Sunday, August 28, 2011

Aktif BerpERsATuan AsbAB GagAl dALam PeLaJarAn???BetuL KEr??




’kenapa Allah tak adil kak..isk...isk..kenapa Ira tak pandai macam orang lain kak??’’

Dalam keadaan hujan yang lebat,masjid sememangnya sunyi tanpa kehadiran sesiapa..pepohon yang tumbuh di sekitarnya meliang-liuk ditiup angin kencang..di suatu sudut,kelihatan dua pelajar bertudung litup seakan sedang bermunaqasyah..tunduk memandang lantai..seperti ada sesuatu yang mengundang kesedihan salah seorang dari mereka..

‘’Ingat Allah Ira,,tak baik sangka buruk dgn Allah macam tu..Allah kan Maha Adil..sapa kata Ira tak pandai??Ira pandai ngaji,pandai bagi usrah,,baik pulak tuh..manis jer orangnyer..’’Balqis cuba mengambil hati adik usrahnya.

Masjid memang menjadi tempatnya beristirehat  ataupun tidur qoilullah sementara menunggu masuk waktu zuhur jika dia tiada kelas tengahari..di kala itulah dia akan didatangi adik-adik usrah atau sahabiah yang mahu berkongsi masalah atau sekadar meminta pandangan.Hidupnya penuh dengan dakwah tak kira di mana atau bila-bila masa.

’Tapi Ira tak pandai belajar macam kawan-kawan lain..Ira selalu solat hajat.baca yassin,baca al-quran..tapi pointer  Ira still teruk..kawan-kawan yang tak solat tu selalu jer dapat pointer tinggi..adil ke macam tu kak??’anak mata Ira yang redup merenung tepat ke mata ukhti kesayangannya agar dileraikan persoalan yang bersarang dihatinya.Bukan niatnya mahu meragui takdir Allah tapi dia malu bila keputusannya tak secemerlang sahabiahnya yang lain.Bukan niatnya juga menjadikan persatuan asbab prestasinya dalam pelajarn menurun tapi bila memikirkan ibu dan ayah di kampung,segalanya dirasakan serba tidak kene.

‘’Ira sayang..kadang-kadang,kegagalan itu umpama tamparan buat kita agar tak lalai dengan apa yang kita ada..’’focus on the solution,not the problem..’’jangan persoalkan aturan Dia..inilah namanya tapisan Allah..Ira tak bangga ke dalam seramai-ramai akhowat kat kelas tu, Allah pilih Ira untuk turunkan dugaan macam ni sebab tak nak Ira hanyut dengan kejayaan yang sementara tu??lagipun,pointer Ira tak la sampai kene buang universiti kan..Ira suka ke Allah abaikan Ira,biarkan Ira dapat apa yang Ira nak sampai Ira lupa pada Dia macam kawan-kawan Ira yang lain?.Ira nak macam tu ke sayang??’’Solalan dituju sekadar mahu menguji seauh mana Ira meletakkan pergantungannya pada Allah..

’Ira tak nak Allah jauh dari Ira..tapi Ira Cuma mintak Allah makbulkan satu je permintaan  Ira..Ira nak berjaya dalam pelajaran..Ira tak nak mak ayah menangis sebab Ira lagi...kalau Allah sayang mak ngan ayah Ira,kenapa tak bagi Ira peluang gembirakan mak ayah??akak tolong lah Ira..isk..isk..’’esakan tangisnya semakin kuat.

Balqis cuba mengumpul kekuatan yang ada.Dalam situasi begini,Balqis  perlu bijak menyusun kata.Bila emosi mengunci hati,disua berbakul-bakul  nasihat pun belum tentu mampu diterima akal..

‘’Adik,,selagi kita meletakkan ukuran  pada  manusia dan bukan pada Penciptanya,selagi itulah kita takkan boleh bersangka baik dengan Allah..niat belajar mesti lillahi ta’ala..barulah kita boleh berlapang dada  dgn takdir Allah..mak ayah tu cuma wasilah yang Allah hantarkan pada kita supaya  lebih terdorong untuk belajar..Ira faham tak.??.’Dikesat air mata Ira yang tak henti-henti mengalir di pipi.Balqis juga pernah berada di situasi yang sama.Lagi-lagi bila dia mula terlibat secara aktif dalam persatuan dan memegang jawatan penting dalam fakulti dan kolej.Namun,lama kelamaan,dia sudah boleh menganggap segalan yang diberikan padanya adalah amanah dari Allah.Yakinlah,,Allah tidak akan membebani kita melebihi kemampuan yang kita ada...('',)

Ira menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kurang faham.Balqis menarik nafas panjang..otaknya ligat memikirkan cara mudah agar Ira faham apa yang ingin disampaikan..susah jugak nak jadi naqibah kalau cetek ilmu nih..baru dia sedar,nak bawa usrah bukan perkara main-main..lagi-lagi kalau melibatkan tauhidullah..nampaknya lepas nie,Balqis kene import lebih banyak buku-buku motivasi dari ayah tersayang..






TIT..TIT..(ONE MESSAGE RECEIVED)

‘’saat ujian demi ujian menghampar bahtera hidupmu,kemudikanlah hati sebaiknya..ujian itu tarbiyah,,sabar itu indah..sayang adik lillah...miss u dik..^_^..’’

SENDER:
UKHTI AIRA

Balqis tersenyum dengan mesej yang baru diterima.Dia yakin yang Allah sedang berbicara dengannya tentang erti sabar.Dengan lafaz bismillah,dia menyambung kata-katanya..

’Sifat Allah tu kan Maha Penyayang..bila Dia sayang Ira,Dia tak bagi kejayaan tu sekaligus supaya Ira rasa nikmatnya bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian...bila Dia sayang mak dan ayah Ira,Dia tak nak mak ayah Ira bangga dengan kejayaan Ira...selesa dengan pencapaian Ira..riak tu kan sifat yang dibenci Allah...Ira nak ke Allah benci mak ayah Ira??tahu tak,,Allah nak mak ayah Ira dekat denganNya..selalu minta padaNya agar Ira berjaya dunia akhirat..takde sapa pun yang rugi dik..mak ayah Ira pun dpat top up pahala same-same kan..moga Ira sekeluarga dapat berhalaqah cinta hingga ke SyurgaNya..’’Balqis cuba menitipkan kata-kata yang sarat dakwah buat hati-hati mad'unya.Tiap kali bibirnya menutur bicara,ada doa yang mengiringi..

’Tapi macammana Ira nak bagitahu mak ayah??mesti diorang susah nak terima.ni dah masuk sem 3..’’Kerut di dahi Ira jelas menggambarkan kerisauan di hatinya.

‘’Ni mesti kurang doa kat mak ayah kan..?hati kita ni semua milik Allah..bila kita dah mula bersangka baik dgn Allah,kita yakin Cuma Allah je yang mampu membolak-balikkan hati hambaNya..akak takde hak nak kata mak ayah Ira boleh terima hakikat nih atau tak,tapi,selalulah doa untuk mak ayah,,minta dilembutkan hati mereka..doa kan senjata orang mukmin..yakinlah  dengan nusrah Allah dik..Allah dah berfirman..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..rezeki Ira ada,cuma lambat atau cepat jer...Janji Allah Itu Pasti dik..’’ Balqis menggenggam kemas tangan Ira agar dia mampu meyalurkan kekuatan yang ada.

Ira diam seribu bahasa.Tangisannya sudah mulai reda.Kata-kata dari ukhti Balqis cuba diserap ke dalam mindanya.Tak disangka-sangka,di saat Ira tercari-cari seseorang untuk dikongsi masalah,Allah hantarkan ukhti Balqis sebagai penawar dukanya..dia yakin kini,segala buruk dan baik datang dari Allah...insan-insan tersayang dalam hidupnya sekadar wasilah agar dia tak lelah dalam berjuang..as long as we believe in Allah,He’ll always be with us..keep diz word Ira..!

’Kak,,terima kasih sangat sudi dengar masalah Ira..Ira tak tahu nak ngadu kat sape..sebab tu Ira duduk kat masjid.Tak sangka boleh jumpa akak kat sini..terima kasih ye kak..’dipeluk ukhti Balis seeratnya..

kalam min sautul_anis:benarlah kata orang,semakin banyak masalah dikongsi bersama,semakin kuat tautan hati antara dua insan yang bersahabat kerana Allah..

No comments:

Post a Comment