Thursday, April 5, 2012

MANISNYA SYAHID........

Dirimu pembakar semangat perwira,,
Rela berkorban demi agama,
Kau jadi taruhan berjuta pemuda,
Yang bakal dinobat sebagai syuhada…..

          Malam-malam begini memang line internet di felda ini kurang elok..Lebih-lebih lagi di musim peperiksaan…Facebook,Twitter,Friendster memang menjadi santapan anak-anak felda tatkala otak seakan tepu untuk menerima ilmu…Ainun tak terkecuali.Tangannya rancak melakar nota-nota cinta buat Sang Pencipta di ruangan blognya..Lagu “Ainul Mardhiah” yang diputarkan di laman youtube memang menjadi lagu kegemarannya sejak kecil lagi..Itulah rutinnya sehari-harian.,Mungkin  juga itu yang terakhir..Laptop kesayangan rona ungu lembut menjadi tempatnya mencurah rasa.Padanya,menulis ibarat terapi yang boleh menenangkan jiwa..Di atas meja,sekuntum mawar putih diletak elok di dalam bekas kaca..Cantik..

            Jam di tangan dipandang sekilas.Tepat pukul 12.00 malam...15/3/2012..Ada cerita disebalik tarikh keramat itu...Tupp.!!Lap top dimatikan....Dia melangkah ke bilik air untuk berwudhuk lantas solat sunat taubat ditunaikan.Itu memang menjadi kebiasaanya sebelum tidur..Lagpun,esok,pagi-pagi lagi dia perlu bertolak ke KLIA.Ada misi yang perlu dilaksana..Usai solat,Al-Mulk dibaca..Tenang..Damai..

Tokk..tok..!!
Daun pintu diketuk dari luar.Cepat-cepat dibuka.

“Eh..tak tidur lagi anak ibu?Esok kan nak bertolak awal..”

“Belum bu.Baru lepas solat.Masuk lah bu.”

Pn.Hani melabuhkan punggungnya di hujung katil.Ainul duduk di sisi sambil kepalanya dilentokkan di bahu ibu kesayangan..Sepi..Masing-masing diam membisu..Ainul setia menunggu ibunya memulakan bicara..

“Ainul dah fikir masak-masak..?Sempat lagi nak ubah fikiran…”Lembut ibunya memujuk..Pastinya suara itu yang paling dirindui Ainul nanti.

“Ibu…dah lama Ainul tunggu peluang ni…Izinkan Ainul perg ye bu..”Direnung wajah ibunya dengan pandangan kasih sayang yang paling dalam…Manik-manik jernih bertakung ditubir mata lantas jatuh berguguran membasahi pipi.

“Ibu sedih ye…”Diseka air mata ibunya.Sayu hati melihat ibunya sedih begini.

“Taklah….ibu terharu je sebab Allah hantarkan Ainul yang solehah ni untuk ibu..”

“Ibu,,kalaupun Allah pisahkan kita di alam nyata,pastinya Allah temukan kita di Taman Syurga nanti..kan bu..”

“..Sampaikan salam rindu ibu pada abi Ainul ye sayang…”Giliran Ainul pula menitiskan air mata..Sedih tatkala nama abinya disebut...Rindunya pada abi tak tertanggung lagi.

         Keesokannya,pagi-pagi lagi Ainul sudah bangun...Hari ini fasa baru dalam hidupnya bakal bermula.Fasa yang akan merubah hidupnya 360 darjah..Usai tahajud ditunaikan,yassin di atas rak dicapai..Alunan bacaan yassin memenuhi ke segenap ruang kamarnya..Dibaca dengan penuh penghayatan..

Selesai dibaca,yassin di dakap seeratnya…Mata dipejam rapat..”selamat…hari…jadi…awak…”

         Perlahan kata-kata itu meniti di bibirnya…Tersekat-sekat bila memikirkan itulah ucapan yng terakhir darinya.Ringkas namun berat sekali untuk diungkap…Inilah rutinnya sejak 4 tahun yang lalu.Tiap kali tarikh 15/3 itu tiba,Ainul pasti tak lupa menghadiahkan bacaan yassin dan untaian doa sebagai pengganti diri buat sahabat yang jauh di negeri orang..kadangkala,mendoakan dalam diam lebih mulia di sisiNya..

Doakan untuk dia  dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan... “
_Ainul Mardhiah _

Titt..tit…tit…
“salam,,,Ainul kat mana?bukak fb sekarang wak..!”
SENDER:AUFA

Kenapa ni?Dalam kehairanan,lap top di sisi dibuka..
Login facebook….
Enter email….
Enter password…
Loading………..

Terkedu saat terbaca news feed yang paling latest di bahagian paling atas..

“tahniah sheikh….moga kekal himgga ke anak cucu….”

“Aliff..hang nak nikah ka hari ni?? Tak habaq mai pun…congrates bro!”

         Mata Ainul tak berkelip..Perasaan bercampur-baur..Terkejut..Keliru..Tak semena-mena air matanya mengalir lagi buat ke sekian kalinya..Baru tadi dia hadiahkan bacaan yassin buat sidia sempena hari lahirnya.Ntah kenapa.Dia sendiri kurang arif bila berbicara soal hati.”.Allahurabbi”.. Perit di hati hanya dia yang tahu..Menunggu yang tak pasti memang menyakitkan..Menyukai dalam  hening.Menyintai dalam diam.Kini,kecewanya juga ditanggung sendiri..Penantiannya selama 4 tahun berakhir kekecewaan….

         Ainul tersedar,rupanya selama 4tahun ini,dia hanya bertepuk sebelah tangan..dia terduduk lemah…Dunia seakan berhenti berputar.Nafasnya tersekat-sekat dek kerana tangisnya yang cuba ditahan-tahan..Bimbang tangisannya disedari ibu.Diseka  air mata yang tak habis-habis mengalir ..Bahunya tersengguk-sengguk menahan sendu..Lama dia begitu.Mencari-cari kekuatan yang mampu membuatnya untuk terus tersenyum..

~ SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
~ SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
~ SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris
_Ainul Mardhiah_

         Menerima berita perkahwinan Aliff ibarat batu menghempap diri..Lebih-lebih lagi  di saat-saat akhir bersama ibu tercinta..Ya.Ibu..Dialah insan terpenting dalam hidupnya kini.Ayahnya telah lama syahid setelah mengikuti misi bantuan ke Afghanistan seawal usianya 3 tahun..


Cairo,Egypt….

 “Sadaqallahul’azim…”Senaskah yassin berona ungu dikucup lembut..Sebak bertandang.Ntah kenapa.Hari ini hari lahir  Aliff Zafran dan hari ini jugalah dia bakal dinikahkan.Tapi,ada satu perasaan aneh yang hadir.Seketika wajah redup Ainul Mardhiah melintas diruang minda..

 Dalam diamku, aku tertarik dengan sifatnya,akhlaknya, agamanya dan keluarganya..
 Aku diam, diam kerana aku tahu dia milik Allah..
 Aku perlu meminta dia dariNYA..
Jodoh milik Allah, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah..
 InsyaAllah...

_Aliff Zafran _

         Sudah 4 tahun tak bersua.Teringat permintaan Ainul suatu masa dulu..Selagi ukhwah masih utuh dijalin kerana Allah,tiap kali hari lahir mereka,surah yassin dibaca sebagai pengganti diri..Tiada ucapan hari lahir meniti di bibir.Tiada komen selamat hari jadi di facebook..Tiada kiriman mesej di peti inbox..Cukup sekadar masing-masing mendoakan dari jauh..Itu janji mereka..Teringat kata-kata seorang sahabat di laman blognya…

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


Kemanisan dalam bermujahadah,bilamana keduanya saling merindu,namun tiada komunikasi antara dua hati….Hanya untaian doa pengganti diri…Tapi sudah  4 tahun berlalu,,tiada lagi khabar berita tentang Ainul..Ntah masih ingat atau tidak tentang dirinya..Akaunnya juga telah di”block” Ainul..Pernah dia cuba menghubungi Ainul sewaktu pulang ke Malaysia dulu tapi panggilannya tak berjawab..Mesejnya tak berbalas.Aliff  bungkam..Dia seakan putus harapan.Bukan pengakhiran seperti ini yang diharapkan..Namun,jauh di sudut hati,Aliff takut kalau selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan.Sebab itulah dia bersetuju menerima pilihan ibunya walau dalam diam masih ada ruang dihatinya buat pemilik nama,Ainul Mardhiah,,, Ainul Mardhiah,awak kat mana..”

2 minggu kemudian….

Berapa ye?”Kelihatan  seorang wanita berjubah lengkap berpurdah sedang sibuk mencari-cari dompet di dalam beg tangan.Dari dialek bahasanya,memang pelajar dari Malaysia.

“50 ringgit..”Tangan Aliff lincah membungkus buku-buku di dalam plastik.Langsung tak dipandang sigadis berpurdah di hadapannya.Saat not 50 ringgit dihulur,jam tangan jenama Casio yang dipakai si gadis tadi menarik perhatian Aliff.Dia terkedu.Itulah jam yang pernah dihadiahkan kepada Ainul 4 tahun dulu.
“Ainul Mardhiah..”Spontan nama itu meniti di bibir. 
         Ainul terkejut.Cepat-cepat diambil plastik berisi buku lantas laju langkahnya diatur meninggalkan kedai milik Aliff Zafran.Ya.Dia awal-awal lagi sudah menyedari kelibat lelaki itu sewaktu mahu membayar di kaunter tadi.Tak sangka pula Aliff masih mengenalinya walaupun sudah lengkap berpurdah.Sampai dirumah,dia menangis lemah di sisi katil…Tak tergambar perasaanya tika itu.Sayu.Sedih...Kenapa dia dipertemukan dengan Aliff di saat-saat dia cuba untuk mengusir Aliff dari kamus hidupnya.?..Sikit masa lagi dia akan bertolak meninggalkan bumi Mesir..Tak guna mengenangkan cerita semalam…Lagipun,untuk apa dia berpaling menangisi kenangan silam?Aliff  telah pun sah menjadi suami orang dan dia bakal berangkat ke daerah baru bila-bila masa.

“Ainul..dah siap ke?cepat ye sayang.Bas dah sampai..”Umi melaung dari luar rumah.

“Dah umi..”Ainul menyahut dari dalam bilik panggilan uminya merangkap ibu angkat sepanjang dia tinggal di bumi anbiya’ ini.Diseka air mata yang membasahi pipi.Tak mahu uminya risau.Cepat- cepat dipakai purdah yang digantung di birai katil tadi.Tak dilupakan stoking kaki dan tangan..Ainul berusaha menjaga auratnya sebaik mngkin..

“Awak..saya nak pergi ni…”Direnung jam Casio pemberian Aliff di tangan..Perlahan jam tangannya dibuka dan diletak elok di atas meja kecil bersebelahan gambar ibu dan arwah ayahnya..

“Abi…tunggu Ainul…Kejap lagi Ainul datang…Ibu,Ainul tunggu kat Sana yer…”Senyuman terindah diukir buat 3 orang insan terpenting dalam hidupnya..Ibu,Abi dan Abdullah Azzam..Mashaf Al-Quran tak lupa dibawa ke mana-mana..Itulah penemannya sepanjang perjalannya mencari Cinta Illahi selama ini…Dia cukup bahagia saat sendirian mengalunkan nota-nota cinta buat Pemilik Segala Rasa Cinta…

“Insan yang di cintai Allah ialah..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya”
_Ainul Mardhiah_

            Zafran khusyuk menyusun buku-buku di rak sambil mulutnya tak henti-henti mengalunkan lagu “Selamat Berjuang”..Ntah kenapa.Lagu itu seakan ada ceritanya yang tersendiri.Ayahnya pagi-pagi lagi dah keluar ke bandar.Siapa lagi yang boleh diharap untuk menguruskan kedai melainkan dia..Aliff  Zafran..Dia memang menjadi anak kesayangan ayah..Sedang dia sibuk mengelap  meja kaunter,dompet kulit berwarna hitam menarik perhatian.Pelik.Setahu dia,belum ada pelanggan yang datang ke kedainya pagi-pagi begini..Rezeki turun dari langit kot..Lama berfikir, baru dia teringat kisah sigadis berpurdah hitam semalam.Nak tergelak juga dia bila mengingatkan peristiwa memalukan semalam.”Macamana la aku boleh terlepas sebut nama Ainul depan akk pakai purdah tu?Yang akak tu plak gelabah semacam lagi aku tak paham…

         Dalam dia bermain teka-teki…Dompet ditangan dibuka.Tiada niat mahu menceroboh privasi orang.Sekadar mahu mengetahui pemilik  sebenar dompet tersebut.Pelik.Kad pengenalan tiada.Dibuka satu persatu kertas-kertas kecil yang diselitkan di celah-celah dompet.Mana tahu kalau-kalau ada tertera nama kenalan rapat yang boleh dihubungi.

AINUL MARDHIAH BINTI ABDUL RASHID..”Menggigil tangannya tatkala membaca nama yang tertera di bahagian atas slip pendaftaran sebagai sukarelawan ke Palestin..Ainul pergi Palestin??Biar betul..!!Ah..Ainul lain kot..

 “Beberapa orang sukarelawan dari Malaysia telah terbunuh setelah  kenderaan mereka yang baru tiba di Palestin diserang tentera musuh semalam. …Antara  yang terbunuh ialah AINUL MARDHIAH BINTI ABDUL RASHID…”Aliff  terkesima..

         Jantungnya seakan berhenti berdegup..Perlahan anak matanya difokuskan ke arah berita yang sedang dipaparkan di kaca televisyen.. Jelas foto yang terpampang di kaca televisyen di hadapannya  milik Ainul Mardhiah..Kini dia yakin,gadis berpurdah hitam semalam  memang Ainul MardhiahAliff terkilan.Masakan tidak,dia menolak untuk berkahwin di saat-saat akhir dulu disebabkan hatinya kuat mengatakan Ainul lah jodohnya...Saat itu dia yakin,andai Ainul memang tercipta untuknya, Allah akan mempertemukan dia dengan Ainul  Mardhiah.Walau bukan di dunia pastinya di Syurga..Saat itu juga helaian kecil warna pink jatuh dari celah-celah dompet yang dipegangnya..Dikutip lantas dibaca satu persatu…

Aliff Zafran….
Demi syahid  yang ku kejar,
Ku korbankan cintaku buatmu,
Ainul bukan bidadari terbaik buat Aliff di dunia…
Kuatkan hatiku untuk bertahan,Ya Allah…

“….Selamat tinggal  Cinta…..”

“Selamat..jalan..Rindu…Ainul Mardhiah,,moga Syurga tempatmu…”


menggenggam janji cinta ini , bertemu kasih tanpa jasad 

bicara tanpa suara , hanya tulisan bahasa indah . .

mengeratkan antara kita,hinggalah ke akhirnya…


“…Kadang-kadang,menyukai tak semestinya memiliki,,,
Walau bukan di dunia,pastinya di Syurga…kan wak…”
_Aliff Zafran_

Top of Form

Bottom of Form



1 comment: