Mail.Setelah peristiwa itu,rakan sekelas sudah menerima aku sepenuhnya.Setiap kali selepas kelas petang,aku mengadakan kelas mengaji untuk muslimat.Alhamdulillah,usahaku disambut baik.Setiap kali hari lahir mereka,aku akan berikan hadiah sebagai tanda penrsahabatan dariku..untuk muslimat jer..(‘’,)..hari-hariku di sekolah itu semakin ceria dgn gelak tawa kami di samping aku cuba menyelitkan nasihat-nasihat ringkas dgn harapan mereka berubah menjadi mujahid/mujahidah soleh dan solehah…sungguh,sejak kematian umi dan abi,saat itulah yg membuat diriku tersenyum kembali…Andai pak cikku ada kelapangan,kami akan adakan jamuan kecilan dan sedikit pengisian usrah dari pakcik sendiri..Selepas itu kami akan solat berjemaah di masjid berdekatan..Gembira yang tak terhingga bila rakan-rakan sedaya-upaya  memenuhi jemputanku…seronok sangat-sangat..!!^_^..Sikap mereka semakin hari bertambah baik..Setelah keputusan SPM dikeluarkan,kelas kami antara kelas terbaik memandangkan majorit daripada kami mendapat keputusan cemerlang….Syukur Ya Allah..pahit manis dlam kehidupan menyedarkanku,penampilan dengan tudung labuh dan berpurdah bukan penghalang untuk seseorang berdakwah dgn mereka yg kurang faham tntang agama..yg penting keikhlasan dalam berukhwah walau kita terpaksa berkorban tenaga dan masa..raikan mereka dan dalam masa yg sama selitkan kalam berunsur dakwah…and the most important is letakkan Allah di tingkat teratas dalam setiap tindakan kita..percayalah,,andai kita tolong agama Allah,pastinya Allah tolong urusan kita dlam keadaan apa sekalipun…

        Ha? Aiman katne??hii,,Aiman kini telah menjadi en.zauj ku..(‘’,)..ikatan yg lansung tak dirancang..itupun  setelah pak cikku memaklumkan ada ikhwan yg mahu melamar…aku sekadar terima walau takku tahu siapa orangnya.padaku siapa saja pilihan pak cik dan mak cik itulah yg terbaik buatku..rupa-rupanya,si Aiman mamat perasan ni yg jadik en.zauj ku..cehh..kalo aku tahu,dah lama reject..uit...kalo en.zauj dengar nih abeh kene tazkirah lgi.!.

          ‘’umi..umi..jom lar..abi panggil..!’’Ainul Insyirah menarik-narik lengan jubahku.
         ‘’umi cepatlah siap..adik tak sabar nak pegi daurah nie..!’’Aiman Mukhlisin pula menarik-narik        
           Tanganku.     
                                                                            
Aku memaut lengan Ainul Insyirah dan Aiman Mukhlisin ke kereta en.zauj ku.Setiap hari minggu kami sekeluarga akan menghadiri daurah sekitar Kuala Lumpur..Merekalah penyeri baitul muslimku kini.Sedaya upaya ku didik mereka dengan acuan Al-Quran dan As-sunnah  agar membesar sebagai anak soleh dan solehah.Impianku kini agar baitul muslim yang dibina diberkati dengan beratapkan langit rahmat Ilahi dan berlantaikan qanaah pada Rabbi…^_^..



Kalam min SAUTUL_ANIS:
Alhamdulillah, jari-jemari kembali ditarikan bersama semerbak haruman lavender...Coretan imaginasi dari lakaran minda sang pendosa yang cetek dgn ilmu..Ana sekadar peminjam ilham dari Sang Pencipta buat hati-hati yang inginkan tarbiyah…Moga wasilah ini menjadi bekalan menuju daerah barzakh sebelum menetap di kediaman kekal di  akhirat sana…Salam mawaddah wa rahmah dari SAUTUL_ANIS..^_^..bukan ‘’like’’ dari antum yg ana harapkan..cukuplah ada hati-hati yg terkesan dgn penulisan ana ini walau hanya sesaat dua..Allah lebih mengetahui...=)

No comments:

Post a Comment